Thursday, February 07, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Weaning Off & Potty Training

Aqilah Irdina dah 2 tahun 2 bulan.
Zah ingat dia dah stop menyusu dengan Zah.
tapi jangan tak tahu
sampai sekarang budak kecil comel tembam ni masih menyusu,
and as always...dia akan buat muka kesian tak boleh tahan dengan bonda.
bondapun bagi jugalah.

Aqilah Irdina,
kalau besar nanti,
baca entry bonda ni
Aqilah Iridna kena tahu
bonda halalkan setiap titis susu yang Aqilah Irdina minum

Alhamdulillah,
Dia budak bijak
tak pernah berebut
sentiasa dahulukan adik Amani
dan yang penting bonda tak rasa susahpun meneruskan tandem nursing (penyusuan berganda)
 

Bonda akui,
Aqilah Irdina sedikit manja..
tapi dengan usia kamu yang baru dua tahun
bonda tetap layan je.
menyusu pun kadang-kadang lepaskan rindu

Aqilah Irdina memang banyak makan
dari buka mata sampailah tutup mata
Aqilah Irdina amat obses dengan buah.
Alhamdulillah,
anak-anak jenis tak cerewet
semua benda dia makan
tolak batu dan kayu sahaja.

Terus terang zah katakan.
Menyusu ni macam satu emosi pada anak
nak paksa tak boleh
nak tipupun tak boleh
beza dengan potty training
dia sendiri yang relakan diri takmo pakai CD.
nak sekolah katanya
jadi kenalah belajar membuang kat toilet.
InsyaAllah raya cina ni bolehlah bonda teruskan misi potty training Aqilah.
Alhamdulillah, sukses minggu lepas
harapnya minggu depan lebih baik dan sukses.

Anak lahir hujung tahun ni kena cepat sikit belajarnya.
sebab awal tahun depan nak masuk sekolah dah


 dia kakak yang baik juga.
adik yang manja :)
sayang Aqilah Irdina ketat-ketat.
 

4 comments:

ISMA ILYA AHMAD PUAD said...

cute la kakak ni ^_^
salam ukhwah kak.. bari start jengah blog akak semalam..

banyak input, boleh apply in the future insyaAllah :)

Sidratul Muntaha said...

budak2 yg fully bf ni mgm obses buah yerk?!
dak ara nk masuk 3 but still bf bila pantang nmpk!
and dia antu buah..
esp buah tembikai and durian
hohohoh..
klu dah dpt..
makanan lain tolak tepi.
*sedap nama penuh aqilah nih

izzah azfar said...

tq isma amik mana yang bagus ya :)

izzah azfar said...

sidratul : huhu ntahlah..aqilah ni selamba je makan epal sebijik tu sorang...dia hantu epal...durian sikit-sikit...limau ke...ni musim tahun baru cina limau mandarin 4 biji sorang mengadap..hahahha

tq

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics