Thursday, February 21, 2013

Nurul Aqilah Irdina : Tantrum Si Kakak Tengah


Lately, Aqilah Irdina sangat suka memberontak. Kalau ikut pembacaan umur macam ni mereka sedang melepaskan rasa di dada.

Aqilah Irdina dapat adik masa usia dia 2 tahun. Kiranya bulan pertama dan kedua ada Qaireen Amani, Aqilah Irdina ok je...relaks...buat bonda tenang...menyusupun kadang-kadang...sangat kurang menangis.

Tapi Zah perasan, dalam seminggu dua ni..bila dia mula kurang menyusu...Aqilah Irdina macam rasa kekurangan. Mungkin dia rasa bonda dah kurang peluk, bonda banyak masa dengan adik...huhuhu tambah pula adik memang agak manja..kiranya perhatian banyak pada adik je.

Ada satu masa Aqilah Irdina boleh nangis sampai setengah jam, bukan setakat nangis siap lempar barang-barang....huhuhu Allah je tahu hati seorang ibu macamana masa tu...nak marahpun tak sampai hati, sebab Aqilah Irdina ni jenis kalau nangis teruk dia akan muntah. So, pendekatan yang Zah buat adalah, Zah pujuk dia perlahan-lahan, usap kepala...tawarkan untuk dia menyusu dengan Zah, Zah peluk dia, tepuk-tepuk bagi tidur...sambil selawat..sambil baca doa..serta kalimah ya latif memang tak berhenti dari mulut.

Hasilnya, Aqilah Irdina lebih tenang masa nak tidur.

Jujurnya, Aqilah Irdina anak paling senang dijaga since kecil. Dia memang kurang meragam. Sangat jarang sakit. Sebab dia menang fully menyusu dengan Zah. Tapi bila dia mula kurang menyusu Zah perasan antibodi badan dia macam sedikit kurang. Sama macam abang dia dulu. Tengok anak sakit memang buat hati lemahkan. Rasanya kalau kuat nak je supply susu untuk anak-anak sampai besar.

Tapi, lepas bincang dengan suami.. dia kata biarlah Aqilah Irdina wean off. Dah nak masuk sekolah dah tahun depan. Mahu tak mahu Aqilah Irdina kena juga belajar untuk tidak menyusu dengan bonda lagi.

Being a kakak pada usia dua tahun bukanlah mudah, dari kecil dia banyak masa dengan bonda..tetiba dapat adik, adik pula jadi perhatian...hihihi kesian Aqilah Irdina...nampak dia ok, tp rupanya makan dalam juga dia ni.

And last, bonda kena tidurkan adik. Then layan kak ngah juga pada masa yang sama. Ayah depa sampai senyum bila bonda dah jadi freestyle. Hiks, kesian ayah...nak tidur sekalipun dah tak ada tempat. Takpelah, anak-anak ni bukan nya sentiasa kecil, satu masa nanti bila depa dah besar..nak peluk dan tido sekali tak boleh dah.

Oh ye, walaupun dia tantrum..dia tak pernah lagi buat adik...boleh lah harap jaga adik sat sementara bonda solat, siap suruh adik diam lagi kalau adik nangis kata dia ada sebelah. Aqilah Irdina ni nama je dua tahun, tp bercakap memang pandai. Pintar budaknya. Cepat belajar. Rasanya semua yang abang long belajar kat sekolah dia pun tahu..sebab bila balik, abang long menyanyi misalnya, lagu tu pun dia dah hafal.


InsyaAllah, bonda kena sabar nak layan Aqilah ni. Nak berkeras pun tak guna. Baru 2 tahun.
Nak besarkan anak zaman moden ni, kena pandai ambil hatinya, jadi teman mereka, jadi orang yang paling rapat dengan mereka.

Semoga saya dan suami terus sabar.
InsyaAllah - orang sabar akan sentiasa dibantu Allah.

Salam Kasih,
Izzah.
Bonda Akmal, Aqilah dan Amani

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics