Monday, May 27, 2013

Nurul Qaireen Amani : 6 Bulan

Apa yang diharapkan oleh seorang ibu adalah sihatnya seorang anak.

Anak yang tersenyum menyambut kepulangan ibu sekembali bekerja adalah satu kepuasan bukan?

Namun, elok amani nak masuk 6 bulan hari tu...episod demam on off nya bermula.

kemudian campak pula...

budak demam

sehinggakan berlarutan kepada tidak mahu menyusu menggunakan botol semasa di rumah pengasuh.

Kekadang risau juga, tp bila anak guna cloth diaper ni, kita boleh pantau berapa kerap dia kencing dan buang air besar...
malahan doktor sendiri kata, kalau anak masih aktif juga tiada apa yang perlu dirisaukan.

cuma sebagai ibu perkataan risau tu dah biasakan?
terutama bila pengasuh mengadu itu..mengadu ini tentang anak..
emm bertabahlah, amani dalam proses nak sihat, dalam proses nak minum susu balik tu....insyaAllah dia akan ok :)

Alhamdulilah..sedar tak sedar, amani berusia 6 bulan hari ini.
perjalanan yang sekejap benar rasanya.
baru lagi rasa mengandungkan amani.
baru lagi rasanya pusing office sebab nak tau sama ada ni contraction ke tak..hihihih.

Alhamdulillah, hari ni Nurul Qaireen Amani dah 6 bulan.

Anak ketiga yang sangat berbeza dgn abang dan kakaknya.

Alhamdulillah, amani ni nampak je debab comel!
tapi dia cepat semuanya
dia boleh duduk sendiri tak perlu sandarkan...
boleh berdiri sendiri..kali ni kaki memang kuat dari bulan lepas...
siap boleh senyum lagi bila bonda ambil gambar :)

Berdiri dengan kuat.


Mula merangkak -  angkat bontot dah
dia dah lepas dah bentangan toto tu...tau2 dah bawah meja makan...hihihi
tau-tau amani dah guling-guling bawah kerusi.



kawan baik dia adalah bonda :)

dah sangat teruja dengan makanan...
masa ni...qaireen amani tumpahkan kerepek kak ngah..
tapi bonda sempat ambil gambar kenangan dulu :)
then ambil yang kat genggaman dia tu :)
pastu nangis sebab tak dapat makan.

dan amani juga sangat pandai pegang barang dah sekarang.
masa ni dia marah sebab tak bagi dia makan sekali dengan abang dan kakak dia.
nak senyap zah bagi cawan kosong..kemain dia nak minum...hahahha
sekarang ni amani memang nak sangat makan
pantang nampak kakak dan abang makan..
dia boleh kejar abang dan akak dia tau!
mau tak mau..sekarang kalau kakak dan abang dia makan
zah tak bagi tunjuk depan amani.

Sekarang bila panggil dia je..
Qaireen Amani dah alert.
dah tau dah..
nampak bonda pegang tab,
mesti senyum..hihihi
ayah panggil senyum
abang panggil senyum
oh ye amani dengan abang long ni kawan baik
memang leh main dua orang depa ni.
kakak ngah pun amani senyum..
cuma tak berapa nak baik sangat
hahahah...amani ngan akak dia ni
kekadang ok kekadang tak...
emm kakak dia suka cubit dan cium pipi amani...
amani ni bulat kata kakak ngah.

Lain-lain perkembangan Nurul Qaireen Amani - 6 bulan


  • Qaireen Amani jenis tido awal - selalu lepas magrib je dah ajak bonda baring...hihihi nak menyusu dan tido sekali.
  • Qaireen Amani berjiwa besar - dia sangat pantang bila dengar abang dan akak dia main..dengan abang dan kakak ketawa kat ruang tamu je buat amani gundah...nak join sama...
  • Qaireen Amani dah sangat tunjuk rasa nak makan tu. Sekarang adalah sesuatu yang sedikit sukar makan kat luar, sebab amani akan  nangis kalau tak bg kat dia...selalunya, Zah minta hubby bawa balik umah je..amani tido baru zah makan :)
  • Qaireen Amani dah boleh mandi air sejuk - yup, amani la yang lambat zah perkenalkan dengan air sejuk masa nak mandi...mungkin sebab sekarang cuaca sangat panas, awal pagipun air tak sejuk dah...Amani dah ok dengan air sejuk..adalah sesekali dia menggigil..hihihi...tp bila agah-agah Amani masa mandi..dia senyum balik...lupa dah air sejuk.
  • Qaireen Amani dah mandi berdiri tak mandi dalam besen baby dah. - Zah memang tak beli besen besar untuk baby mandi start masa Aqilah lagi, pakai besen kecik je..sebab bila baby dah pandai berdiri misalnya...tak perlu sangat dah besen kecil tu..senang sikit nak mandikan depa...so amani pun sama...alhamdulillah..mudah sikit dan senang kerja bonda.
  • Qaireen Amani anak manja ayah dan kawan baik abang long - anak-anak zah bukan jenis rapat dengan ayah depa masa kecil..hihihi maybe sebab ayah depa tak jaga masa pantang, tp dengan amani..sejak hari pertama lagi tak pernah dia ayah tak dukung..hari-hari ayah bersembang...jadinya pantang ayah tak dukung sehari, amani akan cari ayah. Abang long pula adalah fotostat kelakuan ayah, so bila dia nampak ayah rajin sembang dengan adik, dia pun buat...bila dah selalu..adik jadi sayng dengan abang..:)


Amani - hanya satu doa bonda...kamu sihat, bonda tak risau tinggalkan amani dengan pengasuh, hari-hari bonda bercakap dengan kamu masa kamu tidur, minum susu bonda banyak-banyak masa bonda takde...susu bonda memang melimpah ruah...semua ni untuk kamu seorang je amani :(
- bonda nak kamu selera balik minum, bila selera minum masa bonda takde baru muka dan badan ketul-ketul tu maintain je..hihihi geram sangat dengan pipi tembam kamu tu.


~ insyaAllah Amani akan mula makan minggu ni...bonda sangat teruja nak mulakan pemakanan awal amani :)~

Alhamdulillah - Nurul Qaireen Amani menyusu sepenuhnya susu ibu selama 180 hari tanpa bantuan apa-apa makanan lain.

Perjalanan penyusuan amani masih tetap diteruskan insyaAllah :)

1 comment:

JaSSNaNi said...

assalamualaikum...
maknani datang tengok amani.. wahhhh dah genap 6 bulan dah si debab ni... :) comel sangat...
apa yang menerujakan... amani dah boleh duduk sendiri tanpa sandar? betul2 terkejut ni... fiyya dok terkebil2 lagi menangis sbb tangan asyik tersepit bila nak meniarap.. hahaha.. dah meniarap penat mintak tlg kita lak nak pusingkan balik dia.. sbb dia blom boleh wat sendiri.. tapi minggu depan fiyya baru nak masuk 5 bulan.. ape pun.. good job amani.. x lama lagi dah boleh jalan.. sbb dah pandai bangun ye.. berani dia.. :) serba serbi cepat...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics