Monday, February 04, 2013

Part 3 : The Journey Of Breastfeeding Mother ( Dua bulan)

Berpeluh susun ebm..huhuhu..susun sambil dalam hati mengucapkan syukur pada Allah kerana berikan zah peluang menyusukan anak-anak.

Perjalanan kali ini memang tak mudah seperti kakaknya, lebih kurang macam abangnya dulu..tp kalau dengan abang long zah lalui tanpa ilmu, dengan qaireen amani zah laluinya dengan ilmu.

Skin to skin, senaman otot mulut, no bottle feeding, belajar tanda menyusu yg betul...posisi yang betul...alhamdulillah..Qaireen Amani budak bijak yang belajar bersama bondanya...bergelumang dengan muntah yang acapkali sebab over feeding, semua sama patern dengan abang long nya dulu...dan banyak lagi cabaran di awal kelahirannya...

Penyusuan susu ibu kena ada ilmu, jangan mengalah ditengah jalan.

susu perahan yang dipek 5 keping satu bungkusan untuk memudahkan proses FIFO

Alhamdulillah, dalam dok melayan Qaireen Amani setiap hari..sempat juga zah buat susu perahan. Walaupun tak dapat konsisten sbb banyak masa menyusukan Aqilah dan Amani...Namun, bila ada dua orang yang perlukan susu ni, bertambah banyaklah susu yang terhasil. More demand more supply, itulah konsep penyusuan.

Qaireen Amani akan menyusu tak kira waktunya, maklumlah menyusu dengan bonda bukan setakat nak kenyang...dia nak keselesaan, nak pelukan, nak ciuman...hehehe bonda suka betul 'bonding time' bertiga kami ni...kekadang seronok bila dapat menyusukan anak serentak. Alhamdulillah, Aqilah akan buat aksi freestyle nya janji dapat, amani pula biasanya akan gunakan posisi lying down...berbaringlah...zah rehat, amani selesa..aqilah dapat :)

Sepanjang bercuti dua bulan zah mampu kumpul 224 pek susu perahan berisi 5 oz. Alhamdulillah. Kiranya 100 pek semasa Disember 2012 dan 124 Pek semasa January 2013. Kali ni, susu perahan memang tersusun rapi...terapi betul bila tengok susu tu tersusun elok je dalam Deep Frezer.


Susu Perahan yang dileperkan.

Untuk bulan kedua, zah gunakan sepenuhnya liner Autumnz, setelah agak 'lama' dalam bidang simpan menyimpan susu ni..heheheh zah lebih sukakan autumz, memang bila kita nak leperkan susu masa simpan tu tak berapa rata, tp dia still ok untuk simpan susu, still boleh simpan susu dengan kemas...

Kalau orang tanya liner apa yang best untuk simpan susu, zah memang sukan liner ni...kira pengguna setialah..berbanding liner jenis lain. Sebab kalau ikut pengalaman lepas, liner lain if simpan 3-6 bulan, mudah pecah dan bila melekat antara satu pek dengan pek lain mudah koyak :( - sayang la susu yang dicairkan tu tak leh guna bila bercampur dengan air. Suami pun tak bg guna sebab beberapa kali dah dia terkena masa susun ebm dulu, sayang sangat bila susu tumpah...huhuhu

Nurul Qaireen Amani dan botol susu

Qaireen Amani, mula belajar guna botol masa usia dia dua minggu masa zah kena g konvo. Dia ok je..kira leh la minum takde buat muka pelik. Pastu setiap minggu zah ajar dia sekali menyusu guna botol if zah nak tinggalkan dia dengan ayah dia bila zah g pasar beli barang dapur. Pun dia takde masalah.

Pastu, yang betul-betul belajar guna botol masa minggu terakhir januari. Hihihi cian dia, muka pelik bila sepanjang hari minum susu dalam botol. Tapi dalam buat pelik tu habis juga 6 botol susu sehari sepanjang ditinggalkan.

Berapa banyak botol zah tinggalkan sehari adalah bergantung kepada jarak masa amani dengan pengasuh. Zah anggarkan amani perlukan 3 oz susu setiap dua jam...banyak tulah susu yang ditinggalkan...alhamdulillah, amani takde masalah dengan botol, even ada suara-suara kata amani tak suka dengan putingla, puting keraslah...huhuhu zah rasa nak mengajar anak guna botol ni memang kena banyak sabar.

Terlampau guna botol pun susah, tak gunapun susah...tp insyaAllah, cakap dengan anak, pujuk dia..mainkan puting dibibirnya..beritahu kenapa dia perlu menyusu guna medium lain. Amani hari ketiga dirumah pengasuh meragam, sedih je dengar dia merengek, zah pujuk dia..ajar dia menyusu juga...alhamdulillah, habis sebotol, zah sendawakan masuk buai, lena juga dia.




Memerah selepas menyusukan

Zah masih meneruskan penyusuan berganda (tandem nursing). Menyusukan dua orang sekali gus kadangkala memenatkan tapi sebenarnya banyak kepada seronok. Menyusukan yang baby untuk tujuan tumbesaran, menyusukan todler untuk tujuan menyambung kasih sayang even dah ada adik.

Sebab zah takde jadual memerah sepanjang bercuti, makanya zah selalu buat perahan selepas menyusukan mereka berdua. Alhamdulillah, boleh menyimpan juga walaupun hasil tidaklah sebanyak mana.

Kuncinya adalah menyusu, menyusu dan menyusu. Zah memang kerap minum air masak/suam sepanjang berpantang even suami bising...hihihi tapi zah perasan, bila minum air cukup masalah sembelit semasa berpantang tu takde..so minumlah air yang mencukupi ya.

Bab makan pula...zah makan macam biasa..kerap tp tak banyak..sometimes terskip juga makan pagi, tp zah akan pastikan segelas air milo suam ada sebagai permulaan hari..


Permulaan pertama memerah di pejabat baru

Sepanjang menyusukan anak-anak, dari akmal dan aqilah..zah takde bilik sendiri..memerah dimeja adalah satu kebiasaan. Syukur kali ini dengan Qaireen Amani, Zah dapat bilik sendiri yang sangat selesa untuk meneruskan penyusuan sekembali bekerja. Nak buat power pumping kalau rajin pun boleh dah..heheheh dan paling penting nak memerah 4-5 kali di pejabat bukan lagi alasan. 

Jumaat lepas PC zah meragam,. panggil orang betulkan PC dan masa depa dah siap buat kerja satu benda je depa tegur...banyak-banyak bilik, bilik zah lah paling istimewa sebab ada peti ais sendiri....hehehe dan banyak sangat kotak yang belum dibuka berlabelkan 'breastfeeding'..hehehe.

Truely, kalangan kawan-kawan waima bos pun tahu yang zah ni sangat menyokong penyusuan susu ibu di pejabat. InsyaAllah akan buat beberapa program tahun ni :)

Pengalaman memerah dipejabat baru juga sesuatu yang sangat menarik. Badan baru nak biasa dengan jadual perahan, sometimes tengah meeting pun boleh terasa LDR...hehehe setiap titisan susu tu berhargakan.

Nota Kaki : Fuh lamanya nak siapkan entry ni..dah berhari-hari dalam draf. Zah suka menulis, sebab bila menulis dan mengarang entry rasa tekanan tu hilang :)


 

1 comment:

hana.basri said...

salam sis, saya slalu bli autumnz kt http://www.facebook.com/mommykembar sbb murah sgt

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics