Saturday, February 23, 2013

Muhammad Raziq Akmal : Selamat Ulangtahun Ke - Empat

Jadi abang masa usia setahun 8 bulan bukanlah
 sesuatu yang menyusahkan baginya.

Jujur, Akmal anak sulung yang mudah dijaga
 dari dilahirkan sampailah saat ini.

Alhamdulillah, hari ini genap usianya 4 tahun.

Sudah free diapers hampir 1 tahun.

Sudah wean off botol susu dengan mudah.



 Jujurnya,
Akmal anak paling senang dijaga
Banyak mengalah dengan adik-adik dia.
Manja tapi berdikari.

Alhamdulillah,
Sejak dia masuk sekolah,
dah banyak perubahan positif.


Kalau dikenang, kehadiran kamu memang satu anugerah terindah bonda dan ayah, kamu ada dalam rahim bonda semasa bonda ditemuduga dahulu,
kamu ada dengan bonda semasa bonda menyambung pengajian,
kamu ada dengan bonda semasa bonda mengandungkan adik kedua dan ketiga kamu.
Kamu anak yang sangat-sangat senang diasuh.

Terima kasih akmal sebab dengar kata bonda.
Bila dewasa kelak, kamu adalah perisai adik-adik kamu.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk kamu.


Akmal,

Selamat Ulangtahun ke empat sayang.
Bonda dan Ayah doakan kamu jadi anak paling bijak, soleh dunia dan akhirat.








 Nota bonda : Tengok gambar macam mimpi anak dah empat tahun. Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan cinta mu kepada kami suami isteri.

Bonda publish entry ngam-ngam masa masuk labor room 4 tahun lepas
10 jam dalam labor room tp kenangan kali pertama yang tak akan dilupakan.

Salam Kasih,
Bonda yang sebak menaip entry.
Izzah

1 comment:

Confession of a Coffeeholic Momma said...

hamboi hamboi.. hemsemnya posing buat peace.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics