Friday, April 05, 2013

Breastfeeding : Susu sikit apa perlu buat?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Acapkali Zah menerima email, mengenai susu yang diperah semakin sedikit atau hanya sikit atau hanya cukup-cukup sahaja.

Apa penyelesaiannya?

  • Pertama sekali, benarkah susu kita semakin berkurang? Jika bayi menyusu susu ibu sepenuhnya dan berat badan naik seperti biasa atau dalam keadaan baik, tiada apa yang perlu dirisaukan.

  • Kerapkan penyusuan. Jadikan penyusuan antara ibu dan bayi semaksima mungkin. Bayi menyusu tiada jadual, tiada tempoh masa tertentu, sebab setiap bayi itu istimewa dan berbeza. Kenali bayi anda sebaik mungkin.

  • Adalah digalakkan untuk menambah permintaan kepada susu dengan memerah susu selepas menyusukan atau semasa menyusu (Tandem pumping).

  • Minum air yang secukupnya, makan makanan yang sihat dan jaga pemakanan yang mungkin sedikit sebanyak akan mengganggu penyusuan.

  • Rehatlah ketika bayi tidur. Rehat 10 minit bersama bayi yang menyusu akan buat badan ibu lebih segar bila perlu berjaga bersama ketika bayi memerlukan kita.

  • Berapa usia bayi anda? Susu yang terhasil adalah bersesuaian dengan keperluan perut bayi itu sendiri.



  • Jauhi stress, jangan fikir susu sikit tapi teruskan penyusuan seperti biasa, teruskan memerah semasa bayi tidak bersama.



  • Tidak dinafikan ada beberapa makanan penggalak susu tapi ketahuilah, dengan hanya makan sahaja tapi konsep sebenar supply dan demand tidak diamalkan, susu kita tak akan keluar macam air paip. Makanan ini hanya akan membantu sekiranya kita tetap menyusukan bayi dengan kerap dan memerah semasa bayi tiada.



  • Ketahuilah, bayi menangis bukan kerana susu tidak cukup semata-mata tetapi mungkin ada sebab lain. Sebagai contoh, bayi baru lahir mereka tidak mampu nak beritahu bahawa mereka sejuk, jadi dengan menangis adalah caranya. Peluklah bayi anda sentiasa, tenangkan terlebih dahulu jika bayi menangis dan tawarkan susu setelah bayi lebih tenang.

  • Elakkan puting tiruan atau botol susu sekurang-kurangnya 50 hari selepas bayi lahir. Bayi yang keliru puting akan buat baby bertambah susah nak menyusu dan bila ada halangan, susu juga akan berkurang jika pengosongan efektif tidak dibuat semaksima mungkin.

  • Percaya pada diri, berusaha dan berdoa pada Allah. Usaha yang berterusan akan buat kita lebih tabah dan insyaAllah akan ada hasilnya. Tidak dinafikan tugas sebagai ibu, isteri, bekerja juga akan buat badan kita menjadi sedikit letih. Rehatlah semasa bayi menyusu, posisi yang selesa juga sangat membantu.


Cerita menyusu anak ketiga Zah ni tidaklah semeriah macam zaman kak ngah dulu, tp apa yang zah buat...zah konsisten...di pejabat 4-5 kali adalah satu benda yang wajib zah buat. Zah dah letak target untuk bawa balik sekurang-kurangnya 30 oz sehari.

di rumah, bila amani kurang menyusu..zah pastikan zah akan perah juga..tp zah lebih suka jika amani yang menyusu..puas,dan memang terang-terang susu zah akan ada extra esok harinya bila amani kuat menyusu pada malam hari. More demand more supply. InsyaAllah.

Amani pula jenis menyusu macam power pumping, menyusu 10 minit, rehat sat..menyusu lagi...huhuhu berejam juga menyusu amani ni...tapi zah layankan sebab masa awal-awal amani sangat kurang menyusu, menyusu sat-sat...tak elok untuk tumbesaran dia.

oh ye, nak elak masalah keliru puting...amani hanya menyusu dengan susu bonda sahaja bila kat rumah dan hujung minggu...kalau masa bonda kerja amani akan menyusu guna botol. Setakat ini, dia menyusu 15-18 oz sehari, alhamdulillah...ok je dia dengan pengasuh. Untuk makluman, amani hanya dilatih menyusu dengan susu botol 3 hari sebelum bonda masuk kerja. Zah memang sebaik mungkin nak elak dari amani ni menyusu botol masa awal-awal sebab amani ni cara menyusu dia saling tak ubah macam abang long dulu.

Zah mula dengan sikit-sikit sahaja. Start kerja stok susupun tak penuh deep frezer tu, tp sekarang setelah dua bulan masuk kerja..memang boleh senyum dah...hasil perahan setiap haripun tak banyak satu sesi...7-10 oz sahaja..tp zah buat kerap. Perahan kat ofz, zah simpan...dan bekal amani zah perah antara jam 12-6 pagi tu...kira dapatla 5 botol susu segar...

Kalian,

Cuma satu zah pinta..usahakan untuk anak menyusu sekurang-kurangnya 6 bulan pertama, kemudian kita tak risau sangat dah sebab anak dah mula diperkenalkan dengan makanan pejal pertama mereka :) - insyaAllah susu kita akan cukup. Percaya pada diri.

Jangan bezakan susu kita dengan susu orang.

kenapa?

sebab susu kita tak sama dengan susu orang.
anak kita tak sama dengan anak orang.

yang penting, usaha dan jangan jatuh sedih bila susu merudum.
kerapkan bf anak, kerapkan pump..
zah pun buat macam tu.
susu kurang bukan bermakna sakit yang perlu ubat.
sekarang sakitpun kita ada pilihan untuk gunakan bahan semulajadi untuk kurangkan sakit.

kerap..kerap dan kerap...



Bukti susu perahan zah kat ofz tak banyak mana :) - tapi kalau buat kerap iaitu 4-5 kali sehari, zah boleh kumpul 30 oz sehari.

kalau zah boleh kenapa ibu lain tidak kan?
semoga entry bermanfaat.

salam kasih,
izzah

3 comments:

cikgu su said...

Thanks Zah!

mamayaya said...

kita sama pendapat..xde cara singkat nk bykkan susu..tips2 n petua2 tu hanya utk boosterkan sahaja..yg plg penting supply kena kerap dan kerapkan

Siti Rohaida Yusof said...

seronoknya sehari dapat 30 oz

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics