Friday, April 26, 2013

Breastfeeding : Susu sedikit di awal kelahiran.


Zah selalu diajukan soalan mengenai susu sikit dan susu banyak.

Zah CADANGKAN, kita jauhkan perkataan sikit dan banyak yang selalu ganggu fikiran ibu menyusu.

Susu kita hari ini adalah bersesuai dengan saiz perut bayi anda.

Jadi berapa besar saiz perut baby seminggu?

baca entry mengenai saiz perut bayi disini (klik)




Rujuk gambar diatas.

bagaimana susu formula menggangu penyusuan ibu sekiranya kita perkenalkan diawal kelahiran.

situasi satu

ibu risau susu tak cukup untuk bayi

then, orang sekeliling minta top-upkan dengan susu FM

baby kenyang, tidonya lena

baby mula kurang menghisap susu

badan mula kurangkan menghasilkan susu.


situasi kedua

baby nangis juga, even dah bagi susu susu ibu

top-up susu fm

baby lena,

baby mula kurang menyusu

badan sekali lagi terima signal susu tidak perlu dihasilkan secukupnya.


kesimpulan

ya, Zah faham...susu FM bukan racunpun if bagi dekat anak...tetapi ia meningkatkan risiko kepada bayi dan ibu itu sendiri. Susah semasa menyusukan anak hanyalah sementara sehinggalah ibu mula pelajari cue feeding bayi, mula pelajari mengapa bayi menangis.

kalian,
Zah sendiri pernah alami anak menangis di awal-awal kelahiran. Amani anak ketiga Zah ni memang special dari kakak dan abang dia, perangai dia lain, corak menyusu dia lain...tp Zah dan suami just ikut flow amani..Zah cuba pelbagai posisi penyusuan yang beri keselesaan kepada amani. Zah pastikan amani tidak menangis semasa proses penyusuan. Menangis adalah puca terakhir bayi lapar. Zah ajar amani menyusu dengan betul. 

Kalian,
Menjadi ibu dan bapa memang tidak semudah ABC. Banyak benda yang kita perlu pelajari...bertabahlah...lain anak, lain ragamnya, lain coraknya...
Zah pernah lalui tiga perjalanan penyusuan yang berbeza. Truely, dengan penyusuan susu ibu sahaja Zah rasakan anak-anak lebih kuat. Sekurang-kurangnya jika ada masalah lain, Zah tahu dengan susu ibu...anak-anak tidak tercemar dengan benda-benda lain yang mungkin jadi punca anak meragam.

Kalian,
Jadi ibu dan ayah, selain belajar...kita kena kuat, kita kena tabah..kita kena bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Proses penyusuan yang berjaya memang perlukan sedikit pengorbanan. Sedikit pengorbanan itu akan buat anda senyum.

Cuma satu zah pohon, usahalah dengan istiqamah. Orang lain, lain kesannya..orang lain, lain badannya...hanya kita yang tahu kemampuan kita. Jangan salahkan diri jika anda rasakan yang anda tidak boleh untuk meneruskan journey itu. Redha dan jangan putus asa. Allah akan sentiasa beri kita jalan untuk mengatasi setiap masalah.

Pada zah, jika sudah usaha...berjaya atau tidak bukanlah satu ukuran. Jadikan setiap target anda semasa menyusukan anak sesuatu yang relevan pada anda dan bayi. Biarlah seiring baru perjalanan anda lebih cantik :)

Doa..doa...doa..
rayu pada Yang Maha Esa
semoga dia mudahkan perjalanan.
Selepas doa,
Usaha..
banyak cara untuk memudahkan perjalanan kita.
tak boleh cara A
gunalah cara B
jangan cara A  tak berjaya kita terus menyerah
cubalah cara B...
insyaAllah pasti ada jalan.





Saya yang menyusukan dua anak dara

Aqilah Irdina - 2 Tahun 5 bulan
Qaireen Amani - 5 bulan

Salam Kasih,
Izzah





No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics