Thursday, April 04, 2013

Natural Birthing : Pengalaman saya

Berikut merupakan tiga pengalaman bersalinkan anak-anak Zah :) - Akmal, Aqilah dan Amani.


Kalau kalian baca ketiga-tiga pengalaman tersebut, pengalaman bersalinkan amani yang paling cantik journey nya...hihihihi.

Hakikatnya, Allah berikan semua tu bersebab. Bila Zah bersalin dengan mudah, Zah pun cepat sembuh dan kuat kembali selepas melahirkan. Alhamdulillah, memang terasa beza juga. 
Even kali ketiga ni Zah berpantang sendiri.
Nak hadapi masa selepas bersalin tu dia lebih mudah.
Maklumlah selepas bersalin, hormon kita akan sedikit terganggu.
Malah, kejutan budaya bila ada baby baru pasti ada even kita dapat anak yang kedua..ketiga..mahupun seterusnya.

Muka Zah hari kedua bersalin :)

Ok nak cerita pasal 'natural birth' - orang selalu ingat, bersalin secara semulajadi ni bersalin normal. Mean bersalin macam biasa...tp sebenarnya 'natural birth' ni bersalin yang tiada gangguan, tiada paksaan dan tiada ubat yang digunakan untuk mencetuskan kontraksi semasa bersalin.

Dengan Akmal...Zah lalui proses bersalin yang panjang. Sebabnya lepas disahkan 2 cm...zah dah p serah diri kat doktor, 12 jam kat labor room tak gerak-gerak buatkan bukaan pintu rahim tu lambat...Memang tak sakit, zah relaks je dalam labor room tu...tp stress sebab orang kat sebelah silih berganti dah ada baby, zah lak asyiklah terbaring dalam labor room.

Selain itu, Zah juga dicetuskan kontraksi dengan menggunakan 'pitocin'. Dipecahkan ketuban masa 4 cm dan seterusnya VE tiga kali kalau tak silap, masa sampai labor room, masa 6 cm dan last masa 2 cm....memang penat sangat hari bersalin tu, tp tak dapat tidur even Akmal takde rooming in dengan Zah. Hati meronta-onta nak tengok baby, sebab lepas bersalin - Akmal lahir malam...so, akmal terus diletakkan dalam nursery, sob..sob...dah la tunggu lama, tak de 1st feeding dan bonding antara kami masa tu..lagila stress....tempoh sihat zah juga sedikit lama, mana dengan jahitan kat bawah lagi...

Masa dengan Aqilah, Zah dalam labor room 4 jam. masuk jam 9-10 then jam 1.15 thari Aqilah kuar...dari 3cm, pecah ketuban..pitocin juga...then 6cm.. tak lama pastu dah fully dilated....Masa ni Aqilah memang zah nak rooming in, tak tidur malam tu sebab Aqilah sat-sat nak menyusu. Nasib baik even ada gangguan ubat tahan sakit dan pitocin, Zah masih boleh jaga aqilah sendiri dalam ward.

Tapi dengan Amani, memang takde bantuan ubat langsung - sebabnya VE 1stly dalam labor room dah buka 4cm, pastu ctg tunjuk contraction yang kuat, masuk ubat buang najis tu...contraction lagi super kuat..tapi zah jalan-jalan lagi sembang dengan husband..sampailah nurse panggil untuk doktor jumpa zah. Alhamdulillah, 20 minit tu, dah 8cm dan 10 minit dah fully dilated. takde ubat takde pitocin. Amani terus dalam dakapan lepas kuar, terus zah bawa sendiri ke ward (zah pangku amani, nurse tolak guna kerusi roda). Malam tu, walaupun amani bangun menyusu, zah relaks je boleh tidur dengan lena.. Bangunpun sebab menyusukan amani dan nurse mai tukar cadar.

Bagi Zah, bersalin yang mudah, mudah sembuh, jiwa tu lagi kuat bila hormon stabil. Hormon tak kena kacau dengan ubat katanya...huhuhuhu buat Zah nak lalui berpantang sendiri dengan Amani tu mudah sahaja...

Alhamdulillah, jiwa zah masih stabil bila melayan Amani yang kadangkala meragam...huhuhu amani sangat beza dengan kakak dan abang, jadinya jiwa yang stabil, kesihatan yang lebih cepat baik, tak terasa takut-takut ke apa.. buat zah boleh dan selesa dengan amani serta anak-anak lain.

Jangan tak tau, kalau anak 1st dan 2nd zah minta husband cuti lama sikit...(kononnyalah..hahahha) tapi kali ni, macam pasrah je...sebab pengalaman bersalin yang sangatlah mudah tu.

Tapi............bila tengok amani, bila rasa pengalaman bf masa preggy. InsyaAllah kali ni jika Allah izinkan..biarlah sempurna dua tahun penyusuan tanpa ada liku-liku pilu :)....

Makin, banyak membaca..makin banyak benda yang kita tahu...Allahuakbar, dan Allah yang paling Maha Mengetahui Segalanya.

Amin..amin...amin...

Oh ye, sedikit tips menghadapi sakit contraction yang maha hebat. Fikirkan semua tu mudah, fikirkan dan jadikan aura positif dalam diri. Kalau asyik mengeluh, sakit...sakit....sakit...memang akan sakit.

Zah memang tanam dalam diri sejak awal preggy sampai habis, bersalin kali ni mesti mudah. Mesti cepat dan pantas. Zah nak sihat untuk BF amani bila dia lahir.

Zah juga minta nurse untuk tidak ganggu Zah masa Zah sedang melawan kontraksi, pegang tangan suami, eh gigit..hihihi sambil baca doa nabi yunus. Mengereng kekiri dan bernafas dengan betul

Koyak tak banyak, jahitpun sikit je.

Ok tu je :) - Untuk yang bakal melahirkan, tak kisahlah anak ke berapapun. Pastikan ilmu ada, updated dan tahu apa yang perlu dan tak perlu.

Kelahiran yang mudah tanpa paksaan akan buat baby kita tu lagi mudah di handle. InsyaAllah. Terutama semasa tempoh awal penyusuan.

Ibu, Yakin dan Percaya...kita boleh melaluinya.








4 comments:

Maria Rajab said...

natural birthing memang best kan...tips utk lawan contraction maria sll buat adalah jirus air dekat perut..serius rasa lega..maria msk spital lambat 6/7cm br masuk..so dptla berendam lama skit dlm bilik air lawan contraction srg2.hehe..

Alyyani Anuar said...

akak masa deliver adel mmg natural birth. takde paksaan nak cepat kan bukaan. air ketuban pun pecah sendiri masa dah 9cm. lepas bersalin rasa fresh gitu. steady je. walaupun lama nak tunggu dari 2cm ke 10cm tuh. tp tak lah rasa sengsara sangat. bak kata zah, kalau fikir sakit, sakit lah jadi nya. mcm akak, bila sakit makin kuat, set dalam kepala, ok sakit lagi kuat lagi bagus, sebab cepat dilate, cepat push, cepat jumpa baby. Alhamdulillah, it works. harap yg ke3 ni mudah jugak. :)

izzah azfar said...

maria : sebab tu ada orang yg bersalin dalam air :)

zah sebelum g spital,memang mandi..hihih wangi2..siap makan nasi ngan telur dan kicap..wah...pastu tengah makan tetiba rasa contraction 2 minit sekali.

buat squatting...alhamdulillah, cepat

izzah azfar said...

kak alyanni : rindu nak baca entry akak :)

semoga akak juga dipermudahkan kelahiran ketiga ni ya :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics