Monday, April 22, 2013

The Journey Of Breastfeeding Mother : Kuantiti Susu dihujung minggu.

Alhamdulillah,

Allah masih beri Zah kesempatan untuk berkongsi dengan kalian.
Aqilah anak kedua Zah kembali aktif menyusu.
Terutama hujung minggu...

Aqilah tunggu je peluang menyusu..
Amani pula tak akan lepaskan peluang menyusu
akhirnya bonda susukan keduanya serentak ataupun bergilir-gilir.

perasaan?
puas...sangat puas bila boleh menyusukan anak dengan susu ibu.
biarlah orang nak kata apa
biarlah orang kata Zah obses
obses dengan susu sendiri ok kot
sebab Zah ok je dengan susu FM.
bno worries sebab setiap ibu ada pilihan dan cerita masing-masing.

Zah kalau hujung minggu memang cuba kurangkan untuk memerah
lebih suka pump ory sahaja yang beroperasi.
malas nak berkawan dengan breast pump medela yang setia digunakan 
malas nak cuci peralatan pump..huhuhu..
kalau aqilah dan amani menyusu zah tak pening,
insyaAllah segar dan penuh antibodi lagi.

Selalu hujung minggu zah akan mulakan dengan memerah di awal pagi - dah jadi kebiasaan
sebabnya, malam bila dua beradik tu menyusu kuat
esok pagi mesti tank penuh :)
alhamdulillah...syukur atas nikmat Allah ni.

  


susu perahan kat atas tu semua zah perah waktu cuti - kalau hari kerja jarang benar dapat banyak macam ni.
maybe sebab tak terkejar-kejar, memerah pula dengan tenang....tau-tau botol penuh dah..kalut pula amik botol extra :)

sebab itu Zah sangat sukakan hujung minggu atau cuti umum/am. Puas bergomol dengan anak-anak... Amani memang tak lepaslah dengan bonda dia ni...pendek kata, amani hanya berpisah dengan bonda masa bonda mandi, makan, masak dan solat je...tu pun bonda buat sat-sat...waktu lain amani akan berada dekat dengan bonda.

Angah Aqilah pula, memang masih aktif menyusu...seronok betul dia bila dapat menyusu sepuasnya selepas adik dia menyusu or dia akan menyusu dulu baru Zah bagi kakak...dan kadangkala mereka berdua menyusu serentak.

Alhamdulillah, semakin banyak dan kerap dua beradik ni menyusu semakin banyak susu Zah terhasil. InsyaAllah, jika keadaan ini berterusan...susu akan stabil. Zah memang berharap amani dan aqilah akan menyusu dengan susu bonda sepuasnya..insyaAllah.

Kalian,
Jangan bezakan susu Zah dengan susu anda.
Zah pun bukannya susu banyak macam air terjun
Zah usaha untuk pastikan susu tu kekal maintain.
jadi kalian juga perlu usaha.
jangan bandingkan susu anda dengan susu orang lain
sebab setiap manusia berbeza,
setiap perut anak kita berbeza.

apa yang perlu,
jauhi stress
makan sewajarnya
minum secukupnya
perah jika bayi tidak bersama
dan susukan bayi anda tanpa had.
tanpa jadual tertentu.

salam kasih,
izzah

6 comments:

zunirrah zamri said...

Salam kzah..seronok tengok susu kzah byak sgt2..zu 1mggu 2 ni susu cam kurang..xtahu nape..stock pun makin kurang..zu guna manual pump jer..xmampu nak beli yg mahal..sebelum2 ni bleh sekali pump dapat 4oz..sekarang 2oz pun ssh sgt2..sedih zu..
susu zu mcm cukup2 untuk bagi baby DF jer..bila pump xnak kuar banyak.

zu.

JaSSNaNi said...

perghh.. syabass.. gud job...
saya pun tak banyak susu sampai camni.. cukup2 makan je waktu malam utk baby.. kalau bengkak kat opis baru saya pam.. kalau tak saya terus balik bagi dia susu..

Ainul said...

bestnyer...saya dl stok takde la melimpah ruah tp Alhamdulillah cukup utk anak saya. skrg dh 2thn 6bln masih bf dia lg

izzah azfar said...

ZU,

susu berkurang cari puncanya.

jika tidak merancang keluarga boleh chq pregnancy :)

jika rancang : cara yang digunakan?

stress?

tidak sihat?

kurang memerah?

banyak puncanya

apap perlu buat?

bertenang.

tarik nafas dalam-dalam

menyusukan bayi dengan kerap, kira attach kena ada sentiasa.

perah selepas menyusukan

dua benda penting bila nak stabilkan kembali menyusu

kemudian boleh tambah dengan makanan sihat, rehat, air secukupnya.

jangan risau, doa doa dan doa,

Allah sentiasa akan bantu kita :)


izzah azfar said...

jas : bengkak baru pump?

zah cadangkan kalau nak maintain penyusuan kena perah sekurang2 nya 3 kali kat ofz.

sebelum mula keje
waktu rehat
sebelum balik

amik masa 10-15 minit shj :)

nak maintain 2 tahun kena usaha sekurangnya :)

just cadangan untuk saya dan ibu lain.

izzah azfar said...

ainul,

keperluan susu perahan berbeza setiap ibu,

bergantung kepada corak kerja dan situasi.

insyaAllah selagi terdaya ini adalah usaha zah.

mana tahu mengandung sekali lagi tahun depan :p

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics