Friday, March 15, 2013

Bonda demam

Emm hari ni hari kedua demam.

Badan macam panas kat dalam.

gara-gara ke Taman Negera Bukit Bahang rabu lepas

bukan suka-suka tp pergi atas tuntutan kerja

Badan panas, mata sakit, hidung sesak, tekak pahit.

Nasib baik anak-anak faham.

Syukur pada Allah yang mudahkan hambaNya ini.

Semalam balik kerja memang terus tidur.

Bangun mandi sebab rasa panas sangat.

Mahu tak mahu makan juga panadol.

Sebab badan dah tahap menggigil

Amani, elok bonda ajak masuk bilik

terus menyusu...lena sama ngan bonda

Angah dan along pun risau

siap bawa air dalam gayung minta bonda demah kepala

sorang picit kepala

sorang picit kaki.

memang totally, anak-anak suami yang uruskan.

hari ni Zah kerja juga

ada bengkel kat office esok

mahu tak mahu kena kerja dan siapkan apa yang patut.

Doa Zah, biarlah cepat sembuh

kesian suami dan anak-anak

kesian rumah tangga yang tunggang langgang

permata hati saya. Angah, Amani dan Along

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics