Tuesday, April 09, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Proses cerai susu yang tertangguh :p

Bermula dengan kisah penyusuan berganda (tandem nursing), kemudian permulaan untuk cerai susu (weaning off) bermula februari 2013 dan sehinggalah ke akhir Mac 2013 Zah ingatkan Aqilah Irdina, anak kedua zah ni akan betul-betul berhenti menyusu...

Ingat tak entry : weaning off sebenar last week?takde maknanya..hahahha

Rindunya nak dia menyusu balik....sape sangka hujung minggu lepas, Aqilah Irdina sama naik dengan adik dia Qaireen Amani, elok dia tengok amani kenyang menyusu..dia pula datang minta..hihihi tak bagi kesian, dah bagi rasa puas sangat...maybe zah dan dia tak ready nak weaning...


Masa ni zah dalam kereta, aqilah Irdina menyusu sampai lena, balik umah dia sambung lagi menyusu, sampai terlena jugak.

secara teori, kalau kita minum sampai habis, air tu akan habis, beza dengan susu ibu, lagi banyak anak minum lagi banyak susu terhasil.


Zah kalau hujung minggu, sangat malas nak perah..huhuhu tak larat dah berkawan dengan pump masa kerjakan..ada anak-anak cukuplah, tp selalunya bila malam kakak dan adik menyusu, esok paginya comfirm penuh.

alhamdulillah, memang zah perasan sangat hasil perahan akan berganda bila dua org menyusu. penat-penat memerah dengan kerap, tandem pumping tak sama hasilnya susu perahan bila aqilah menyusu. comfirm ada extra. sykur nikmat dari Allah.


Yang ni pun hasil hujung minggu lepas, pump 6-7 minit je sebab amani dah bangun..pun sebelah sahaja...sebab yang sebelah lagi,angah dan adik dah pulun sorang sikit :p

Alhamdulillah, selepas mengharungi perjalanan penyusuan yang sedikit mencabar dengan amani, sekarang zah boleh senyum dah...boleh gelak...dan paling best bila encik suami tegur..Allahuakbar mama..banyak susu ni...kalut dia nak basuh satu lagi deep freezer tu.

Kesimpulannya, Zah takde tarikh bila Aqilah akan berhenti menyusu susu ibu. Kalau Akmal minum susu perahan sampai dia tiga tahun, kita tunggu Aqilah ni sampai bila :)

Oh ye...Aqilah ok je adik menyusu dengan bonda, yang best dia tahu posisi mana yang mudahkan bonda dan dia semasa menyusu....

Tips Menyusukan dua atau lebih anak (Penyusuan Berganda / Tandem Nursing) :-
  • Aplikasikan posisi-posisi yang selesakan ibu dan kemudian selesakan bayi. Sebab posisi yang tidak selesa akan buat ibu sakit pinggang, latching yakni lekapan yang tidak betul dan seterusnya mengundang stress pada ibu.


  • Bila ibu stress, anak akan rasai ketegangan itu. Anak akan mula terasa emosi ibu yang tidak stabil. Zah cuba jauhi untuk stress semasa menyusukan. Zah sangat suka menyusukan anak masa rasa tertekan, sebab? hormon yang tercetus semasa menyusu akan buat ibu tenang.


  • Utamakan bayi yang lebih kecil, iaitu beritahu anak yang lebih tua untuk beralah. Bila adik dah selesa, baru tawarkan pada kakak. Menyusukan todler bukanlah sesuatu yang pelik, sekurang-kurangnya kakak/abang tak akan rasa terpinggir bila ada adik baru.


  • Penyusuan antara ibu dan baby satu keperluan, manakala antara ibu dan todler adalah lebih kepada 'bonding'. Zah suka saat menyusukan anak-anak..truely, benda yang zah paling suka dan rindu bila mereka dewasa.

Nota Izzah : 

  1. Akmal tanya dulu dia menyusu tak dengan bonda..sob sob, akmal minum susu bonda tapi tak menyusu dengan bonda macam kak ngah dan adik amani. 
  2. Bila Aqilah tengok amani menyusu dengan Zah dia tanya kenapa dia tak boleh minum susu bonda dah, adik boleh pulak. Bonda takde jawapan, last2 bonda bagi je Aqilah menyusu balik :p, hati tak cukup kuat ler...


3 comments:

Sidratul Muntaha said...

samalah
still tak lepas lagi
*tergendala by the way..
:)

izzah azfar said...

hihi noted :)

wan nurul hezrina abd halim said...

sofia coming soon..makin nk 2 thun makin kuat nenen

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics