Kawan-kawan saya

Thursday, January 10, 2013

WEANING OFF : Bercerai kasih talak tiada

Alhamdulillah,

Pengalaman menyusukan Nurul Aqilah Irdina adalah satu pengalaman yang indah.

Dia bijak menyusu diawal kelahirannya..sehinggalah hari ini... Irdina menyusu tanpa henti walaupun bonda sarat mengandung. Alhamdulillah, walau dugaan orang sekeliling yang mengatakan memacam bila zah masih menyusukan Irdina...akhirnya dengan kuasa Allah membuktikan bahawa ibu yang menyusukan anaknya semasa mengandung tidak akan membuatkan anak yang dikandung kurat zah (Baby Qaireen Amani lahir seberat 3.4kg).

Pada awal kelahiran baby, memang penat sikit bila Aqilah Irdina aktif menyusu macam baby juga...cuma bila dia start sakit kena demam campak baru-baru ni, dia mula kurang menyusu..dah kurang minta...perasaan zah sangatlah sedih sebab tiba-tiba.. Bila kita tak bersedia..emosi memang terganggu...dan sekarang jarang-jarang dah dia menyusu..kekadang menyusu untuk lepaskan rindu je...seronok tengok bila dia minta susu dengan zah..

Datang perlahan-lahan...peluk zah, cium pipi.then pegang susu bonda..bila bonda ty kenapa Aqilah?...dia akan jawap.. Nak susu mama sikit boleh?Susu mama sedap....bila bagi...dia tau posisi mana yang dia suka bila adik tengah menyusu,dan selalunya selepas menyusu,dia akan tido lena...

Pada zah, menyusukan todler adalah lebih kepada bonding, hubungan yang sukar ditulis dengan kata-kata....menyusukan todler juga boleh jadi ubat penenang bila mereka tantrum dan kesedihan...penyusuan juga menandakan bahawa mereka tidak dilupakan even dah ada adik.

Orang kata nak bercerai susu ni kena letak memacam..asam jawa la, kopilah..itulah inilah...tp pada zah, bila kita lakukan secara natural, tanpa paksaan...anak dan ibu akan lebih relaks....insya Allah. 

Antara tips bercerai susu yang boleh zah kongsikan adalah seperti berikut :-

  1. Pastikan anak kenyang dengan makanan sebelum tidur.
  2. Jangan tawarkan tapi beri masa dia perlukan
  3. Boleh bercerita pada dia, yang dia dah besar nak masuk sekolah dan perlu berhenti menyusu.
  4. Jika melakukan tandem nursing (Penyusuan berganda) beritahu kepada kakak/abang bahawa perlu utamakan adik/baby sebab adik/baby kecil lagi. Manakala dia sudah besar.

Anda bagaimana?
 
Kongsikan cerita bercerai susu anda bersama saya.

Salam kasih,
Izzah

3 comments:

jaja_NorLiza said...

alalaa..sweet nya irdina...mungkin dia paham yang dia dah ade adik..thanks izzah..info yg sgt membantu...

Nur Aini said...

Saya pon tak letak apa2, dia stop sendiri.

~najwa~ said...

Tasneem sekarang mungkin tau ibu dia pregnant lagi. Meragam juga asyik nak 'nenen' waktu malam. tapi sebenarnya dia bukan menyusu secara efektif pun, sekadar sekejap-sekejap,melepas rasa.


skrg ni saya tak offer, biar dia datang minta, mcm zah kata, biar in natural way.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics