Monday, April 29, 2013

Nurul Qaireen Amani : 5 bulan

Alhamdulillah, anak kesayangan kami suami isteri dah berusia 5 bulan.
cepat kan masa berlalu?

Amani 5 bulan dah pandai buat apa?

AMANI SUKA BUKU / WARNA TERANG

mungkin dia suka warna warni yang ada kat buku tu
selalu join kak ngah dan abang long study..hihihi
mulut dia memang riuh bila tengok gambar.

Qaireen Amani baca buku sampai berpeluh

SUKA HISAP JARI

Qaireen Amani memang sukakan jari dia..hihihi
tapi kalau ayah pegang, lagilah dia suka..
jari ayah bawa masuk mulut
so ayah kena pastikan tangan bersih bila pegang amani.
yang bonda pelik, bila bonda pegang dia, tak pula amani nak hisap jari bonda.

Qaireen Amani tidur sambil hisap jari..pipi dobot betul..geram!


TIDUR PADA WAKTU YANG SAMA

Waktu tidur yang sudah sekata..
Alhamdulillah, lebih mudah tidurkan amani sekarang.
Selalunya, lepas magrib dalam kul 8.00 malam..
amani dah tunjuk tingkahlaku nak tidur dia..
hihihi dan selalu bonda pun ambil kesempatan rehat masa ni :)
amani tidur lena..baru bonda bangun balik siapkan apa yang patut.


suka tengok gambar ni....nampak amani lena betul tidur..
amani memang jenis tidur nyenyak sampai pagi.
bangun hok hek nak susu je...

SAIZ BAJU

Kalau baju dia dah banyak yang tak muat.
selalu zah beli 6-12 bulan atau setahun punya
amani ni jenis tinggi...huhuhu lagilah cepat kena tukar saiz baju.

geram tak kat kaki amani?
macam ayam kfc..lalalalla
enak dimakan begitu sahaja.
Gambar kat atas, Amani pakai bajulama kak ngah..hihihi senangkan bila anak rapat ni..kita gunalah baju sampai lebam...:p
tapi banyak baju kak ngah amani tak muat...huhuhu pakai sekali dua pastu takleh pakai dah...amani ni jenis berisi tubuh dia...alhamdulillah.
berkat susu bonda :)


MENIARAP 360 - ASKAR TAK BERTAULIAH :P

Qaireen Amani dah aktif menjulur sekarang.
Qaireen Amani juga jenis berjiwa besar, walaupun dia kecik.
Zah kata jiwanya besar sebab, bila abang dia baca iqra, diapun nak join
bila kak ngah main masak-masak dia pun nak join.
dia tak akan dapat tidur lena bila dengar abang dan kakak dia ketawa kuat-kuat ngan ayah kat hall...huhuhu amani oh amani..
pendek kata, budak yg dah masuk 5 bulan ni suka nak jadi macam org besar.

EMOSI - PANDAI MERAJUK
Dah pandai merajuk amani ni..siap cebik-cebik lagi muka dia..hihih
tambah lagi bila bonda tak layan dia sangat..lagilah dia mudah merajuk..
nak senang, kemana sahaja bonda akan pastikan amani bersama.
Nasib ada ring sling..lega..letak Amani dalam ring sling...kelek la dia masa buat keje..:)
BELAJAR DUDUK SENDIRI - ANGKAT PUNGGUNG DAH..

4 bulan 10 hari : dia dah nak belajar duduk.

BOLEH DUDUK - SEIMBANGKAN BADAN

Alhamdulillah : elok lagi 2 hari nak cukup 5 bulan, qaireen amani dah kuat nak seimbangkan badan di.
ni zah dudukkan dia,then dia tak jatuh pun..siap sendal badan guna tangan sendiri lagi..bonda apa lagi dengan tak sabarnya amik camera..kenangan ni

BELAJAR BERDIRI - SEIMBANGKAN BADAN
lepas duduk, dia juga boleh berdiri...cuma tak berapa nak kuat lagi ni...hihihihi..baru 5 bulan..tapi dah boleh pandai memacam....ni lah budak yang sangat attach dengn bonda dia...
PENYUSUAN SUSU IBU


Alhamdulillah,
lepas dia demam, batuk dan selsema bulan lepas
yang berat badan tak naik banyak tu
kali ni, amani dah sihat dah..
tak demam dah....
dah aktif...
dukung dia memang terasa sangatla...
alhamdulillah...
semestinya masih menyusu dengan susu bonda secara esklusif.



amani bijak, amani pintar.
dengan bonda dia ok.
dengan pengasuhpun dia ok.
sangat manja dengan ayah.
rapat dengan abang
boleh dah usik kak ngah masa menyusu :p

ALHAMDULILLAH,
Bondapun dah adapt dengan suasana anak tiga.
dah boleh terima keadaan yang sedikit kalut :)
sementara anak nak besarkan..biasalah..
tu pun rasa amani ni cepat benor perkembangannya.

apapun, doa bonda..
amani sihat walafiat.
itu je..

salam kasih,
bonda amani, aqilah dan akmal
izzahazfar

2 comments:

aThidEaN said...

nyum nyum
nak makan amani:)

baru perasan anak kita beza a dan i je

Nur Aini said...

Gud girl Amani. Nnt boleh jlan2 ngan Kakak n Abg :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics