Monday, April 01, 2013

Nurul Qaireen Amani : Meniarap


Ikutnya Qaireen Amani ni dah mula meniarap masa usia dia 2.5 bulan lagi. Sejak dia lahir pula kebolehan untuk mengereng badan tu dah nampak.
Jadinya bila usia dia menginjak 4 bulan, meniarap tu dah pandai. Orang kata dah pakar meniarap. Tangan pun dah pandai kalih.

Umur Amani 15 hari pun dah memang macam ni cara dia tido..mengereng

Gambar kat bawah ni semuanya adalah pada sehari sebelum dia empat bulan.


Sebenarnya mata dah nak pejam lali-lali dah pun..tp dia masih merengek-rengek, jadi zah alihkan bantal bagi dia menelentang, bila dia selesa je terus kalih badan :)



hihihi tengok, kalih badan dengan tangan tak tersepit!
cayalah amani...rupanya dalam merengek-rengek buat bonda tak tidur malam tu..amani ada skill baru nak tunjuk.



selain dari meniarap, amani juga dah mula menjulur ke hadapan...dah boleh tolak badan dia kehadapan :) - nampaknya perkembangan anak perempuan zah ni sama. Angah Aqilah Irdina dulupun menjulur kedepan, tapi abang long tolak badan ke belakang :)



 Selalunya, bila bangun pagi..amani akan meniarap..hihihih...pantang letak sekarang ni...kalau letak ringan je badan debab dia tu buat aksi meniarap :)
Alhamdulillah, well done Amani!


Seperti anak-anak lain.
Trademark anak-anak Zah adalah mata bulat :p
hihihihi Semoga Amani terus sihat, susah hati tengok dia sakit dan kurang menyusu. 

2 comments:

JaSSNaNi said...

wahhh cepat amani meniarap ye...
skrg fiyya tengah mengiring skrg ni, tapi belum kuat kot nak meniarap.. tapi skrg fiyya demam.. mgkn nak aleh badan.. kan

izzah azfar said...

jas : alhamdulillah, memang amani ni cepat sikit banding akak dan abag dia.

anak demam risaukan?
zah dah melalui masa amani 3 bulan...beratpun naik sikit je. ;(

moga anak jas sihat segera ya!
jas pun kena kuat

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics