Thursday, March 28, 2013

Part 6 : The Journey Of Breastfeeding Mother : EBM kala sakit.

Alhamdulillah,
sudah memasuki angka 4 bulan menyusukan amani.
120 hari yang penuh suka duka :)
Zah masih menyusukan amani seperti biasa
serta memerah 4 kali di pejabat
dirumah dua kali / sekali bergantung kepada amani.
Tapi pepagi jam 5.30 pagi tu mmg rutin wajib
sebab amani akan minum fresh milk insyaAllah sehingga 6 bulan nanti.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sepanjang bulan Mac 2013 ni, ebm paling banyak zah dapat untuk satu sesi masa pagi - 18 oz. Alhamdulillah memang rezeki luar jangka. Maklumlah masa dengan Amani ni, faktor badan yang keletihan tak membolehkan Zah hasilkan banyak susu macam masa Irdina dulu. Tapi alhamdulillah masih cukup, masih ada stok untuk simpan dalam deep freezer tu.



2 Minggu lepas zah sakit teruk, memang terbaring tp masih lagi menyusukan Irdina dan Amani. Sempat juga memerah dipejabat, tp ada satu hari tu, maybe badan panas sangat...susu sangatlah cair, jernih je...huhuhu tp zah tak kisah, susu pekat ke, susu cair ke...dia tetap berkhasiat untuk anak-anak minum.



Selalu banyak ni je Zah dapat semasa memerah - kekadang 8 - 10 oz sahaja. Jadinya nak dapatkan susu perahan untuk disimpan kenalah buat kerja lebih.

Yup, setiap ibu ada pilihan masing-masing, tp bagi Zah...dengan adanya stok perahan susu ibu jika ada kecemasan, kita ada back up..tak kalut...tak risau..



Ini pula stok perahan sebelah sahaja..pun dapat masa minggu Zah sakit, subhanalllah..dalam dok sakit tu...masih boleh dapat banyak..sebabnya..
Amani memang sentiasa menyusu...dia baring tido sebelah Zah, jadinya Zah memang tak skip pun masa menyusu dan juga memerah.

Dalam tak makan, badan masih bertenaga sedikit...alhamdulillah.. susu untuk amani pun tak kurang sangat.

Kat bawah pula antara susu perahan yang Zah bawa balik setiap hari.
di bulan ke empat menyusukan amani, Zah masih bawa balik 30-35 oz sehari...dan semua itu akan masuk deep freezer untuk dijadikan stok perahan..manakala untuk bekal amani biasanya Zah akan bagi susu perahansebelum tidur dan di awal pagi setiap hari.




 Macam entry Zah semalam, amani gaya menyusunya tak sama dengan kak ngah..kak ngah memang kejenya menyusu je..huhuhu amani ni pula lain...kalau dia kata tak, taklah...so bonda nak pastikan susu stabil, memang kena bangun malam juga perah susu...perah sambil mata pejam pun pernah..huhuhu
Nurul Qaireen Amani : 4 Bulan

Susu perahan ni selalunya bergantung pada keperluan anak, maybe Amani pun tak minum banyak kat rumah pengasuh 15-18 oz sehari sahaja jadi susu yang Zah perlukan pun tak banyak..so takdelah Zah risau sangat if bila perah hanya dapat 5-8 oz sekali setiap sesi.

Aqilah @ kak ngah pun macam nak wean off (cerai susu) dah. Zah sangat rindukan dia menyusu..sebab rasa puas. Tapi apakan daya, dia pun dah besar. Menyusu dah lebih dua tahun pun...so kali ni misi zah adalah menyusukan amani pula.

Tak sempat lagi ambil gambar deep freezer. Bulan ni Zah dapat banyak juga simpan susu...dah penuh dah pun deep frezer 350l tu....alhamdulillah, back up if terjadi apa-apa pada zah untuk amani kelak :)

tips penyusuan semasa tidak sihat :
  • Kenali ubat yang anda ambil. Zah tersilap makan ubat, nasib tak ganggu susu dan tak buat amani terlena sama, ubat tu buat zah jadi khayal, tak boleh buat apa..just terbaring je..bahaya betul.
  • Ibu menyusu boleh makan paracetamol. Zah juga selsema dan batuk, tapi zah tak makan ubat selsema..just rehat dengan cukup, ubat batuk Zah makan cuma tak kerap...selalu zah makan 2 kali je sehari.
  • Ibu yang menyusu masih boleh menyusukan anak semasa sakit. Anak akan menerima antibodi dari ibu. 
  • Buktinya Amani, even tak sihat...dia masih kuat dan amani sembuh dari demam tanpa makan ubat dengan kerap ( Zah ada bagi amani PMC 2 hari lepas). Zah hanya mandikan amani, letak kunyit kat hidung jika selsema dan guna tangan tepuk belakang amani untuk pastikan kahak dia keluar. Zah perasan, najis amani sedikit berlendir bila zah buat kaedah tu.

amani dengan kunyit :p



1 comment:

Cik Iman said...

apa tujuan letak kunyit tu ahahaha

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics