Tuesday, January 08, 2013

Part 1 : The Journey of Breastfeeding Mother

Nurul Qaireen Amani dilhairkan pada 27 November 2012 jam 10.42 malam, terus berada didakapan bonda sejurus dilahirkan. Memulakan penyusuan susu ibu kali pertama ketika berada di dalam labor room lagi..alhamdulillah, dia baby bijak yang lahir dengan mudah dan belajar menyusu dengan betul.
 
Namun demikian, Penyusuan susu ibu dengan Qaireen Amani kali ini tidaklah semudah kakaknya dahulu...tetapi dengan sedikit ilmu, dan sedikit kesabaran serta nawaitu kerana Allah..Qaireen Amani berpeluang menyusu dengan susu ibu sahaja sehingga ke hari ini...insyaAllah...dan Zah telah pun meletakkan sedikit usaha untuk berjaya 6 bulan pertama penyusuan secara esklusif.
 
42 Hari berpantang dan perjalanan mengumpul stok susu perahan bermula....lagi tiga minggu nak masuk kerja dah sebenarnya. Berdebar pula.bukan debar sebab risau susu tak cukup, berdebar nak kembali bekerja..hehehe mesti bila kerja rindu bangat dengan Qaireen Amani....


Kalian,

Jika diberi pilihan..zah lebih suka untuk bersama bayi, tak pening nak memerah bagai..pengalaman berpantang kali ini yang banyak menggunakan tenaga sendiri sejak hari pertama melahirkan...membuatkan zah tidak patuh dengan jadual memerah...zah memang banyak menyusu secara terus dan hanya memerah bila Qaireen lena...Namun zah tak risau kerana, semasa dalam pantang..kerja utama adalah menyusukan secara terus, kerja sambilan barulah memerah susu...Oleh itu, zah sangat sarankan lebihkan keutamaan menyusukan anak secara terus daripada membuat susu perahan kerana bayi merupakan pump paling baik dari semua jenis pump...
 
Apa yang perlu diminggu awal, ajar bayi dan diri cara menyusu yang betul. Posisi dan lekapan yang betul adalah tunjang utama kejayaan penyusuan. Bila badan an otak dah senada..insyaAllah susu akan mula terhasil...2 minggu pertama adalah tempoh susu bertambah mengikut keperluan anak kita.
 
Selain menyusukan secara terus, menambah sesi perahan sebagai tugasan sampingan semasa dalam pantang adalah satu cara yang baik menambah permintaan kepada otak untuk hasilkan susu.
  
Zah jarang-jarang dapat banyak , selalu dapat masa 1st sesi waktu pagi..alhamdulillah..tak dapat balance sebab sebelah tu selalunya baby dah menyusu...apapun cukuplah dari takde langsungkan?


Kenapa Zah kata sedemikian? Dari apa yang zah lihat, makin kerap zah menyusukan dua anak ni, makin banyak susu yang terhasil...alhamdulillah...cuma satu je yang zah kerap buat..memerah sebelum tidur dan awal pagi...waktu siang pula tengok keadaan...sebab Qaireen Amani jenis yang kerap menyusu...dan zah pula sangat malas nak pasang part breastpump tu :p..sila jangan tiru tau!

Jom kita tengok susu perahan bulan Disember 2012 

Zah perah sedikit awal,tp takdelah konsisten sangat sebab Zah ada lebihan susu bila Angah Aqilah takde...masa bulan 12/2012 yang lalu Aqilah masih kerap menyusu jadinya susu memang melimpah ruah..sat-sat je leh bengkak susu..jadi nak elak Qaireen tersedak, zah akan perah before feeding or ikut keadaan...



Alhamdulillah, bulan Disember zah target untuk dapatkan 100 botol berisi 5 oz, zah dapat penuhi...mula bulan Januari 2013, zah dah letakkan susu perahan dalam liner je...mudah sikit nak susun nanti...
 
 
Sedikit tips untuk menyimpan susu perahan :-
 
  1. Bijaklah memilih cara simpanan yang selamat untuk anak anda.
  2. Pilihlah tempat simpanan yang betul-betul baik untuk elakkan susu tercemar.
  3. Gunakanlah liner dan botol simpanan yang BPA Free
  4. Tolong jangan gunakan plastik biasa / plastik ais krim : info detail pasal ni leh baca kat blog kak rozy : arryrozy.blogspot.com
  5. Hanya simpan susu perahan mengikut berapa oz baby perlukan untuk elak pembaziran
  6. Jangan panaskan susu perahan terus menggunakan liner
  7. Susu perahan yang telah dibekukan dan dicairkan perlu dihabiskan dalam 24 jam.
  8. Susu perahan yang sudah cair dan dipanaskan tidak boleh dibekukan semula
  9. Adalah dicadangkan agar susu perahan yang dipanaskan untuk sekali feeding sahaja.

Apapun, bersyukurlah dengan berapa banyakpun susu yang diperolehi..itu rezeki anak kita :-)....sebab bila tengok anak sihat, membesar dengan susu kita sendiri..satu kepuasan..oh ye, jangan bandingkan susu saya sikit, susu dia banyak...sebab rezeki setiap orang tu berbeza. Terutama dalam pantang ni, kita pula masih menyusukan bayi, jadi kemungkinan nak dapat lebih tu adalah satu kelebihan sebenarnya. Tak kiralah berapa oz pun yang kita dapat, syukur dan syukur...
 
Jaga makan, jaga minum, jaga diri, jaga otak elak stress dan doa..Allah suka mereka yang berusaha, berdoa dan bertawakal.
 
Jika saya boleh kenapa anda tidak?

Salam kasih,
Izzah
Berpantang hari ke 42.

2 comments:

OmbakBaik said...

shomelnye qaireen..rase nak chubit2 pp die...

tengs mommy qaireen for the info :)

myfreeminded said...

Tahniah dapat baby baru, emm, byk susu ye. Moga baby berjaya terus mendapat khasiat dari ibu, apa2 pun susu ibu adalah terbaik.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics