Tuesday, April 16, 2013

Review : Set Berpantang Nona Roguy dan kisah berpantang.

Set Bersalin Herbaneka yang digunakan dan mandian herba TYT yang digunakan sepanjang berpantang

Hampir 140 hari melahirkan Qaireen Amani.

Masih belum berkesempatan mencoretkan kisah berpantang anak ketiga.

Alhamdulillah,

Jangan tak tahu, pantang kali ni Zah sangat strick.

Being pantang sendiri tak bermakna Zah tak jaga badan.

Memandangkan tahun ni dah menginjak ke angka 30.

Badan pula nak pakai lama..insyaAllah...kalau umur panjang

Zah kenalah jaga diri..

Masa anak pertama, memang ibu jaga

dah namanya anak 1st.

banyak benda tak tau..so ikut jelah.

bila bersalin anak kedua

even ibu jaga

berpantang ikut dan je.

kira tak berapa nak pantang sangat.

then, lepas masuk kerja 

badan macam lemau

sakit sana sini.

Jamu yang dimakan sepanjang 60 hari.

Jadinya,

Bila bersalinkan Qaireen Amani,

Memang nekad nak kurus.

Bengkung pakai hari-hari.

Ubat tak lupa nak makan.

Makan pun bersukat..hiks..

Cuma air je..tak leh nak kurang.

dan Zah teruskan cara berpantang yang sihat

selama tempoh bercuti 60 hari.

Alhamdulillah, 

sehingga hari ini..

Zah rasa badan sikit kuat dari bersalin anak pertama dan kedua.

Mandi air suam memang sebulan juga,

mandi ayaq daun herba tu memang puas sangat.

Oh ye, Zah makan Phytonatal ni lepas seminggu amani lahir.

Kalau orang lain makan untuk mudahkan lawas, zah makan untuk bagi sihat badan...hihihi sebab berpantang kali ni minum ayaq cukup kot jadinya masalah sembelit takde.



: Review :

: Phytonatal : 

Zah makan hampir 2 bulan - berat turun 12 kg. masa bulan pertama bersalin, lepas tu bila dah mula makan pil peracang turun sekilo je masa bulan kedua. - berat 2 bulan lepas bersalin 57 kg dari 70 kg.

Phytonatal tak panas sangat..biasa-biasa je..maybe sebab zah amik 2 biji sahaja sehari...cuma badan memang berpeluhla..

Babypun takde masalah bila Zah makan phytonatal.

: Akar Herbaneka :

Sebab tekak tak lalu dengan minum air herba..ni je tak minum..hahaha tak leh nak review..ada sape2 nak? zah jual murah-murah je :p

: Minyak Herbaneka :

Memang best pakai minyak ni sebabnya bau dia menenangkan zah, zah pakai lepas mandi, nak tidur...tak panas sangat...

: Herbaneka Barut :

Zah pakai kat perut, peha, pinggang masa nak bungkus badan dengan bengkung...so lilit kuat-kuat...tak rasa apapun pakai ni...hihihi tak berapa nak puas...selalu zah letak juga minyak panas herbaneka tu..so bila balut badan dengan bengkung terasa juga kepanasan sikit..bior lemak terbakar.

: Uncang Cuci Herbaneka :

Zah pakai bagi luka kat bawah cepat baik...hihihi pernah sekali suami terbuang baru pakai sekali kot...suami ingat uncang teh..dia kata awatlah mama ni bancuh teh kat bilik air...btw, uncang ni leh guna dua tiga kali. guna air suam cuci alat sulit kita.

: Herbaneka Lulur :

Memang best pakai, anak dah tiga zah masih setia guna lulur nona roguy ni, puas hati...pastikan anak kenyang menyusu, dia tidoq, kita buat projek lama sikit dalam bilik ayaq...kesan-kesan regangan, hitam kat leher masa mengandung insyaAllah hilang :p

Zah tambah satu lagi review untuk tambahan set minyak


Zah juga beli minyak berubat herba ni, ingat nak bg pakai kat baby..tp bila rasa kepanasan dia agak kuat zah yang pakai :p...masa lepas bersalin zah sakit gigi...letaklah minyak ni kat gigi yang sakit dan kat pipi..alhamdulillah..ok...oh ye, try juga letak minyak ni kat amani...hihihi amani tak sesuai..kembung dia tetap ada...so kesimpulannya minyak Zah yang pakai.

5 comments:

~farah~ said...

bengkung dia besar tak?
satu set berapa?

part bancuh teh kat bilik air tu, kelakar sungguh hahaha.

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

nk tanya, zah makan pil perancang apa yer?

~najwa~ said...

Dah anak ke 3 ni, saya pun tgh survey, nak mencuba set lain pulak. Yang zah pakai ni nampak ok, boleh masuk list ni :)

Milie Suraya said...

Coretan yang bagus zah.... jemput la singgah ke blog saya...http://www.suemilie.blogspot.com/p/set-bersalin-nr.html?m=1

Milie Suraya said...

Coretan yang bagus zah.... jemput la singgah ke blog saya...http://www.suemilie.blogspot.com/p/set-bersalin-nr.html?m=1

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics