Thursday, April 18, 2013

Persediaan untuk travel dengan susu perahan (ebm)

Berikut zah senaraikan keperluan yang anda perlukan semasa berkursus dan perlu memerah kerana bayi tidak bersama.

  • Breatspump elektrik/manual 
  • Cooler beg/ cooler box/ box polistrin yang letak ais batu.
  • ice pek.
  • storage bottle dan liner
  • jiwa yang kental..hihi

Persediaan untuk out station :
  • kenal pasti tempat untuk berkursus.
  • dapatkan maklumat dr urus setia atau hubungi tempat menginap 
  • tujuan ialah untuk mengetahui kemudahan yg disediakan di bilik seperti peti ais.
  • jika peti ais tiada, ty tempat menginap sama ada boleh atau tidak tumpangkan susu perahan di dewan makan@cafeteria.
  • dapatkan bantuan dr urus setia untuk mendapat bekalan ais batu secukupnya. Jika ada ice pek lebih boleh gunabergilir-gilr waktu siang dan malam.
  • perah sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali siang dan malam. Bermakna perlu perah 8-12 kali sehari semalam. 
  • Tujuan untuk pastikan demand susu masih ada even baby takde.
  • gunakan masa rehat semasa kursus untuk curi masa memerah. Setiap 30 minit rehat, gunakan 10-15 minit untuk  memerah agar tidak mengganggu masa kursus.
  • Maklumkan kepada urus setia / penceramah bahawa anda ibu yang menyusu dan perlu memerah untuk anak anda.
  • jauhi stress. Makan secukupnya, minum air secukupnyz, kunci jam untuk pastikan kita tak terlajak tidur.


Entry ini ditulis untuk makluman diri sendiri. 

Penulis akan berkursus 3 hari di Langkawi.

Hihihi..team building tu...harap semuanya baik-baik sahaja.





entry lain tentang travel ebm :persediaan travel bawa ebm

Salam kasih,

Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics