Wednesday, May 08, 2013

Cita-cita : Mahu Anak Ramai

Tajuk kontroversi gitu...hihihi secara alaminya setiap pasangan suami dan isteri mengidam anak untuk mengukuhkan lagi gerbang cinta mereka. Pastinya bagi pasangan yang bercinta...nak melangkah ke alam perkahwinan dah rancang nak anak berapa, nak berapa anak perempuan, nak berapa anak lelaki. Betul tak? ke tak rancang? ikut je rezeki?....

Along Akmal ~ Amani debam ~ Angah Aqilah

 Zah sebenarnya sangat bersyukur Allah izinkan mengandung dengan mudah selepas kelahiran Akmal. Siapa bilang hati dan jiwa tenteram usai pernikahan dengan suami 6 tahun lepas bila jumpa family dan bertanya bila nak dapat anak. 

yup, Zah hanya dapat akmal genab dua tahun seminggu usia perkahwinan kami. Kiranya zah dan suami puas sungguh honeymoon masa tahun pertama perkahwinan, entah berapa kali kami terbang berdua...siapa sangka elok je berpindah ke rumah sewa, tahun 2009, bulan Mei inilah 'period' terakhir sebelum disahkan mengandung kali pertama.

Teruja? sudah tentu...kami berdua menangis dalam bilik. Teruja nak beritahu ibu, ayah, mak mentua, ayah mentua..adik-adik...kandungan dijaga dengan elok...dan Alhamdulillah...Akmal lahir..Februari 2009. Awal 3 minggu dari jangkaan.

Elok Akmal setahun sebulan, Zah sekali lagi disahkan hamil. Sebenarnya, Zah dan suami sudah merancang nak anak lagi masa akmal 6 bulan. Tapi rezeki Allah beri lepas 8 bulan tidak menggunakan apa-apa peracang keluarga. Honeymoon ke hong kong dengan ada Aqilah dalam perut. Masih memerah susu segar untuk akmal...Alhamdulillah, percutian berjalan lancar walaupun tetiba Zah tak boleh dekat dengan suami...hihihi baunya sangat tak boleh tahan...kenangan terindah betul...Aqilah Irdina lahir Disember 2010.

Kemudian, tahun 2012...sekali lagi, Zah dan suami terkejut bila sedang elok zah berhenti makan pil noriday, Zah period pada hari Akmal genap 3 tahun dan bulan Mac 2012..simptom hamil kembali terus kelihatan...hahahha...punyalah dup dap dup dap masa tu...Allah rupanya nak bg kami berdua rezeki lagi...Syukur Amani sihat dalam kandungan walaupun Zah masih tekad meneruskan penyusuan susu ibu semasa hamil. Truely, kenangan paling indah dan zah sendiri tak sangka. Kuatnya Zah masa tu...Allah itukan adil :).

 Bila Amani lahir, Zah rasa macam baru bersalin anak pertama. Amani sangat berbeza dengan kakak dan abangnya yang mudah dijaga. Amani ajar zah jadi ibu yang sabar..sabar...sabar dan kuat...tapi entahlah, walaupun terasa lain dari lain pengalaman besarkan amani, bila amani menyusu dengan Zah..satu ketenangan hadir...bila amani zah dukung rapat ke dada..satu cetusan hormon seronok dan mahukan anak lagi hadir.

Jadi ibu, walaupun penat tapi seronokkan?

Tengok anak-anak yang semakin petah  berkata-kata, tangan yang kadangkala tak cukup nak pegang anak..hihihi...Alhamdulillah ya Allah...memang rezeki Zah dan suami dikurniakan anak yang rapat-rapat selang dua tahun ni.

InsyaAllah, jika diizinkan Dia...Seperti tajuk di atas...akan ada lagi next baby..insyaAllah..tahun depan mungkin :) - sedang elok..mengenangkan usia juga yang semakin bertambah. 

Zah bercita-cita untuk preggy pada usia 32 tahun, 34 tahun, 36 tahun dan mungkin penutup pada usia 38 tahun...hihihi insyaAllah. Tu cita-cita...kalau DIA izinkan...umur sengaja dikecilkan sebab macam banyak sangat nombor tu...hihihi...

Paling best bila anak-anak akan berderet nak sekolah...hihihi...wah besarnya tanggungjawabkan?pastu bila dah tua, suami isteri tinggal berdua pula...allahuakbar...seronoknya anak ramai, cucu ramai...apapun, semoga anak-anak kita terdidik dengan asuhan ISLAM dunia akhirat. InsyaAllah..macma-macam sekarang ni, kes buli menjadi-jadi...kes lupa Akhirat berleluasa...risaunya hati seorang ibu Allah je tahu...

Anda bagaimana?
Ada perancangan?

Salam Kasih,
Izzah

* entry auto publish - masih bercuti bergolek dengan anak-anak :) *

  


2 comments:

Alyyani Anuar said...

seronok baca kawan2 yg ada impian anak ramai ni. jarang bole tgk zaman sekarang ni. ada rasa teringin tapi tu lah, Allah je lebih mengetahui. moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan zah bersama suami dan anak2. :)

Hana Azleen said...

geramnye tgk pipi amani..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics