Thursday, March 14, 2013

Milk Boster Saya : Cara Qaireen Amani Menyusu

 Lain anak, lain ragamnya.
Pengalaman menyusukan Amani kali ini memang berbeza jauh dengan kak ngah dia.
Namun yang pasti tak sama dengan abang dia.
Unik!

Alhamdulillah, lagi beberapa hari Qaireen Amani akan menginjak ke angka 4 bulan.
orang selalu kata, ebm banyak penentu kejayaan penyusuan.
benarkah?

realitinya.
Penyusuan susu itu lebih kepada bonding antar ibu dan anak
takde halangan lain
takde medium lain.
yang boleh menggantikan saat menyusu anak dengan saat memberikan anak menyusu melalui botol.


Rezeki Amani dan Aqilah juga kelihatan baik kali ini.
Alhamdulillah, yang penting usaha
takde rasa terbeban dengan jadual perahan.
pernah memerah sambil mata terpejam
huhuhu maklumlah dah bangun tengah malam,
orang lain enak dibuai mimpi
Zah pula bergelut dengan medela freestyle :)
 

kembali kepada tajuk entry :)
Amani corak penyusuan adalah seperti kita buat power pumping.
yang perah 10 minit, rehat 5 minit, perah 10 minit tu.
Zah perasan, susu juga sudah semakin bertambah mengikut usia Amani
Amani sudah kuat menyusu sekarang,
Kalau malam tu...memang dia boleh menyusu sat-sat sampai ke pagi.
 

Orang kata, tak perlu susu perahan yang bertimbun-timbun.
Pada Zah, setiap ibu berbeza keperluannya.
Berbeza sebab setiap bayi tu berbeza corak penyusuannya.
Masa awal-awal Zah aktif memerah di pejabat,
memang adalah sedikit terasa tertekan bila tengok hasil yang tak seberapa.
masa dengan aqilah dulu, 3 kali dah cukup.
alhamdulillah, bila konsisten selama 2 minggu
Zah dah boleh maintain 4 kali perahan sms di pejabat
kemudian akan buat sekali antara jam 12-4 pagi dan jam 5.30 pagi sekali.

Korang,
Nak menyusu anak ni kena kuat.
Hati kita kena kental
kena usaha baru boleh maintain.
jangan harap dengan makan 'ubat' atau 'suplement'
 sahaja baru susu akan banyak.

Macam Zah, sudah anak ketiga.
Milk Boster paling berkesan adalah menyusukan anak-anak.
Tandem Nursing - tak susah tp tak mudah
Zah akan kupas pasal ni nanti.

Zah tetap mahu anak menyusu dengan susu ibu
Zah rasa itu antara usaha Zah untuk anak sihat.
Amani, anak syurga yang sangat sensitif.
Dengan penyusuan susu ibu sahaja boleh menenangkan Amani juga bonda
hormon yang tercetus semasa menyusukan anak adalah hormon cinta yang boleh menyeimbangkan perasaan kita :)

Korang,
kuat ya!
untuk ibu yang dari 10 titik dapat 2 oz sekarang
kamu sangat hebat!
tiada yang mustahil.

salam kasih,
Izzah

1 comment:

Syazwani Mohd Noh said...

Terima kasih Zah atas perkongsian entry ini. Sangat memberi saya semangat untuk terus kuat menghadapi dugaan perjalanan penyusuan anak saya. Alhamdulillah anak saya kin sudah 11bulan++. Doakan saya juga berjaya seperti Zah ye.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics