Wednesday, March 06, 2013

Part 5 : The Journey Of Breastfeeding Mother - Susu Perahan ke 442

Alhamdulillah,

Sudah 3 bulan Qaireen Amani menyusu susu bonda.
Bermakna sudah sebulan juga Zah mulakan rutin memerah di pejabat dan juga dirumah.

Jujur,
Penyusuan Susu Ibu kali ini tidaklah semudah menyusukan kakaknya dahulu.
Amani agak tidak pandai menyusu pada awal-awal kelahirannya.
Sedikit cerewet, mahu menyusu satu posisi sahaja
Menangis yang tak boleh tahan..
Buat bonda anak tigapun gelabah.

Namun demikian,
bila dilalui cabaran itu dengan ilmu,
Alhamdulillah...Amani sehingga hari ini masih menyusu dengan bonda.
Yang bagusnya, walaupun Amani cerewet semasa menyusu.
Walaupun kadangkala Amani menangis tidak tahu punca.
Zah tak rasa penat, sebab Zah susukan dengan susu ibu.
Zah sangat percaya, jika Zah mengalah
pasti Amani dah diberikan puting tiruan
ataupun susu botol lebih awal

Sebab itu, Zah selalu tanamkan dalam diri
siapapun kita,
banyak manapun ilmu dalam dada
bila ada masalah, kena cari penyelesaian.
Kena tahu cara atasi dan tidak mengalah.

Dan yang paling baik dan hebatnya kisah menyusukan Amani ni.
Menangis macamanapun dia,
merap macamanapun dia,
Zah dan suami belum lg tidur lebih dari jam 12 malam.
Amani sangat jarang menangis jam 2-3 pagi sebab nak susu
Yang sedar dia nak susupun bila dengar Amani
hisap jari bunyi cup cup cup..hehehe

Rezeki Amani kali ini juga nampaknya masih ada.
Senyum sendiri bonda ni bila susu susu perahan dalam peti.


 masih menggunakan liner jenis ni untuk simpan susu.
puas hati dengan performance dia :)


 Deep Frezer pun dah penuh dengan stok susu perahan.
Zah mula dengan sikit sahaja masa nak mula kerja dahulu.
Alhamdulillah, dengan sedikit usaha.
Sedikit konsisten dan juga penggunaan pump yang sangat membantu zah
Alhamdulillah, boleh senyum tengok stok susu ni...syukur dan lega sangat.

 Susu tengah berterabur, tak sempat lagi nak kemas dan wrap kan ikut nombor...cuma sempat label stok perahan je...

Ada satu masa tu zah kehabisan liner.
simpan guna botol...huhuhu nak mudah
zah simpan terus dalam kotak dia.
ok juga..tersusun elok ikut no giliran la susu tu.

bulan februari yang lalu adalah bulan badan zah nak biasa dengan sesi perahan.
Ambik masa 2 minggu juga nak dapat 30 oz..terpaksa perah kerap.
kat offize zah perah 5 kali..2 jam sekali...20 minit..
Alhamdulillah, selepas 2 minggu.
badan pun dah serasi..
4 kali, 3 jam sekali, 12-15 minit boleh dapat 32-37 oz seharian di pejabat.

hasil susu perahan ni Zah memang simpan terus.
Untuk bekalan Amani, Zah akan perah 2 kali antara jam 12-6 pagi.
masa tak tentu..alhamdulillah, keperluan amani 15-18 oz sehari dapat dipenuhi.


Alhamdulillah, bila hari-hari bawa balik banyak macam ni memang seronok.
Zah pun bermula dengan sedikit.
Tapi bila konsisten, tambah sedikit efisien dan berdoa pada Allah.
Mudahkan juga perjalanan kali ini.
Jumlah susu perahan setakat ini 442 pek ( 218 Pek x 6 oz)
Susu perahan Disember + January dan February
tempoh simpanan : 6-12 bulan sebab simpan dalam dep freezer.



Amani yang semakin debab. Sudah mula permintaan tinggi semasa menyusu.

Salam Kasih,
Izzah.
Certified Lactation Counsellor.

3 comments:

aThidEaN said...

alhamdulillah. murah rezeki.
saya tengah kumpul jugak ni.

bam bam ngat amani ni

mirah said...

Izzah,
Cuma nak tanya, mmg kalau susu simpan dalam deep freezer blh simpan 6-12 bulan? Yg saya tahu up to 6 bulan je. Pls advise. Huhu terkenang pula ebm yg bulan 8 thn lepas. Dah expired tp syg nak buang. Yg dah buang pun dah byk juga sebenarnya..

izzah azfar said...

mirah : terpulang pada ibu.

idealnya 6 bulan tp boleh digunakan sehingga 12 bulan

rujukan disini : http://www.kellymom.com/store/freehandouts/milkstorage01.pdf

http://kellymom.com/bf/pumpingmoms/milkstorage/milkstorage/

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics