Wednesday, March 27, 2013

Nurul Qaireen Amani : 4 Bulan

Alhamdulillah, hari ni genap 4 bulan usia anakanda amani saya. Empat bulan bersama rasa macam kejap je :) 

Ok nak update ringkas sepanjang 4 bulan dengan Amani.

< UPDATE SKILL BERSEMBANG >

Amani 4 bulan ni dah pandai sembang!
hamboi kemain bila dia kena agah dengan ayah dia.
dan dia sangatlah manja dengan abang.
Mulut dia oh ah oh eh kalau sembang.
Hehehe banyak menurun sifat bonda masa preggy :p

Kegemaran Amani adalah hisap jari!
ye seronok sangat hihihih

< UPDATE SKILL MENYUSU AMANI >

Amani sangatlah berbeza corak penyusuan dengan kak ngah dia.
Dulu dengan Kak ngah zah takde rehat,
kak ngah menyusu tak kira masa
sakit ke demam ke selsema ke
kak ngah bantai menyusu :p

Banding amani, dia kurang menyusu
sometimes amik masa yang panjang juga
sangat tak bagus sebenarnya
jadi zah memang banyak offer untuk amani menyusu dari diminta oleh amani.

tapi kalau dah dapat rentak nak menyusu
memanglah menyusu dua jam tak lepas...
buat gaya power pumping pun ada amani ni.
Menyusu 10 minit, rehat 5 minit..pastu nyusu lagi sampai cukup dua jam.

Pastu Amani sangatlah nak semua tu cepat,
flow susu kena cepat..huhuhu kekadang sedap sangat nyusu tersedak.
tapi Alahamdulillah,
sikit-sikit pun corak menyusu dia
Amani maintain debab juga
Alhamdulillah.
Berkat susu ajaib pemberian Allah tu :) 

Info : Rupanya bayi selepas 4 bulan memang akan kurang menyusu tp berat badan still akan naik - info disini

Amani menyusu sampai berpeluh :p

< Update Skill Menggunakan Tangan >

Amani sangat cekap menggunakan tangan dia sekarang
kiranya dia dah sedar dia ada jari :p
maybe kali ni zah cepat buka sarung tangan amani
jadi selain kegemaran hisap jari
amani dah boleh capai tudung, rambut kak ngah hihihi 
baju ayah untuk dimasukkan dalam mulut dia.
semua benda nak pegang dan masuk dalam mulut.

Amani pakai gaun umur setahun tau!

< UPDATE KEPALA YANG DAH TEGAK,DUDUK SENDIRI DAN MENIARAP >

Amani sangat kuat kepala dia.
Mean kalau dukung pun tak takut dah dia jatuh ke belakang balik
kalau duduk dalam bamboo sit tu ok je dah sekarang ni :)
Bab meniarap tu..relaks je..lupa nak ambik gambar
yang selalu jadi tukang sorak bila amani meniarap tentu kakak n abang dia :)
Alhamdulillah, amani memang laju sikit perkembangan dia
maybe sebab banyak dukung, peluk..jadi perkembangan amani sangatlah pantas.


Amani pun dah kenal tangan orang.
Emm kat rumah, memang banyak dengan bonda je
tp bila dia boring...ayah ambik pun ok
takde masalah dah
kalau anak sulung dulu dan kedua
bonda sorang yang handle anak
tp kali ni Amani suka dengan tangan ayah.
Bukan bonda je buat skin to skin dengan amani
ayah pun selalu :)
maybe sebab tu bonding mereka berdua sangat kuat.


Cuma kesian, Amani minggu lepas tak sihat sampai la minggu ni
tak teruk tapi faham je lah kalau baby
demam pun tak panas sangat, dapat susu dengan bonda demam terus turun
lega bonda kat situ,
selsema on off...agak teruk zah letak kunyit kat hidung..
cuma kesian bila batuk je...
kesian sangat..
emm...semoga Amani sihat cepat
rindu dengar dia gelak :)

Nota Bonda : Alhamdulillah, walaupun sedikit mencabar dengan amani :) - Allah mudahkan saya bila anak-anak lain tak buat perangai :) - Allah mudahkan saya dengan suami yang sangat membantu.

Walaupun Amani meragam tahap gaban, belum pernah zah offer susu botol dirumah. dengan kesihatan amani yang tidak stabil, penyusuan susu ibu secara terus lebih membantu amani untuk sihat. InsyaAllah.



1 comment:

JaSSNaNi said...

alhamdullillah.. amani dan safiyya beza sebulan je... safiyya pun macam amani gak skrg.. dah pandai bersembang... suka kan tengok perjalanan baby ni.. step by step depan mata kita.. syukur pada allah kerana memberi peluang skali lagi menjadi ibu kepada bayi kecil..

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics