Monday, April 08, 2013

Breastfeeding : Tiada Jalan Mudah

Orang selalu kata, Zah awak untunglah..susu banyak..tapi tahukah kalian...untuk mendapatkan susu yang mencukup itu perlukan usaha yang istiqamah...yang berterusan dan jangan berhenti...mahupun mengalah...

zah juga bermula dengan sedikit 
yang kini lama-lama jadi bukit
dari 1 oz kepada 10 oz bukanlah satu benda mustahil

rajin + istiqamah + efisien + jangan mengalah

amani debam susu bonda!
sekarang dia sangat kuat menyusu, alhamdulillah.
bonda dah boleh senyum kelegaan bila pampers dia basah dan bonda perlu bangun tengah malam untuk tukar.
bayi yang cukup susu boleh dilihat melalui diapers mereka ya!

Kali ini, 
perjalanan ada sedikit liku..
tapi zah ambil liku itu sebagai satu cabaran untuk berjaya.
zah tahu yang anak-anak zah perlukan susu yang terbaik untuk mereka membesar..

kepuasan apabila menyusukan anak dengan susu sendiri,
adalah sesuatu yang sukar ditulis dan diluahkan dengan kata-kata.

Alhamdulillah, bagi zah..perjalanan zah masih jauh.
kenangan menyusukan anak kedua dan pertama yang punya ranjau tersendiri
buat zah jadi kebal bila hadapi masalah dengan amani.
Alhamdulillah, Zah boleh laluinya.

Apa yang zah buat, 
Zah akan pastikan amani hanya menyusu dengan Zah bila zah cuti
takde botol teman rapat dia...botol hanya di rumah pengasuh.
Amani juga tidak diperkenalkan dengan puting tiruan.

Zah kongsikan sesuatu hari ini.
Ada satu hari..amani menangis tak tau punca.
Zah hampir berikan amani dengan puting tiruan.
ingatkan dia akan senyap..
tp sebaliknya...amani tolak puting tiruan dan menangis lagi
zah minta suami dodoikan amani seketika
bagi amani tenang dan bila amani tenang
baru zah ambil dan tawarkan susu zah
Alhamdulillah...amani terus menyusu dengan rakus :p

kunci mahu menyusukan anak kena sabar.
yang pasti setiap anak sangat lain peelnya.
ibu dan ayah kena pandai handle situasi
insyaAllah, kita tahu dengan susu ibu
kalau anak menangispun.
kalau anak sakitpun
tidak teruk dan tidak berbahaya
berbading jika kita berikan bayi dengan susu formula.

bayi, menangis bukan kerana susu semata-mata
bayi perlukan macam-macam
dia nak dukung
dia nak kita main dengan dia
dia nak diapers yang kering
dan mungkin sebab cuaca yang panas sekarang juga buat bayi
sedikit meragam.
jika bayi tiba-tiba tidak mahu menyusu..
belai bayi...pujuk dia semasa didodoikan..
adakalanya bayi yang menolak menyusu
sebab bayi tak sihat, selsema mahupun batuk.
macam zah kata.
jadi ibu dan ayah pandailah handle situasi.

bayi bukan menangis semata-mata kerana lapar.
itu kuncinya.

2 comments:

ibu iyyad said...

As salam,
Saya memang suka mengikuti tulisan puan di dalam blog ini.
Saya ingin bertanya,di dalam entry puan ada menyatakan sekiranya bayi cukup menyusu boleh dilihat melalui diapers..Sekiranya anak yang sudah berusia 19 bulan dan buang air kecil sekali @2 dari waktu malam hingga ke pagi, adakah anak saya kurang susu?
Padahal dia menyusu lebih kurang 3-4 kali pada waktu malam.
Sekian.

izzah azfar said...

19 Bulan tu dah besar juga budaknya, bukan baby lagi dan kita boleh pantau melalui kekerapan dia minum.

bayi yang zah masukkan adalah baby baru lahir-6 bulan, yg adakala menyusu tidak menentu, sekejap2 ataupun yg jenis banyak tidur.

antara cara untuk lihat mereka ni cukup susu adalah melalui diaper mereka.

zah, untuk anak kedua..mmg tau dia makan dan minum banyak, sangat kerap tukar cd.

adik diapun boleh tahan, tu pun amik masa beberapa bulan.

abang dia, dah pandai kawal air kencing. sbb dah potty training. jadi buang air dia dah pandai sendiri.

boleh lihat perbezaan antara tiga contoh ni.

harap membantu.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics