Wednesday, February 06, 2013

Nurul Qaireen Amani : 2 Bulan Nan Indah

 Sudah 71 hari dengan Qaireen Amani.

Alhamdulillah...dia anak yang baik pemberian dari Allah untuk Zah dan suami didik dan asuh dengan sempurna InsyaAllah.

Amani dikandung hampir 10 bulan (39 Minggu 4 hari), dilahirkan dengan pantas tanpa rasa sakit yang teruk. Bulan pertama bersamanya juga mudah, adalah sekali dua zah tidur lewat sebab Amani menangis..iaitu pada malam tahun baru. Then, sepanjang masa zah memang tidur lena sampai pagi.

Amani hanya akan bangun untuk menyusu dua-tiga kali sepanjang malam. Syukur Amani menyusu susu ibu, jadinya even terjaga dua tiga kali...zah masih punya lena yang cukup. Awal-awal bulan dengan Amani memang banyak belajar untuk faham tentang Amani. Benar kata orang-orang tua...ragam anak sedari hamil, melahirkan dan menjaga mereka sangatlah berlainan.

Pelajari feeding cues supaya kita tak rasa tertekan semasa berpantang bila anak menangis.

Amani, bila lahir dia suka sangat tidur...huhuhu bila dia tidur, zah selalu kejutkan dia...tapi, elok je habis pantang, dia tidur tak jerap...tak lena sangat..akhirnya banyak juga posisi tidur yang zah cuba untuk pastikan amani tidur lena.

Gambar kat bawah Amani kena bedung. Hihihi...tapi tak lama, kekadang dia sendiri kuarkan tangan dia dari kena bedung.


Yang bagusnya, Amani ni mudah kena ajar. Nak ajar menyusu botolpun senang..maka bonda nak g kerjapun tak stress memikirkan anak takmo menyusu. Alhamdulillah sesangat. Amani ni manja risau juga dia meragam rumah pengasuh. Alhamdulillah, banyak berdoa dan bisikkan hari-hari kat Amani yang dia perlu jadi budak baik...Amani ok kat rumah pengasuh, cukup tidurnya, menyusu...pengasuh kata, biasalah budak-budak...tara nak besar..

Baru minggu kedua Amani dengan pengasuh, rasanya dia lebih tenang..dah boleh letak kat tilam..main-main ngan dia...Alhamdulillah lega sangat.
 

Bab mandi ayaq sejuk ja...hahaha 3 anak zah ni, dia seorang je yang paling lambat zah ajar mandi ngan ayaq sejuk, try dua kali terus dia selsema...last week baru zah ajar..menangisla sikit...huhu tp ok..

Badan Amani nampak debab sikit kan? Orang tua-tua kata budak, bila kuat nangis otot dia bekerja keras, build lemak juga..huhuhu sebab tu berat dia dua bulan dah kalahkan berat kak ngah dan abang long dia.

Last week timbang dah 6 kg dan 56cm panjang. Berat dia ni sama dengan angah masa 3 bulan, kalau dukung comfirmlah terasa sebab Amani ni jenis tinggi juga. Banyak baju angah dah boleh pakai..baju angah yang 6 bulan, Amani dah muat pakai..hehehe.. so kebanyak baju yang 3-6 tu sedang elok je kat Amani.


sangat suka tengok Amani tido, memang banyaklah gambar Amani tidur dalam simpanan Zah. Tak puas rasanya bercuti 60 hari. Tambah pula bila tengok Amani makin debab, makn pandai sembang dengan ayah dia...dengan abang dan akak diapun dia dah alert. Mean kalau abang dan kak ngah dia main, letak dia kat tepi...elok je Amani ni...kedip-kedip mata dok perati abang n akak dia..tunggu besar sikit baru Amani join..:p


 Masa mengandung Amani, zah selalu baca yang melahirkan anak ketiga ni susahlah, sakit lg teruk..seriau juga, Alhamdulillah..dia mudah dilahirkan. Tapi anak no 3 ni manja..hahaha, ayah dia kata pantang bonda hilang..akanlah kuar bunyi comel tu.

Rekod Amani tidur paling lama ahad lepas, dari jam 12.00 Tengah hari sampailah 6 pagi keesokan harinya masih lena lagi..bangun celik mata sat masa nak mandi ptg, then sambung lg tidur.

Kalau pattern tidur Amani macam ni sampai dia besar, comfirmla bonda rindu suara dia nangis..hehehhe...anak nangis pun risau, anak tak nangis pula rindu.



Bonding paling tak boleh dilupakan tentulah semasa menyusukan Amani. Rasa sangat berbaloi bila menyusukan Amani. Rasa satu ikatan yang sangat-sangat tak boleh nak tulis dalam perkataan.

Zah memang dari hari pertama sampailah ke hari ni...sangat seronok menyusukan Amani. Paling seronok dengar dia bunyi telan air susu tu...gulp...gulp...gulp....memang rasa puas sangatlah..

Amani paling tak suka bila bonda usik telinga, leher dia..masa menyusu tu..kiranya dia nak bonda fokus masa menyusu ni betul2...hehehe jadi, bila dah fokus, bonda turut sama tidur dengan Amani sampai pagi :)



 Amani dengan bonda.
Sat je dia besar ni...insyaAllah akan jadi anak solehah...
Satu hari nanti, kalau kamu baca entry ni,
Qaireen Amani ke tahu yang bonda sangat sayang dan bersyukur dengan kehadiran kamu.

Salam Kasih
Bonda Izzah
Ibu anak tiga (Akmal, Aqilah dan Amani)

4 comments:

Aishah Megahasz said...

Geram betul tengok pipi macam kuih pau. Rasa nak gigit2

eray said...

ya Allah semangat sangat, comel sangat zah. semoga membesar jadi anak yang solehah.

izzah azfar said...

kak aishah : nanti kita jumpa akak gigit ya :)

eray : tq alhamdulillah berkat susu bonda tu

Confession of a Coffeeholic Momma said...

good sharing.

anyway, pipi tu.. bleh buat pelampung kalau kapal karam. geram geram geram.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics