Friday, March 29, 2013

Along dan Angah dan adik

Alhamdulillah,
Along dan Angah baik-baik sahaja sejak dapat adik ni :)
Banyak mudahkan bonda bila bonda rasa macam carca marba.

Kekadang sedih gak, bila mereka pandai bawa diri nak tidur misalnya.
Das selesai minum susu dalam cawan,
makan vitamin
gosok gigi
cuci kaki
Mereka tau kat mana mereka berdua nak 'landing' rehat :)


Jadinya bila hujung minggu selalunya ayah akan bagi 'reward'
pada along dan angah ni.
Alhamdulillah, mereka seronok bila bawa tepi laut.
g makan ke...bersungguh mereka makan tau!



Along, anak yang sangat caring orangnya.
Dia paling seronok bila adik amani ada perkembangan baru
macam adik meniarap, dia yang akan bersorak.
bila adik melonjak dari bamboo sit dia.
Abang long yang akan bersorak kegirangan.

Angah pula sekarang mulut dia tak henti-henti berselawat :)
dah biasa dengar bonda baca kat adik
diapun dah boleh hafal.

Sebenarnya bonda rindukan angah :(
akan tulis special entry pasal ni nanti.
hehehehe entry weaning off anak kedua 


Amani - perkembangannya sangat pantas
ayahpun perasan :)
tingkahlaku anak ketiga juga sangat berlainan dengan abang dan akaknya :)
but no worries.
ayah dan bonda dah kebal dah
kami dah tau macamana nak handle amani :)
yang penting doa.
doa ibu takde hijab.
solat + doa yang baik-baik untuk anak-anak
Semoga mereka sihat walafiat
Baik budi perangai dan mudah diasuh.

Nota Bonda : berat amani bulan ni naik tak banyak :( - maybe sebab tak sihat dua minggu lepas. Semoga amani sihat, along sihat, angahpun sihat. Ayah dan bonda pula kena kuat demi anak-anak.
Rasa macam besar sangat keluarga kami sekarang...hihihihi.. best juga anak ramai ni.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics