Monday, March 11, 2013

Cloth Diaper : Bum Genius dan Charlie Banana

Kalian,

Zah sudah lama dengan Cloth Diaper ni.
Sejak 2009, diteruskan ke 2010.
Sekarang dah 2013.

Tapi, dalam beberapa tahun ni
takdelah banyak sangat koleksi.
Zah pun tak beli banyak jenama
hanya beberapa keping sebagai melepaskan rasa geram.

Geram, sebab koleksi Cloth Diaper sekarang ni dah lawa-lawa
masa zaman 2009 dan 2010 dulu tak banyak sangat yang ada gambar CD dia.

Meh layan Cloth Diaper terkini yang Zah ada :)
oh ye, ni bukan beli sekali gus.
Zah ikut group kutu, bayar ansur2..hehehe dapatpun dah lama
since dalam pantang lagi ni.

  • Hari tu dok mengidam Cloth Diaper jenama Charlie Banana kan? lepas tolak tambah, Zah pilih tiga design ni. Memang girlish sungguh...hahaha nasiblah, lepas ni kalau dapat baby boy, kita fikir lain.


Harga Charlie Banana ni RM60++ sekeping, Zah lupa dah harga sebenar.
1st time pegang terus rasa best.
kain/ material dia ni soft....tak sama dengan material cd yang harga rm19++ 
alhamdulillah, puas hati...
cd ni ni disertakan dengan dua keping insert.
 semua pink.
yummy betul ada anak gigirl kan!





*******************************************************
Habis cerita charlie banana
kita g bum genius lak.
zah pernah ada bum genius dulu
pun beli 2 tahun lepas, masih elok..lepas aqilah pakai skrg turn amani pula.
Zah selalu beli yang insert dia asing,
semalam masa nak cuci baru perasan cd yang ni jenis insert dia melekat
namanya all in one

ni entry tahun 2010 - Bum Genius : Zinnia & Blossom


BumGenius Freetime All-In-One One-Size Cloth Diaper



Features:

  • 3×3 snap down design* adjusts the sizing to fit small, medium and large sizes (approximately 8-35+ pounds).
  • Trim, snug and comfortable stretchy tabs* provide a custom fit.
  • One step cloth diaper - no stuffing!
  • Two rows of snaps ensure a trim, bumGenius fit every time!
  • Gentle leg elastic contains the mess!
  • Semi-attached, stay dry inserts dry faster and allow for customized absorbency where your child needs it most.



Tak pernah pakai lagi, nanti zah review ya!
Hargapun dalam RM65++ - lupa dah..hihihi
 ***************************************************

CD ni zah beli dengan Sakinah Baraq.
boleh ke link ni dan tanya dia sendiri ya!


tak sangka juga dapat hadiah cabutan bertuah!
alhamdulillah - bila belek balik untung sangat guna sabun jenama ni
sebab dengan satu scoop kecil
boleh cuci sehingga 80 cucian besar!
zah baru cuba - harapnya penggunaan sabun yang betul akan bantu menjaga cd lebih lama :)



Tips Penggunaan Cloth Diaper :-

  • Penggunaan kali pertama :- boleh tengok poket, jenama cloth diaper sangat banyak dipasaran. Kalau rasa ada duit lebih nak cuba cd berjenama tak salah.
  • Berapa keping diperlukan :- Penggunaan Cloth Diaper ni sama je dengan DD, so berapa kerap kita tukar DD, begitu juga kekerapan tukar CD. Adalah dicadangkan tukar setia 2-3 jam untuk mengelakkan anak terdedah kepada bakteria dari air kencing. Anak perempuan misalnya air kencing dia lebih tajam. Berdasarkan pengalaman Zah, Zah akan tukar 2-3 jam sekali.
  • Sabun apa yang digunakan :- tanya diri, sabun apa yang mampu. As long as sabun tu takde pewangi, takde pelembut dan kena faham bahawa cloth diaper penjagaan sangat mudah, tak perlu clorox bagai untuk buang najis. Zah biasa guna sabun top, cosway. Antara sabun yang boleh digunakan adalah seperti berikut :
  1. Cosway Kiddiewash (dicadangkan sgt)
  2. Trojan (paling basic)
  3. Might detergent
  4. Rocking Green Detergent (RGD)
  5. Lunacare
  6. Mei Mei Laundry Cleaner
  7. Top
  8. Pureen HAD
  9. Ecomax dr cosway
  10. Charlie's Soap
  11. Tiny Bubbles Detergent by The Natural Baby Co
  • Pilih sabun yang tidak mengandungi enzim, peluntur serta pewangi. Antara kesan2 pengunaan sabun yg mengandungi bahan-bahan spt diatas adalah:

    • rashes
    • built up detergent
    • kerosakan pada insert
    • kerosakan pada inner
    • insert dan innert tidak dapat menyerap basahan dengan baik ia  mengurangkan hayat cd


    jadi pilih yang terbaik mengikut kewangan dan kesesuaian penggunaan sabun dgn keluarga anda
  • Jenama-jenama yang disenaraikan di atas adalah dirujuk dari group malaysian cloth diapering parents. Ia dicatat secara random dan bukan mengikut mana yang terbaik. 
  • Cara Zah untuk cuci CD : Buang najis setiap hari, asingkan insert dan cover. cuci menggunakan mesin basuh setiap 2 hari - 3 hari. Boleh jemur bawah matahari untuk hilangkan kesan kuning kat cover or just jemur bawah kipas sahaja. InsyaAllah senang kering, kecuali Cd jenis Grovia, dia lambat sikit. (CD yang zah guna : Happy Flute, QQ Baby, Coola Baby, Happy Heinz, Grovia, Happy Bum, Rumparooz, Swadlle.)

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics