Wednesday, May 29, 2013

Cloth Diaper : Enam Bulan Bersama Qaireen Amani

Alhamdulillah,
Amani anak ketiga Zah juga sudah serasi dengan Cloth Diaper.
Sudah enam bulan juga menggunakan Cloth Diaper dengan Amani
Masalah ruam lampin adalah sangat jarang - bukan tak pernah kena tapi memang boleh kira dengan jari.

Koleksi Cloth Diaper anak-anak,
kebanyak Cloth Diaper dah digunakan since 2009

Setiap bulan memang tak ada langsung perbelanjaan yang diperuntukan untuk membeli Kain Lampin Pakai Buang yakni pampers dan sewaktu dengannya.
Malahan semasa bercuti seminggu di Pahang
Zah menggunakan Cloth Diaper juga 
memang beg sedikit sarat dengan Cloth Diapers
tapi puas hati sebab tidak menyumbang kepada
 penambahan sampah di Pahang :p.

Zah ada pelbagai koleksi Cloth Diaper - dari yang berharga RM20-RM80
semua ada - tapi baru perasan banyak berwarna 'pink'
nampak gaya bila ada rezeki baby boy nanti..hihihi adalah alasan untuk tambah koleksi :)

Bagi Zah,
Penggunaan Cloth Diaper selain jimat,
kita boleh pantau apa yang baby makan,
sihat tak baby kita setiap hari
kerana kita tahu berapa kerap baby ditukarkan 
CD setiap hari.
Malahan kita tahu sama ada baby hanya mendapat 'hindmilk atau formilk'
melalui warna najis baby :)

Qaireen Amani pakai CD harga RM25.00 je ni
tapi design dia lawakan?
sebenarnya harga CD adakalanya bukan sebab material semata-mata
sebab jenama juga buat dia jadi sedikit mahal.

Sejujurnya - apapun jenis CD yang digunakan, semuanya ada kebaikan masing-masing
tidak bermakna CD yang mahal tu sangat bagus
dan CD yang murah pula tidak bagus
bagi Zah, kedua-duanya ada Pro dan kontra.

Zah mula dengan CD Coolababy, Happy Flute dan QQ Baby
pastu setahun demi setahun
bila ada rezeki sikit barulah try 
CD yang mahal sikit

pss : Next entry Zah sharekan macamana Zah boleh beli CD yang sedikit mahal harganya....

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics