Monday, May 20, 2013

Cerita cuti seminggu awal Mei lepas - Fela Bera Selatan

Walaupun dah lama dah berlaku,
tapi tetap nak story mori juga :p
Pengalaman travel dengan tiga anak kecil yang mendebarkan..
hahahah...

5/5/2013 - tarikh keramat sebab pilihanraya.
Zah dan suami awl pagi dah bangun p beratur..tunaikan tanggungjawab.
jari belah kiri, jari husband...jari belah kanan jari zah...
dakwat yang kekal sangat :p

Lepas mengundi...zah dan suami ambil anak-anak kat rumah pengasuh,
depa siap dah mandi dan pakai baju baru.


kenangan yang tak boleh dilupakan semasa nak bertolak ke Pahang adalah
kereta tetiba tak sejuk.
Aircond macam kuar angin je..
wah...suami kata kita patah balik,  tukar keta sebijik lagi.
sebab hari tu kan hari cuti..mana ada kedai nak buka.

elok kai patah balik...
tetiba keta tak leh jalan...
rupanya air kering...emm en husband tersayang tak tutup rapat tempat letak air tu..
berpeluh juga kami nak patah balik umah..
ingat memang kena tukar keta lain dah...

amani debam yang dah berpeluh sakan masa ni...
 lepas kereta dah ok,
kitorang gerak dari Penang dalam jam 12.00 tengah hari..
kali ni merupakan perjalanan pertama Amani ke Pahang
dia punya la aktif dalam kereta.
Allah je tahu.
memanjatlah
berpusinglah.
abang dan kakak dah lena dah dalam kereta.


benda paling zah tak leh lupa bila susah sangat Amani nak tido.
Zah letak dia dalam ring sling sambil susukan dia
lenalah dalam sejam..
pastu dia jaga balik....pergh..menangis yang tak boleh tahan...
Amani tak tido dari Behrang sampailah nak masuk lebuh raya karak baru dia lena.

Seminggu bercuti kat rumah ibu kerja Zah memang belek anak-anak je.
Akmal dan Aqilah seronok main atas rumput,
mandi kolam dengan ayah su dan opah yang ikut je kehendak.
janji opah kata jangan nangis.
masa ni..husband kursus seminggu kat tg. malim..tu yang Zah balik umah ibu..amik kesempatan :)


Sepanjang bercuti..
amani sangatlah suka dikendong, dipeluk
tambah pula bila kat sana kebetulan amani demam panas.
tetiba je..mungkin sebab cuaca yang sangat panas kat Bera.
emm...apapun memang best bila balik umah mak..
keje makan tidoq ja..hihihi
sendiri rasa badan dah naik...tu seminggu tu..kalau sebulan, apala rupa Zah ni..hihi

 Seminggu balik,
Opah hadiahkan cermin mata baru..hehehe
yang boleh hitam masa panas
pastu tukar putih masa sejuk.
Jakun sat...hahahha


tapi benda paling best masa duduk ngan ibu adalah makan.
apa je yang Zah nak semua dapat.
salah satu makanan dari sabah ni.
kenal tak?


nama dia LATOK.
cuci bersih, letak bawang., cili padi, limau...perasa sikit...pergh mmg sedap.
ayah Zah balik mengundi kat Sabah..
tu yang dapat rasa makanan laut segar dari sabah ni.

Ayah belikan Ketam juga...masak lemak cili padi.
Akmal yang makan beria..huhuhu Zah ngan opah dia makan seorang sebelah je...kemain akmal tu.


tapi yang sangat sedap makanan laut dari Sabah adalah Udang..
pergh...memang manis...opah goreng macam tu je tau!mana tak gemuk. 


 Cukup seminggu, Zah balik - sedih juga tinggalkan ibu seorang kat kampung...
takpelah..lainkali ada masa cui lagi :)
thanks opah...sebab sudi layan kami anak beranak. 

hadiah hari ibu - ibu saya yang sihat, suami yang baik dan anak-anak yang bijak pandai :)


Alhamdulillah, perjalanan balik dari Pahang ke Penang tak rasa penat sangat sebab elok je keluar dari rumah opah, Amani tido sampai KL, Akmal dan Aqilah pula tido dari temerloh ke Behrang. Kitorang just singgah kat Sg. Perak..makan bekal yang opah masak...sejujurny, perjalanan dengan tiga anak kecil sedikit mencabar jika anak tak sihat, kalau anak sihat...takde masalah.

Pesanan Penaja : Ambil cuti jumpa mak ayah yang jarang dilawati akan buat ibu ayah kita tersenyum. Mak Zah sanggup ambil cuti seminggu gak...hihihi memenuhkan permintaan cucu dia yang tiga orang ni....

1 comment:

Nur Aini said...

terliur tgk ketam masak lemak...mmg nmpk lemaknya tu...terliur nya kak zah...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics