Tuesday, February 19, 2013

Perancangan Saya : Bengkel Asuhan Alami - Natural Birthing, Penyusuan Susu Ibu dan Bengkel Menggendong Bayi


Sekarang kat office tak berapa nak sibuk.
Maybe lepas pilihanraya baru banyak kembali paper work nak buat.
Jadinya dalam kepala otak ni...dipenuhi dengan perancangan kelab kebajikan dan sukan PSUKPP sahajalah.

Sebenarnya bermula tahun lepas, depa vote zah jadi AJK kelab, bila jadi AJK Induk terus depa lantik jadi pengerusi pendidikan. hiks..masa tu tengah sarat so takde aktiviti yang dirancang lagi.

InsyaAllah, green light dah dapat dari YBgh. Dato' as Yang Dipertua.
Sekarang tengah tunggu respond dari SU Kehormat dan Bendahari.
Paper work dah submit,
surat jemputan dah siap draf
insyaAllah semuanya dah siap tinggal nak send memo jemputan kepada staf bawah SUK Penang je.

Kalian,
Bila bekerja ni...banyak benda yang terpaksa sebagai ibubapa kita korbankan. Tambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang memerlukan duit untuk membesarkan anak-anak ramai kaum ibu yang perlu bekerja. Termasuklah diri Zah sendiri. Tipu kalau dalam hati ni tak teringin nak jadi ibu yang berada dirumah. Tipu jika Zah kata Zah tak sedih bila balik main sat je dengan anak-anak...tipu bila Zah terpaksa bekerja bila anak-anak kurang sihat. Zah pasti ramai ibu yang punya rasa itu, setinggi manapun kerjaya mereka, anak-anak tetap menjadi tunjak utama kehidupan.

Melalui bengkel yang Zah rancang nak buat dekat office ni adalah bertujuan untuk beri pendedahan kepada ibu-ibu yang bekerja bagaimana mereka masih boleh membina 'bonding', ikatan kuat dengan anak walaupun mereka bekerja.

Bengkel Kelahiran Alami : Kembali Kepada Pencipta


Antara pengisian bengkel-bengkel tersebut adalah bermula dari saat disahkan hamil dan melahirkan...
Pengalaman Zah sendiri walaupun hanya beberapa hari mempraktiskan beberapa kaedah natural birthing, tetapi ia sangat membantu menghadapi saat-saat sakit nak bersalin.
Zah masih di pejabat sehingga akhir waktu.
Zah masih boleh berjalan seperti biasa.
sehingga saat nak melahirkan iaitu 8cm barulah Zah rasa sakit yang super sakit tp masih relaks.
Tak rasa takut dan Zah mahu kongsikan kaedah yang benar dengan kawan-kawan dipejabat.
InsyaAllah bengkel tersebut akan dibuat pada 1/3/2013 ni.

Antara Pengisian Bengkel :
  • Apakah yang dimaksudkan dengan kelahiran tenang?
  • Doktor/perawat manakah yang akan menyokong saya untuk mendapatkan kelahiran tenang dan semulajadi?
  • Apakah hak sebagai pesakit?
  • Bolehkah saya melahirkan dalam air (waterbirth)
  • Apakah pilihan penahan sakit secara semulajadi yang terdapat di hospital-hospital di Malaysia?
  • Apakah jenis terapi alternatif yang dapat membantu saya sebelum, semasa kehamilan dan selepas kelahiran.
  • Dimanakah boleh saya mendapat khidmat doula/teman sokongan semasa dan selepas kelahiran.
  • Apakah cara terbaik untuk menyambut kelahiran bayi saya kedunia ini dengan lembut, tenang dan semulajadi?



 BENGKEL PENYUSUAN SUSU IBU : 'TRIMESTER KE-4'



Antara Pengisian Bengkel :

 PENYUSUAN SUSU IBU : 'TRIMESTER KE-4'

Bengkel ini akan membawa peserta menerokai sifat alami bayi dari alam rahim hingga ke detik kelahiran, dan dari saat lahir hingga usia 6 bulan, fakta di sebalik rengekan si comel dan sinonim keakrabannya dengan ibu.

Antara isi kupasan bengkel:

  • Dilema ibu berkerjaya untuk kembali bekerja
  • Perkaitan jumlah penghasilan susu ibu dan keperluan bayi, dan kaedah pemberian susu perahan.
  • Amalan dan kepercayaan masyarakat tentang penyusuan ibu & gendongan bayi mempengaruhi sifat bayi.
  • Pelajari pelbagai kaedah dan tip berhadapan dengan sifat bayi memerap dan sukar ditinggalkan
  • Penyesuaian konsep “attachment parenting”

Bengkel akan berlangsung pada 8/3/2013
BENGKEL MENGENDONG BAYI :
BABYWEARING MAKES PARENTING EASIER


 Antara Pengisian Bengkel :

Dewasa ini, ramai ibu keluar bekerja. Oleh itu, masa yang ada untuk diluangkan bersama bayi cuma sedikit. Maka, dengan sedikit masa pada malam hari dan hujung minggu, penggunaan alat penggendong menjadi lebih efektif. Kini terdapat kaedah terkini yang lebih praktikal, selamat dan selesa iaitu amalan memakai atau membawa bayi menggunakan kain penggendong.

Menerusi bengkel ini, peserta boleh bertemu secara langsung dengan mereka yang lebih berpengalaman untuk membantu anda menggunakan alat penggendong dengan CARA yang betul dan ideal. Nikmatilah hubungan yang intim dengan bayi anda terutama pada tahun awal ini kerana mereka akan membesar dalam sekelip mata sahaja.

Bengkel akan berlangsung pada 15/3/2013

********************************************
Nota : Saya hanya rancang, buat paper work, edar jemputan.
Bengkel akan dikendalikan oleh seorang konsultan laktasi bertauliah, seorang babywearing educator dan juga pakar dalam asuhan alami :)

Doakan saya ya.

Salam Kasih,
Izzah.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics