Wednesday, April 17, 2013

Parenting Attachment : Tidur Bersama

Alhamdulillah, tiga dah anak zah..semuanya tidur bersama...Memang ada beli katil bayi, tapi katil tu masih elok dan sangat minima penggunaannya..Guna bukan untuk anak-anak tidur, guna letak barang-barang je :p.

Zah sangat sukakan waktu tidur bersama-sama dengan anak-anak ni, waktu nilah waktu zah boleh luangkan masa berehat, sambil menyusukan amani dan sambil dengar cerita Akmal dan Aqilah semasa berada di rumah pengasuh. Zah pernah dengar, pakar motivasi kata gunakan sekurang-kurangnya 30 minit waktu berkualiti untuk rapat dengan anak-anak.

Akmal , Aqilah dan Amani

Akmal, walaupun masa kecil dia minum susu perahan dalam botol..zah tak pernah biarkan dia tidur sendiri..bila dapat adik ngah..Aqilah Irdina..yang menyusu susu ibu sepenuhnya..lagilah senang bila anak tidur dengan Zah, takdelah mengantuk esok pagi sebab jaga malam nak buat susu.

Kami suami isteri memang terasa betul letihnya kena bangun buat susu bila Akmal minum susu formula lepas susu perahan Zah habis masa mengandungkan Aqilah,

Tapi syukurnya masa Zah mengandungkan Amani, Aqilah menyusu direct je dan sangat jarang bangun malam untuk menyusu..jadi tak kalut nak panaskan susu perahan...tips mudah, pastikana anak makan dengan kenyang sebelum tidur..dapat pula Aqilah Irdina yang memang jenis makan..mudah juga kat situ.

Selepas anak dua tahun, Zah memang biasakan anak tidur di katil masing-masing tapi masih tidur dengan kami suami isteri. Hajatnya bila pindah masuk rumah baru nanti, anak-anakpun dah besar..barulah mereka akan tidur di bilik masing-masing.

Sekarang, Amani akan tidur sebelah kiri or kanan. Manakala Aqilah akan tidur mana tempat yang kosong, kekadang dengan akmal sekali join katil besar, ayahlah tidur sesorang kat tilam bujang..cian Ayah...anak-anak dah pajak bonda..hihihi..

Kesimpulan : Tidur bersama anak-anak mengeratkan lagi hubungan anatara ibu dan ayah yang bekerja. Memudahkan ibu terjaga bila anak nak susu tengah malam dan kita tahu baby tak selesa bila mereka bergerak-gerak..cotoh CD dah penuh diawal pagi...mean kita jadi lebih peka..dan tangisan anak adalah tanda terakhir yang akan menggangu tidur ibu dan ayah jika mereka tidur berasingan..betul tak?

Btw, jangan risau anak susah nak pisah katil / bilik. Sebabnya pengalaman Zah sendiri, anak-anak ni tahu limitasi mereka. Bila kita asuh dengan betul..insyaAllah mereka akan faham. Contohnya situasi potty training dan berhenti menyusu botol. Nampak macam sukar, tp sangatlah mudah dengan anak sulung dan kedua, sekejap sahaja mereka dah pandai berhenti. Asuhan yang tepat akan memudahkan kita :)

Kongsikan cerita anda dengan Zah - tidur bersama anak sehingga umur berapa?

Salam Kasih, 
izzah






No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics