Wednesday, April 03, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Weaning Off sebenar

sob sob..

Aqilah dah rasmi rasanya weaning

Takde paksaan

Takde penipuan

Dia sendiri rela

Mungkin bila dia lihat adik yang sedikit manja

dan bonda yang keletihan

Aqilah sendiri undur diri

tp kadangkala dalam seminggu tu ada juga dia minta

mungkin untuk lepaskan rindu.

Muka comot!

Sebenarnya bonda sangat rindukan 'bonding' semasa menyusukan Aqilah

Dia sangat kuat menyusu even zah mengandungkan Amani sehingga hari melahirkan Amani, Zah masih menyusukan Aqilah.

Lepas adik lahir, dia perlahan-lahan mengurangkan penyusuan dengan bonda.

Suami kata, takpelah...sudah genap 2 tahun 4 bulan menyusukan Aqilah. Sekarang bonda kena tumpu pada adik pula.

Angah Irdina, satu hari nanti kalau kamu baca entry bonda..ketahuilah bonda halalkan setiap titis susu bonda.

Kamu mengajar bonda erti penyusuan sebenar. Kamu juga teman penyusuan bonda yang sangat aktif :)

~ bonda yang rindu ~

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics