Thursday, February 07, 2013

Muhammad Raziq Akmal : Cerita Dia Pula

Abang Long tengah menghitung hari nak cukup 4 tahun.
InsyaAllah lagi dua minggu...
So far Akmal ni ok je..
budak yang mudah dijaga since baby sampai besar.
Satu je..sangat manja dengan pengasuh.
Manja yang rasa mcm ish buat geram juga kekadang tu...huhuhu


Akmal ni manja tapi sangat senang diurus.
Masa dia belum masuk sekolah
macam-macam zah fikir, boleh ke dia ke sekolah
nangis ke dia ni nanti
boleh ke dia belajar
macam-macam la...

tapi bila cikgu Akmal bagi laporan
sangat kagumlah dengan Akmal ni..hahahha
kat sekolah maybe dia ada kawan
seronok belajar...jadi banyak benda dia dah lancar 

contohnya, bila baca doa makan
zah dari kecil ajar dia..tp asyiklah terputus-putus bila akmal baca doa
cukup seminggu masuk sekolah
baca doapun dah lancar..seronok sangat.

mengirapun dah betul
membaca ABC dah lepas
alhamdulillah, semalam dengar dia baca Iqra
terang je sebutan....syukur sangat.

kekadang dengar dia sebut apa yang dia belajar kat sekolah
siap menyanyi dan ikut macam apa yang cikgu ajar
kalau kita tanya dia tak reti nak cerita
tapi bila dia sorang-sorang or dia tengah main dengan adik dia
boleh je dia sebut or cerita apa yang dia belajar.


tu bab sekolah,
bab bangun pagipun sama
kekadang rasa ala kesiannya kena bangun awal mandi dan bersiap pagi-pagi
Alhamdulillah, relaks je pun dia mandi air sejuk
6.30 dah siap mandi dan pakai baju melayu.
nanti jam 8.00 pagi pengasuh dia hantar ke PASTI.

oh ye, Alhamdulillah..
dia dah free botol susu...
lega sangat.
dan paling penting mudah benar nak berhentikan dia dari botol tu
sebulan dah berhenti zah perasan
selera makan Akmal sangat tinggi.
badan dah berisi dan pipi pun dah naik bulat

tips nak wean off.
mulakan sikit-sikit then jangan paksa / tipu dia
insyaAllah mudahla.

Akmal sangat sayang adik dia..hehehe
tapi Amani kelihatan akan mengalahkan ketembaman abang long dia ni.
pagi-pagi boleh lah harap Akmal tengok adik 
sementara bonda mandi / bersiap / solat
pagi td minta tolong akmal pegang botol susu adik,
heheheh tapi sat-sat zah perati jugalah..



sekarang, dia suka ambil gambar bertiga.
sangat comel.

cakappun dah lurus sikit
solat leh habis setiap rakaat
kalau tengok cara tu dah betul dah time rukuk dan sujud tu
alhamdulillah,

tak sabar nak ajar akmal tido katil sendiri di bilik sendiri
insyaAllah pindah rumah baru nanti nak ajar dia juga.

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics