Wednesday, April 24, 2013

The Journey Of Breastfeeding Mother : Cerita semasa berkursus

Alhamdulillah,
baru sahaja mengikuti kursus hebat di Langkawi :)
saya dengan gigih masih memerah untuk anakanda amani.

walaupun semasa dalam perjalanan ke langkawi 
sudah ada yang bertanya
apa 'bekal' yang saya bawa
siap kotak putih yakni cooler box bagai
macam nak memancing pula gayanya :)
saya dengan tenang tak malu mengatakan bahawa
saya akan bawa balik SUSU IBU untuk anak-anak saya.

Persediaan sebelum berkursus seperti peralatan boleh klik di link ini : - 


Cerita sepanjang kursus,

Benda pertama yang Zah buat ketika sampai di tempat penginapan adalah terus jumpa penyambut tetamu,
nak tanya di mana terletaknya cafeteria.

Zah dan kawan-kawan menginap di IPP - 
Institut Pengurusan Peladang Langkawi 
untuk bilik standart memang tak disediakan mini bar.

Jadi adalah wajib dan perlu untuk sesiapa yang datang ni bawa
cooler box yang tahan lasak
dan boleh bertahan untuk digunakan sepanjang kursus
 dan sewaktu malam hari.
Keperluan lain adalah ais batu.
Zah bawa cooler box jenama cooler man
isi ais batu setiap pagi dan petang masa makan malam
manakala susu perahan zah akan tumpangkan di fridge cafeteria
setiap pagi dan petang.
untuk masa-masa lain zah kumpul dalam cooler box sahaja.



masa rehat yang singkat, zah tetap curi masa memerah

hasil waktu pagi memang meriah.
yang seronoknya
kalau jam 6 pagi dapat banyak ni,
jam 8.00 pagi berikutnya jika zah awalkan akan dapat macam kat bawah tu..
makan cukup kot..hihihi

Hasil perahan setiap 2-3 jam sekali semasa berkursus



selalu kalau waktu yang singkat zah amik masa 10-15 minit sahaja untuk perah, tp kalau waktu subuh, selepas makan tengah hari, rehat waktu petang dan sebelum mula kelas malam serta jam 3 pagi zah akan perah 20-25 minit....
zah nak pastikan cik b benar-benar kosong untuk elakkan dari bengkak dan milk duct..kang tersumbat sakit lain pula..


zah rasa setiap kali berkursus susu mesti dapat banyak macam ni.
maybe sebab makan yang kerap
bayangla..sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam
kerapkan makan?
airpun cukup...walau terkejar-kejar...susu masih banyak dan stabil.

ni susu perahan untuk 3 kali perahan masa hari last,
pagi jam 8, 10 dan 12 thari.
masa zah beli box putih ni dok katala macam besar sangat, mesti kosong banyak
sekali masa g cafeteria nak amik susu untuk dibungkus
alhamdulillah, penuh susu dan ais batu dalam tu

cara zah...
bawah sekali boh ais satu layer..
letak susu..susun elok-elok sebab guna liner takut pecah dan susu zah pula yang keras hanya susu hari jumaat,
susu hari sabtu dan ahad cair
zah susu yang keras kat tengah supaya maintain sejuk

alhamdulillah,
susu keras walau perjalanan nak balik tu lama
zah chq out dari IPP jam 1
jam 11 malam baru sampai rumah.
susu masih ok :)
untuk mudahkan tarvelling dengan barang banyak..hihihi
zah beli beg ni dan troli tarik tu
letak tong ais bawah sekali lapik dengan tuala
pastu letak barang shopping :p
mudahla sikit nak bergerak
dengan bas dan feri.

sampai jeti
upah pakcik tolak bayar rm5
dia angkat sampai dalam feri
pastu samp[ai jeti kuala perlis
minta tolong staff tarik..
naik bas sampai penang
suami pula tarik :p

ok itu je.
zah risau juga amani tak nak menyusu balik
tp dia ok,
zah sampai terus senyum..menyusu tak berhenti sampai pagi :)

anda.
nak susukan anak kena usaha sikit ya
nampak macam sukar tp senang je :)

salam kasih,
izzah



6 comments:

zunirrah zamri said...

Akan mengikut tips ini.berusaha tanpa rasa menyesal n give up..walaupun stock tinggal 8botol jer.huhu..akak la sumber inspirasi saya..

zu

Siti Haslinda Sadiken said...

sentiasa mencari insperasi bila baca blog akak nie :)

JaSSNaNi said...

memang terbaik... usaha mak untuk anak di rumah... pegi beg kosong.. bawa balik beg besar lagi siap troley.. :D

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

kak Zahlah sumber inspirasi saya. InsyaAllah akan ikut segala tips yang sangaaaaaaaaaaaat berguna macam ni..

InsyaAllah
InsyaAllah
InsyaAllah...

MasturaKiasatina said...

Syukur jumpa blog nie...ank sy umur 1tahun still bf, ujung bln 11 sy akan g kursus 4hr 3mlm di tmpt yg sama awak pegi tu...erm bilik duluxe ade peti ais x? Erm jd awak smpn susu yg diperah hari2 dekat peti di cafe ker?bg add fb,byk nk rujuk ni.

izzahazfar said...

mastura : add saya di fb https://www.facebook.com/izzahazfar

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics