Monday, February 25, 2013

Perjumpaan Sosial Ibu Penang : Natural Birthing, Breastfeeding and Baby wearing

Alhamdulillah,
dalam kalut dengan anak-anak dapat juga menghadirkan diri jumpa kawan-kawan positif ni.
Zah rasa, sebagai ibu...aura positif sangatlah penting supaya kita tak stress..
Berkongsi cerita dengan ibu hebat lain buat otak kita boleh berfikir di luar kotak juga.

Perjumpaan dibuat di Hutan Lipur Bukit Mertajam,
dengan suasana hutan yang sedang-sedang,
tak hujan tak panas, angin sepoi-sepoi bahasa
perjumpaan ini berjalan dengan suasana harmoni.

Walaupun rata-rata yang hadir telah kenal satu sama lain.
Namun, perjumpaan dimulakan juga dengan sesi suai kenal.
Ada kak shida, kak rozy, kak dayah, Nieza, aimi, Dayah, Elisha, dan Zura.
kami dikelilingi oleh suami dan anak-anak comel yang turut teruja dengan makanan dan air semestinya.


Zah adalah orang kedua sampai selepas nieza,
dan diikuti oleh tauke susuibu.com di penang kak shida.
sementara tunggu orang mai...
apa lagi..test drive babywearing atau kain gendongan.
sambil-sambil bersembang ttg kelahiran alami.

Okey meh layan gambar Zah dan amani..hehehe

Amani tidur lena dalam dakapan bonda.
Alhamdulillah, siap tukar tiga jenis kain kendongan amani tetap lena...

Lenny Lamb Mei Tai : nampak cantik dan menawan kalbu kan?

Zah ni, bukanlah penggemar tegar babywearing.
sepanjang dengan akmal tak pernah cuba dengan mana-mana kain gendongan
dengan Aqilah, Zah mulakan dengan moby wrap dan NeezaNedles Buckle Tie sahaja.
dah cuba ssc tapi tak berminat, tak rasa close dengan baby..hehehhe
hari tu sempat cuba ring sling dan mei tai jenama lennylamb.
si kambing lenny sangat sedap dipakai.
bila dah test drive, warna pula menggugat rasa
apa lagi...hehehhehe pandai kak shida meracun.

kemasan dari belakang menggunakan mei tai jenama lenny lamb

Mei Tai Lenny Lamb juga : Cotton + bamboo ( masih mimpikan mei tai ni...hehehhe zah test drive dua jam, amani lena sungguh dalam ni.

tolong abaikan muka Zah yang debab tu ye.

Ring Sling Lenny Lamb : Warna ring sling ni menawankan? hehehehe

multitasking mom's : wearing baby and update fb :)


Antara perkongsian semasa perjumpaan :-

  • Home schooling yang sebenar-benarnya dari seorang ibu yang ada 4 orang anak (Allisia), tidak dihantar ke sekolah tp belajar sendiri dengan menggunakan kaedah pembelajaran yang sangat menarik. Sebagai contoh nak ajar anak makan nasi, start dari ajar tanam padi, menuai dsb. Allisia kata, selain dari ajar anak tertib nak makan, ajar anak susah senang nak dapatkan makanan.

  • Oleh kerana anak beliau tak masuk ke sekolah, Zah sempat tanya bagaimana masa depan anak beliau nanti (maklumlah masih blur dan tak nampak arah tuju) - beliau kongsikan bahawa, anak-anaknya akan ambil peperiksaan persendirian seperti A-Level, O-level dll. Rasanya bila ambil periksa macam ni anak-anak beliau akan melanjutkan pelajaran ke luar negara kelak. Jujurnya, sangat tertarik dengan cara beliau. Tapi masa sangat singkat untuk berkongsi cerita lebih lanjut, tp tetap terinspirasi dengan kisah beliau membesarkan anak-anak dengan cara home schooling ni.

  • Kami juga bercerita  mengenai pengalaman bersalin secara semula jadi, tanpa induce, tanpa pecah ketuban dll penyebab kepada bersalin secara paksaan. Kesimpulannya, setiap ibu punya pilihan masing-masing, pengalaman melahirkan sepatutnya adalah satu pengalaman yang indah dan manis untuk dikenang. Sekadar perkongsian, jika anda berada di Penang, Prof. Dr Narinder Singh Shadan dari hospital Island, Penang sangat menyokong natural birth : perkongsian dari Allisia juga, just bgtau nak macamana waktu bersalin. Nak bersalin dalam airpun boleh..hihihi

  •  Lepas dah cerita sikit-sikit pasal bf dan bersalin. Banyak test drive baby carrier...iaitu kain gendongan. Sebenarnya, kain gendongan ni ada banyak jenis. Dan hanya pemakai sama ada ibu/ayah sahaja yang tahu apa yang sesuai dengan mereka. Zah jujur tak reti pasal ni...bila geng babywearing bersembang zah macam blur sikit..hahahah jadi zah hanya cuba meitai dan ring sling yang akhirnya ring slin tu dah bawa balik dan dipakai untuk memudahkan menggendong amani :).

  • Seronoknya berjumpa dengan ibu-ibu hebat ni bukan sebab apa, selain dari dapat menuntut ilmu, berkongsi rasa yang positif dan mencari solusi. Sebagai contoh kalau anak tak nak lepas, naklah melekap sahaja, Kain gendongan merupakan alternatif yang membantu ibu. Ibu boleh buat kerja sambil baby dalam kain tu...

  • Zah juga diajar bagaimana nak menyusu menggunakan ring sling. Masih tak pandai tp practice make perfect...insyaAllah akan kongsikan dengan pembaca blog ni lepas dah mahir nanti..

  • Kot berkenan dengan RS dan Mei Tai tu, email me kat izzahazfar@gmail.com : zah tengah kumpulkan group kutu untuk dapatkan carrier yg comel ni :)

 
Itu je coretan pendek :)

mana yang zah ingat sahaja.
seronok ghatering ni.

next ghatering di Jusco PERDA pada 9/3/2013 - 2-5 petang

1 comment:

RAJA ASHYIKIN said...

seronoknya.... sesiap pun blh joint ke?

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics