Wednesday, March 13, 2013

Nurul Qaireen Amani : Karenah Anak Ketiga

Bonda perlu menulis untuk kenangan bila anak dewasa kelak :)
Sungguh dengan kekangan masa buat bonda tak sempat menulis pasal amani.

Apa khabar Qaireen Amani sekarang ya?
Alhamdulillah, setelah sebulan bonda tinggalkan dia dengan pengasuh
Amani baik-baik sahaja...adalah hari tu macam selsema sikit
bila abang dan akak dia selsema
tp tak makan ubat pun,
bonda bagi natural remedies sahaja.
 
Hobi Qaireen Amani sekarang : hisap jari bersungguh


Jujur, Qaireen Amani anak yang kadang kala mood dia baik
kadang kala mood dia ke laut juga..hihihi
kadang bonda tak tau kenapa dia nangis...hahahha
Qaireen jenis nangis bersungguh.
sampai jiran boleh tanya nape anak nangis...huhuhu
tapi amani takla menangis hari-hari,
masih tahap bonda boleh sabar,
bondapun tidur lena sampai pagi :p


kepala dah kuat : relaks je dia duduk bersandar

yang seronok dengan amani ni,
badan dia jenis berisi...pastu tinggi pulak tu
sekali tengok tak macam budak tiga bulan.
memang pengalaman hamil, melahirkan dan membesarkan anak-anak ni lain sangat...setiap anak tu unik dan berbeza.


sebab kepala dia dah kuat, 
minggu lepas, bonda cuba gunakan bamboo sit kakak ngah.
Alhamdulillah, amani ok duduk dalam tu..kira 5-10 minit relaks je dia..hehehe
sambil layan tv or isap jari...bonda pun tak letak lama dia dalam sit tu,
pinggang tak kuat lagi.

Amani akan tidur lena bila posisi tidur dia macam ni
Amani,
Sebulan menyusu di rumah pengasuh dengan botol tak minum banyak
kadang 3-4 botol sahaja sehari,
tapi kalau malam...huhuhu boleh berejam tak lepas.
ahad lepas, amani tak nak lepas
nak bonda peluk je
tidur mata pejampun pegang baju bonda
yang best, menyusu dia macam power pumping pula
10 minit menyusu...pastu dia rehat 5 minit...dia sambung lagi menyusu..
mau 2 jam juga ahad lepas gaya amani menyusu..hihihi bonda layan juga
kurang-kurang dengan menyusu susu bonda, amani meragam macamanapun
bonda masih boleh rehat.



bila kita dapat anak.
jangan aspek semua benda akan jadi mudah
hidup kita akan berubah sepenuhnya :)
tapi perlahan-lahan lah nak biasakan diri.
Amani,
anak ketiga
tp zah macam baru dapat anak sulung.
perangai dia lain.
corak menyusu dia lain
manja dia lain.
memang sangat berbeza setiap anak tu.
tp jangan jadikan satu alasan untuk bezakan kasih sayang antara mereka ya!
didik dan asuh setiap anak tu..
untuk jadi hamba di dunia yang berjaya diakhirat kelak.


  anak-anak ni cepat je mereka besar :)
rasa macam baru mengandungkan amani.
baru sahaja bersalin.
tp bila nak tidokan anak-anak tiap malam
baru perasan mereka sedang membesar.
tak lama nak sama tinggi dengan bonda dan ayah je..hihihi.


Amani sekarang dah kenal abang dia
seronok kot main ngan abang..hihihi
abang long dia pandailah nak usik-usik adik,
bolehla temankan adik masa bonda nak bersiap g keje.

oh ye, dengan kakakpun amani ok.
suka tengok bila mereka berdua berebut nak menyusu
comel je bila adik tolak kakak..hihihi

Amani pula kawan baik ayah dia.
yup, bila Amani mengamuk tak tau punca.
bonda pasing kat ayah
amani terus senyap.
hihihi
rupanya tone suara ayah juga membantu menenangkan anak kita ni.
tips hari ini : kalau anak nangis, pass kat suami..maybe mereka boleh bantu kita tenangkan anak.

Kalian,
kalau tanya nak anak lagi tak zah ni
even Amani jenis manja..merap semua cukup...yup zah nak..
hihihi..kenapa?
sebab zah rasa, dengan kehadiran anak-anaklah buat hidup Zah lengkap.
buat hidup zah sempurna.
rasa seronok, bila masak anak-anak makan
bila tidoq ada yang berebut nak peluk.
jangan tak tahu,
anak-anak tidoq keliling zah, sorang kat kaki, sorang kat tangah belah kanan
sorang lagi kat tangan belah kiri.

Amani,
besar nanti kalau amani baca blog bonda ni
kamu kena tahu yang bonda syukur dengan kelahiran kamu.
bonda sangat seronok dengan ada kamu.
bonda beruntung Allah izinkan kamu milik bonda dan ayah.

Salam Kasih,
Izzah.

Bonda Akmal, Aqilah dan Amani



No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics