Tuesday, May 21, 2013

Nurul Qaireen Amani dan Campak Kecil.

Hari isnin.
Benda ni berlaku rabu lepas.
Sebenarnya Amani demam on off sejak rabu yang Zah cuti tu.
tp bila ke klinik, doktor kata tak ada yang perlu dirisaukan
sebab amani masih aktif dan masih kuat menyusu.

kesian sangat tengok amani masa ni...badan dia nampak lemah..dengan panas lagi..
campak belum keluar.

Hari Selasa.
lepas tu bila balik dari Bera,
Amani duduk dengan pengasuh
dia mula meragam balik.
susu dalam botol tak nak minum.
Zah nak bawa ke hospital
tapi masa sampai, hospital terlalu ramai orang.
so kitorang singgah farmasi dan beli paracetamol untuk baby
cuma tak sempat bagi, sebab tengok amani tido lena...kesian nak kejutkan.

Amani tidoq sambil garu-garu mata..
gatai kot...cian sangat tengok dia masa ni


Hari Rabu.
Esoknya, pengasuh call husband,
kata Amani tak nak duduk.
rupanya..dia kena campak...
badan dia merah-merah
kuar semuanya...kesian sangat
sebab kakak dan abang dia dulu tak teruk sangat
Amani masih kurang menyusu.
Guna susu botol tak best kot...
tapi bila bonda balik.dia akan menyusu dengan sangat kerap
Alhamdulillah, bonda dan ayah sempat ambil daun bambu dan air penawar dengan ustaz
daun bambu letak kat tempat amani tidur
air penawar buat amani mandi.

Daun yang digunakan untuk buang miang gatal kena campak.
ada orang yang guna untuk mandi pun boleh, blend ke..ramas2 ke..mandikan anak..

zah letak bawah kain batik je..alaskan amani tido.
petang tu Zah lalukan daun ni kat badan amani
diam jugalah amani..sampai tertido...






Hari Khamis.
Amani dah semakin beransur pulih,
campak dah kuar sampai ke kaki
tapi memang tebal campak amani kali ni.
dengan cuaca panas lagi.
luluhkan hati ibu bila lihat anak sakit?

kesan-kesan campak kecil...ada sikit2 je lagi.

Hari Jumaat
Alhamdulillah, 
Amani dah aktif.
merah-merah kat badan dah kurang
ada sikit kat muka je
muka putih,
bila ada merah2 memang nampak sangat kan?

Hari Sabtu dan Ahad.
Amani dah sihat
syukur,
siap tolong bonda dan ayah cuci umah baru lagi.
doa bonda
amani akan terus sihat
kuat menyusu balik.
baru badan tu tak surut.

tengok amani dah senyum macam ni memang senang hatilah.
harap dia akan terus sihat.
InsyaAllah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics