Tuesday, March 26, 2013

Nurul Qaireen Amani : Tabah

Hari ni hari saya ke pejabat dengan mata panda :)

Tidur sejam dua bergilir dengan suami.

Amani bermula maghrib, menangis tak tahu punca lagi.

rehat sebentar tidur sebab penat menangis rasanya.

Kesian Amani, dia baru berusia 4 bulan esok

Nak bgtau sakit ke apa ke pun tak tau lagi.

PIlihan terakhir, lepas Zah dah tak tau nak buat apa

Mandikan amani di subuh hening, bagi dia minum PCM.

Elok tukar baju, urut dengan minyak yuyi, 

Amani terus terlena..



Walaupun sudah anak ketiga

Zah dan suami banyak belajar benda baru dengan Amani.

Amani,

Anak istimewa yang sangat berbeza dengan abang dan kakaknya.

Namun,

Usia dan pengalaman buat kami berdua lebih tabah menghadapi karenah amani.

Melihat suami yang sama-sama meredakan tangis amani

Yang sama-sama berjaga malam

Lihat ketabahan dan kesabaran dia..

Buat Zah jadi ibu lebih kuat.

Apa yang Zah selalu bisikkan pada Amani.

Allah tak akan uji kita kalau kita tak kuat.

Kalian,

Anak lahir bak kain putih

tiada dosa kita yang mencorakkan mereka.


Kalian,

Tabah ya menghadapi karenah anak.

Sabar lah kita

kerana Allah sentiasa ada :)





No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics