Friday, January 18, 2013

Part 2 : The Journey of Breastfeeding Mother ( Kuantiti atau kualiti)

Pertama sekali, mohon maaf sesangat pada sesiapa yang call atau sms zah bertanya tentang penyusuan...Allahuakbar..sejak ada anak kecil..pastu jadi driver..hantar anak sekolah, amik anak...semua benda nak buat...kekadang telefon pun tak tau letak mana....mana nak masak, mana nak menyidai kain..mana nak jemur kain..being a housewife not easy ok..huhuhu tabik spring pada semua housewife..

Kembali kepada tajuk entry...

Alhamdulillah, dapat menyusukan anak memang sesuatu yang sangat-sangat diharapkan oleh zah...kepercayaan dengan betapa ajaibnya ciptaan susu dari Allah ni buat zah sangat yakin dengan kebesarannya..inysaAllah..selagi terdaya..zah akan cuba menyusukan anak-anak kami suami isteri.

Untuk pengetahuan semua, cuti bersalin zah bakal berbaki 8 hari...sepatutnya zah akan kembali bekerja 25/1/2013 ni..tapi sebab jatuh hari jumaat..maka zah akan mula kerja 29/1/2013 - tambah cuti umum yang jatuh hari ahad tu..sambung isnin..selasa baru kerja.

Masa dengan Aqilah Irdina, zah dah ajar badan untuk memerah setiap 2 jam sekali, kiranya sambil menyusu sambil memerah...tp masa tu zah berpantang dengan ibu..makan pakai semua ibu yang sediakan...dan aqilah pula jenis tidur je..jarang nak dengar dia nangis...janji kenyang...hehehehe...

Tapi dengan Qaireen Amani, zah berpantang sendiri...subhanallah..mereka yang berpantang sendiri sahaja rasainya..tambah pula, kali ini zah tandem nursing (penyusuan berganda)...penat tu usah cakaplah..nak mandi terkejar,nak makan terkejar...huhuhu...tp sebab ini jalan yang Zah pilih..redha..dan zah cuba laluinya dengan tabah :p.

Qaireen Amani pula jenis yang sedikit fussy masa awal-awal kelahiran..huhuhu memang kena bertabah jaga dia...tp dengan bonda dia memang manja..kena tinggal ngan ayah ke..dengan pengasuh ke dia ok je..tak kisahlah..janji dia sihat sudah :)

oleh itu, jadual memerah zah tak tetap..kekadang dapat buat 3 kali, kekadang 4 kali, kekadang 5 kali sehari..tp bila fikir ni kerja part time...dan zah memang sangat banyak direct feeding dengan Qaireen Amani..zah percaya akan ada hasilnya.


Sepanjang memerah ni...selalu zah target dapat 5 oz je untuk kedua belah perahan..dengan anggaran 4-5 kali perah leh kumpul 20-30 oz susu sehari..alhamdulillah selalunya tercapai...dan kebanyakan masa memerah zah curi-curi buat masa Qaireen Amani tidur lena...yup..masa dia tidur lena lepas seharian kena pangku,dukung,dodoi...


orang selalu tanya zah..mcmana nak dapat susu banyak...konsepnya kena kembali kepada asas penyusuan...semakin tinggi permintaan..semakin banyaklah penawaran...makin kerap kita menyusu..makin banyak kita memerah..insyaAllah kita akan dapat hasilkan susu.

Janji,
Makan cukup
Minum cukup
Minda positif
Nawaitu kerana Allah
Berusaha, berdoa dan tawakal.

Ada orang tanya zah
Buat power pumping dah
Makan suplement dah
Makan itu dah
makan ini dah
tapi susu still sikit
kenapa?

kembali kepada basic,
stress tak?
asyik fikir pasal susu...
susupun malu nak kuar..
apa kata..
just ikut flow badan...
jangan stress..
jangan ingat sangat nak susu banyak
tp berniat untuk susu cukup mengikut keperluan anak kita..

badan kita ni kekadang ada waktunya bila terlalu tertekan..memang susah sikit nak hasilkan hormon cinta yang bantu penghasilan susu....cuba makan coklat, makn buah strawberry...peluk suami selalu :)...cium anak-anak...insyaAllah...jangan fikir sangat pasal susu yang tak cukup tu..tp terus juga dengan usaha-usaha meningkatkan hasil perahan..

insyaAllah, selagi kita berusaha..selagi itu akan ada hasilnya.

Salam Kasih,
Izzah
Ibu tiga anak
Akmal, Aqilah, Amani
Certified Lactation Counselor

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics