Thursday, February 14, 2013

Part 4 : The Journey Of Breastfeeding Mother - Misi 180 Hari

Orang selalu kata, nak berjaya kena letak target. Kena ada misi. Semestinya bila letak misi, dah ada azam..kena berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan ia berjaya dan berjalan seperti yang dirancang.


Begitu juga untuk menyusukan anak ketiga kali ini, Zah berniat mahu menyusukan Qaireen Amani dengan susu ibu sahaja secara esklusif selama 6 bulan (180 hari). InsyaAllah, esok Qaireen Amani akan berusia 80 hari. Bermakna Zah punya 100 hari lagi untuk mencapai misi pertama.


Nampak macam jauh lagi 100 hari tu, tp Zah sangat percaya...jika kita berusaha, Allah pula terangkan perjalanan kita...insyaAllah tiada yang mustahil. Zah masih mengamalkan konsep, lagi banyak kita usaha yang istiqamah..yang efisien...lagi banyaklah yang terhasil. Zah akui, rezeki Qaireen Amani kali ni tidak semeriah kakaknya, mungkin sebab Zah banyak direct feeding sahaja semasa bersama anak-anak dirumah, dan badan agak sedikit letih bila kembali bekerja...jadinya susu yang diperah hanya biasa-biasa sahaja. 

Perasan tak ayat Zah kat atas. LETIH : bila letih, badan tak larat...Zah perasan sangat output yang diperolehi sedikit. So, sebagai alternatifnya..Zah akan perah kerap. Kualiti memerah dengan kerap memang nampak sangat berbeza berbanding perah sedikit. Sepanjang hampir dua minggu kembali bekerja, Zah nampak sangat bahawa kekerapan memerah sangat penting untuk penghasilan susu yang lebih. Memang nampak sekali perah tak banyak, tapi Alhamdulillah..kadang-kadang melebihi target. 

Pencapaian paling banyak : 37 oz untuk 5 sesi perahan.
Terus terang, sepanjang kembali bekerja rindunya nak dapat banyak macam zaman Aqilah Irdina dulu. Kalau dulu, nak dapat banyak ni sangatlah mudah. Just buat 3 sesi dah cukup. Sekarang Zah perlu tambah dua sesi iaitu daripada 3 sesi kepada 5 sesi. Maknanya kunci USAHA tu kena kuat. dan semestinya kena lebih dan lebih giat.


Zah perasan sangat, selalunya susu akan banyak bila Zah bangun tengah malam - Alhamdulillah, sejak kembali bekerja...Zah dah set dalam kepala kot manapun kena bangun untuk bekalkan Qaireen Amani susu segar setiap hari.

Bangun awal pagi tu boleh dapat 12 oz -15 oz, dapatlah penuhkan keperluan Amani 4-5 botol. Kemudian, Zah akan perah jam 5.30 pagi sebelum bersiap ke tempat kerja akan dapat 6-7 oz dan bila dibahagikan boleh dapat 2 botol lagi untuk Amani.

Alhamdulillah hari ini Amani bawa 18 oz susu segar jam 3.30 pagi dan 5.50 pagi.

Dipejabat pula Zah memang akan set kepala jangan lupa memerah.

8.30 Pagi
10.30 Pagi
12.30 Tengah Hari
2.30 Petang
4.30 Petang

Selalunya Zah akan dapat susu perahan antara 30oz ke 37 oz sahaja.

 
Susu Perahan : 13 Februari 2013 : Kursus KIK : Dewan Sri Pinang

Cerita semalam semasa berkursus, Zah hanya sempat buat 10-12 minit perahan, curi masa semasa kursus tak mudah..huhuhu dan dengan persekitaran yang bukan kebiasaan. Badan pula baru nak faham erti memerah setiap dua jam..tp rezeki, dapat juga bawa balik untuk anak...Alhamdulillah,

Sebenarnya, susu ibu tidaklah sesusah mana...bila tengok jadual padat, siang malam bangun memerah,orang selalu kata bila masanya Zah berehat :) - inilah harga yang perlu dibayar dan pengorbanan besar buat ibu bekerja. Janji anak dapat yang terbaik. Kalau Zah yang hanya duduk dirumah dan diberi pilihan, pasti Zah lebih sukakan direct feeding semata.

Tak kalut nak tengok jam, tak kalut nak cuci gadget, tak kalut dengan labeling susu. Tapi, bila tengok si manja Qaireen Amani membesar dengan sihat, Aqilah Irdina yang semakin petah....Zah rasa sangat puas hati dengan pengorbanan yang Zah lakukan. 

Tips Penyusuan Susu Ibu hari ini :-
  1. Utamakan penyusuan secara terus - Amani tidak minum melalui botol tak kira Zah penat macamana sekalipun, pada Zah minum melalui botol lagi susah dari menyusukan secara terus. Bayi pula adalah pump paling efisien dan bagus berbanding pump jenama terkenal yang lain.
  2. Perah selepas menyusukan - dapat sikitpun takpe, tp kita dah bg signal pada otak yang susu diperlukan.
  3. Tandem pumping sekiranya berkesempatan -  Zah selalu alami adalah baru nak start perah, Amani dah bangun nak susu...jadi Zah akan perah sebelah dan sebelah lagi pump.
  4. Tandem Nursing jika ada kekuatan :) - Zah masih menyusukan kakak ngah Irdina, dan selalunya Zah akan menyusukan dua orang serentak.
  5. Makan makanan berkhasiat supaya badan sihat - Zah makan apa sahaja tp memang akan pilih makanan yang tidak menyumbang kepada kembung perut Amani.
  6. Minum air secukupnya - Zah sediakan botol air di pejabat, Air masak suam sentiasa jadi teman.
  7. Rehat semasa menyusukan bayi -  Zah memang selalu tidur awal dengan anak-anak. Semasa menyusukan merekalah Zah curi masa untuk tidur dan akan bangun tengah malam/awal pagi untuk laksanakan tugas yang terkendala (cuci kain/gosok baju/jemur kain).
  8. Perah susu semasa bayi tidak bersama - lain orang lain kuantiti yang terhasil, usah rasa susu yang diperolehi sedikit tp bersyukurlah. InsyaAllah, akan ada rezeki lebih kelak jika rajin selalu.
  9. Minta bantuan suami sekiranya tidak mampu menyelesaikan tugasan rumah - Alhamdulillah, Zah dikurniakan/dipinjamkan oleh Allah seorang suami yang boleh bantu Zah dengan tugasan rumah. Zah menyusukan anak dan dia masak/kemas dapur/jemur kain...hehehehe syukur sangat. Jadi beritahu suami kita, tolonglah bantu dari sudut lain sebab menyusukan anak ni bukan semudah ABC. InsyaAllah tak lama..nanti bila anak dah besar sikit, dah boleh makan solid food..kita yang akan cari anak bukan anak cari kita.


Kenyang menyusu : Nurul Qaireen Amani binti Mohd Zaidi


Salam Kasih,
Izzah

3 comments:

lia said...

suka akak tgk output zah yg sgt memberansangkan...

akak nyer output d ofis 12-16oz utk 4x pump... kat umah akak akan bgn 2x waktu pg, 2am & 5am... Alhmdlh stok dlm cuti bersalin masih byk & kebetulan anak dara 2 consume till 20-30oz masa office hour... Alhmdlh till now masih cukup...

izzah azfar said...

kak lia : wah banyak jua anak dara akak minum,

zah pun masih ada susu perahan dlm pantang,tp mmg simpan utk standby,

tak brp byk ni kak...klu dulu lg byk rasanya kena rajin kali ni.

OmbakBaik said...

salam..

pn.izzah,,aritu sy ade tny pasal anak tak nak minum susu guna botol..sekrang masuk minggu ke2 dirumah pengasuh, anak da boleh trima la puting nuk cuma masalahnye kuantiti minum yang sedikit sy rase..pada mulanye saya bekalkan 3 0z utk 5 botol..dr jam 7-4 ptg..tapi setiap botol hanya habes dalam 1.5 oz shj..jadi saya kurang kan kepada 2 oz setiap botol..dan anak masih tak habeskan setiap 2 oz itu..bile checkup kat kkia..nurse kata anak tak cukop susu kalu 2 0z utk setiap 2jam..mcmmane ye??bile balek mmg die df je laa..cukop ke anak sy minum byk tu je kat rumah pengasuh? anak sy umo 3bulan 10hari

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics