Monday, March 04, 2013

Milk boster saya : Tandem Nursing

Rata-rata ibu yang menyusukan anak akan risau susu mereka tidak mencukupi.

Tahukah anda, semakin kita risau, semakin ia menyumbang 
kepada kekurangan itu.

Untuk pengetahuan kalian, 
susu zah untuk perjalanan penyusuan kali ini tidaklah 
semeriah masa dengan aqilah irdina dulu.

Tapi ia tidak menyebabkan zah perlu risau atau susah hati.

Sebulan kembali bekerja dengan rutin memerah yang konsisten,
alhamdulillah susu untuk simpanan masih
 mencukupi dan mencapai target iaitu sehari 30 oz.

Manakala, amani akan minum susu fresh 
hasil perahan zah dua kali diantara jam 12-6 pagi setiap hari.

Zah mengekalkan menu diet yang sama, 
selit juga oat dan susu jika rasa lapar di pejabat.

Yang paling berkesan bila zah meneruskan untuk 
menyusukan anak kedua aqilah irdina.

Seminggu lepas, aqilah tak berapa sihat.
 Alhamdulillah, izin dari Allah dengan menyusu, aqilah boleh sihat pula.

Aqilah biarpun jarang-jarang menyusu sekarang sebab dia dalam proses weaning..tp zah sangat perasan.

Menyusukan dua anak, aqilah dan amani 
(TANDEM NURSING/PENYUSUAN BERGANDA) 
akan membantu penghasilan lebih susu.

Jika di awal bulan februari masa mula kerja,
 zah kena perah 5 kali dipejabat untuk dapatkan 30 oz,
 sekarang alhamdulillah hanya 4 kali sahaja di pejabat 
sudah boleh dapat 32-37 oz seharian.

Kesimpulannya, penyusuan secara terus sangat menyumbang 
kepada hasil perahan di pejabat. 

Menyusukan dua anak adalah bonus bagi zah. 
Alhamdulillah.

 Anak yang menyusu secara terus adalah MILK BOSTER paling efisien membantu zah untuk menyimpan susu perahan.

Kunci menyusukan anak ni kena sabar. 
Kena kuat.
 Kena tabah.
Jauhi stress,
 kekalkan hidup sihat dan sentiasa berdoa.

InsyaAllah, jika ada rezeki dilangit
. Jika ada keizinan dariNya. Anak kita akan dapat haknya.
 Jangan nafikan dan jangan bekata tidak untuk berusaha.

Salam kasih,
Saya yang sentiasa positif.
Izzah.


 Susu perahan hujung minggu bila menyusukan dua anak sangat awsome!
Amani menyusu dalam moby wrap. Babywearing memudahkan saya membuat kerja rumah.
Aqilah teman bonda perah susu jam 4 pagi.

1 comment:

lizz said...

waa kagum...
orang karta kalo nak tingkatkan pengeluaran susu masa perah tu tengok gambar anak kiter...saya cuba ia berkesan jugak...

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics