Tuesday, March 12, 2013

Clothy Diaper : Autumnz yang awsome!


Assalamualaikum,
Cerita pasal cloth diaper lagik!
maaflah entry tayang sahaja..hihihi

Kalau korang perasan,
zah ada koleksi yang sama corak dia dengan cd autumz ni
iaitu simplex.

Sebab ada dua org girl kat rumah,
pastu nampak comel pakai sepesen..hihihi bonda dia gatal beli.
tp yang ni murah sikit
separuh harga juga dari simplex tu!








 




 

Insert Autumnz ni dia bagi dua keping. Ada yang tanya Zah nak kena pakai dua keping ke tiap kali pakai cd. Zah cadangkan bahawa untuk pastikan anak tak kena rash / ruam lampin. Masa siang bila anak ditinggalkan dengan pengasuh, bekalkan CD dengan 1 insert sahaja, so pengasuh boleh tukar 2-3 jam sekali. Bila malam nak tidur, baru pakai 2 insert. Takdelah kita bangun tengah malam nak tukar CD anak.

Kekadang orang kata, pakai CD ni buat anak naik ruam. Apa yang perlu kita tahu bila beli CD :-

  • Tengok material cd tu. Sekarang ada macam-macam jenis insert bambbo ada, mikrofiber biasanya digunakan..tp ada juga baby yang tak tahan..so test try dulu apa yang ok dengan anak.
  • Yang penting baca label. Baca macamana nak handle cd tu. Ada yang kena cuci 2-3 kali, ada kena cuci 7-8 kali. ada yang kena cuci dengan ayaq panas/suam.
  • Cloth Diaper sebenarnya sangat enviroment friendly. takde bahan kimia. if naik rash/ruam lampin - maybe ada bakteria terhasil dari penggunaan sabun berlebihan dan cara cuci. boleh buat strip wash jika perlu. - Cara strip wash : ayaq suam + soda bikarbonat / sabun cuci pinggan sunlight. basuh insert sahaja. bukan cover. jangan buat selalu, maybe 1-2 bulan sekali.

Oh ye, orang selalu kata..nak pakai CD kena rajin. Komen Zah, nak jadi ibu memang kena rajin. Macamana kita rajin bangun malam, rajin perah susu untuk anak, Add on je rajin basuh CD. hihihi Zah pasti, bila anda tertawan dengan kebaikan dan penjimatan menggunakan CD. Anda pasti puas hati.

Salam Kasih,
Izzah
Pengguna CD sejak 2009


 

1 comment:

nieda said...

Tq for info cd. Saya baru cuba pkaikan kt my baby tp terus rashes. At least info ni blh membantu

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics