Thursday, April 25, 2013

Part 7 : The Journey Of Breastfeeding Mother : Susu Perahan Mac dan April 2013

Bulan Mac yang lalu..langsung tidak berkesempatan untuk menyusun stok-stok susu perahan.. Allahuakbar...penuh melimpah dah susu dalam deep freezer 350 liter kat rumah tu...

Zah sangatlah bersyukur kerana, walaupun susu perahan tak dapat banyak macam masa zaman dengan Aqilah dulu, berkat sedikit usaha..yang sikit dah jadi bukit dah.

Susu Perahan yang tak menetu : Selalu dapat banyak ni waktu pagi-pagi...
kat office ni perahan pertama, tapi kalau ikut perahan seharian ni perah kali kedua selepas jam 5.30 pagi kat rumah

banyak ni sahaja yang zah peroleh untuk sesi perahan ketiga, ke empat dan lima di pejabat..tp zah sangat percaya bila kita rajin, pasti akan ada hasil. Oh ye..sekarang tak sibuk, adakala Zah buat juga sampai 5 kali perah, amik masa tak lamapun 10-15 minit sahaja..sambil-sambil buat kerja lain.



ini hasilnya. Bulan Mac 2013 - ada 125 pek susu perahan dengan setiap satu pek berisi 6 oz. Manakala bakinya adalah stok susu perahan bulan April 2013yang ada sebanyak 75 pek susu perahan..ALhamdulillah. Stok susu perahan baru guna dalam 20 botol untuk stok disember...ada waktu yang zah tak sempat nak perah susu untuk bekal harian amani, zah akan campurkan dengan susu perahan yang fresh. Alhamdulillah, amani ok je dengan susu perahan yang dah beku dan dicairkan ni... 

Jadi apa RAHSIA susu perahan Zah ni bertambah dari sehari ke sehari?

  1. Menyusukan Amani secara terus tanpa jadual setiap kali bersama. Waktu cuti dan hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya. Waktu malam Amani amat kerap menyusu..huhuhu Zah layan je...
  2. Makan makanan yang sihat, minum minuman yang berkhasiat (oat,milo, air kurma merah), minum air masak secukupnya. Serta mengurangkan kafien. Zah sangat perasan, if Zah amik kopi kacip fatimah, susu tak banyak macam biasa...huhuhu sedangkan masa Aqilah dulu takde masalah ni..so setiap anak berbeza pengalaman menyusukan anak ni.
  3. Zah akan rehat bersama amani. jadi menyusukan anak bukanlah alasan untuk penat. Bangun kerap tengah malampun takpe..sebab zah just betulkan kedudukan amani, dia selesa, zah selesa..sambung tidur balik.
  4. Zah tak nak fikir benda-benda negatif, walaupun Zah sedang dilanda masalah...huhuhu suami suruh Zah positif bersungguh-sungguh dan hanya fikir pasal anak sahaja.
  5. Memerah secara istiqamah, konsisten dan tak malas. Zah tak pernah tunggu bengkak baru perah, sangat tak bagus kalau buat macam tu. Paling lama 3 jam  selang perah, kalau ada vitamin rajin lebih sikit, buatlah 2 jam sekali.
  6. Zah sentiasa positif, dapat sikitpun syukur dapat banyak lagilah syukur.
  7. Menyusukan dua orang. Yup amani menyusu bersama kakaknya Aqilah :) - Milk Boster paling hebat yang zah ada.


Ok tu je...:)
Selamat menyusukan anak.
Menyusukan anak ni tak susah
tapi kena rajin + kuat + mahu buat yang terbaik + usaha sikit = kejayaan.

oh ye..tak perlu target tinggi, target sikit-sikitpun dah cukup...ingat ya target ibu dan target anak kena selari baru kita tak susah hati :)

ada lagi sebulan lebih amani cukup 6 bulan, zah tak berhasrat untuk lewatkan solid food dia...

nanti zah citer pasal solid food ya :)

salam kasih,
izzah

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics