Tuesday, January 22, 2013

Parenting : 56 Hari nan indah sebagai ibu anak tiga

Alhamdulillah, 

Syukur dengan nikmat sihat yang Allah berikan.
Anak-anak sihat,
Zah harap kalian yang membaca blog ini juga sihat hendak Nya.


Kalau ikut 60 hari tempoh cuti bersalin, 
Zah ada lagi 4 hari untuk menikmatinya..
Tapi alhamdulillah...cuti yang dipohon dapat disambung lagi.
InsyaAllah Zah akan kembali pegang tittle ibu yang bekerja mula Februari ini.
 
Tapi semalam, Zah telah ke pejabat..
ada event dan zah diminta untuk jadi emcee sekali lagi.
Majlis tak formal yang dihadiri oleh beberapa VIP itu berjalan lancar.
Masih ada beberapa kekurangan..InsyaAllah akan perbaikinya lagi.
Bila dah kena ke pejabat,
zah perlu tinggalkan Amani dengan pengasuh.

Sebagai ibu, risau juga...
macam-macam Zah fikirkan
menangis kah dia
tidur kah dia..
menyusu kah dia....
 
 
Alhamdulillah,
Qaireen Amani baik-baik sahaja kata pengasuh
anggaran 3 oz setiap dua jam sekali mampu dihabiskannya..
syukur sangat...

Zah memang banyak berdoa pada Allah.
berserah pada yang maha kuasa lebih buat kita tenang bila tinggalkan anak dengan orang lain...pengasuh kata Amani ok je...biasalah nangis sikit-sikit..baru hari pertama ditinggalkan lama dengan orang lain.
Bila zah sampai je..
dia terus tengok muka zah..
macam cakap..
bonda g mana..
kenapa tinggalkan amani.
sob..sob...sob...
inilah pengorbanan paling besar yang zah perlu buat  bila bekerja.
Tapi insyaAllah setiap detik yang ada zah akan gunakan sebaiknya bersama anak-anak.
 
 Kekadang tu bila anak tantrum
rasa macam...allhuakbar...
tapi bila lagi nak dengar tantrum mereka..
lambat laun...mereka dah berakal sikit..tak merasa dah kita ni..
anak-anak ni cepat membesar.
banyak benda yang kita belajar.
bila zah baca..
anak-anak ni cermin ibu bapa mereka..
nak buat benda tak elok memang kena fikir banyak kali
bahasa percakapan, mengawal kemarahan tu sangat penting.
sebab mereka yakni anak-anak ni macam kain putih,
kita as bonda dan ayah yang corakkan.
nak corak high class or low class
kita yang tentukan.

Jadi ibu untuk anak yang umurnya dekat-dekat ni
2009 , 2010 dan 2012
antara cabaran paling besar adalah bila semua nak perhatian 
sudah tentu yang paling kecil dapat perhatian lebih sikit sebab tak reti lagi nak buat sendiri
tapi pada masa yang sama tak dilupakan yang sedang membesar
zah sebolehnya tak mahu mereka kecil hati
tak mahu rasa diketepikan
tapi Alhamdulillah,
anak-anak jenis faham cakap,
dengar kata..dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Anak-anak zah yang sulung dan kedua dah belajar mandi sendiri.
sudah tentu atas pengawasan zah.
mereka tahu langkah demi langkah apa yang perlu dari berus gigi, shampoo dan bersabun.
kalau awal-awal tu main air juga,tp sekarang tak dah...alhamdulillah.

Akmal sejak sekolah dah pandai pakai baju sendiri
masa sebelum sekolah, dia pandai pakai seluar je, baju zah kena pakaikan
alhamdulillah, dia banyak belajar..

Aqilah, zah just pakaikan Cloth Diaper..
baju dan seluar boleh pakai sendiri.
malah dah demand nak pakai baju apa.

bila fikir balik, cepatnya korang besar 
tak puas lagi nak manja-manja
tp pada masa yang sama
anak-anak belajar berdikari dengan harapan
masa kena tinggal dengan pengasuh mereka tidak menyusahkan orang sangat.

Along dalam proses weaning botol.
Harapnya berjaya..so far kat rumah memang dia tak menyusu langsung
tapi bila kat rumah pengasuh la...emm takpe slowly :)

Angah masih menyusu...menyusu bonda dan menyusu botol
cuma satu dah kurang botol dah..dengan bonda kuat..macam puas sangat tengok bila dia dapat menyusu dengan bonda dia.
 
MAsih banyak benda nak develop anak-anak ni
InsyaAllah..satu satu...:)



Sejujurnya,
kehidupan sebagai ibu anak tiga memang melelahkan...
bukan mengeluh ya..
sekadar berkongsi..tp sebab Allah kurniakan zah suami
 yang ringan tulang dan tak banyak songeh...
hidup zah ni takdelah tunggang langgang sangat.

banyak urusan rumah kami suami isteri kongsi buat.
yang kongsi melaksanakannya...alhamdulillah.
perkongsian buat zah mudah nak handle kids :)
insyaAllah...Allah akan ada bersama bila susah dan senang
sebab itu dia kurniakan kita pasangan yang banyak membantu.
 
Maaf, memang kebanyakan entry akan berkisar pasal anak-anak sahaja.

Terima kasih kerana membaca. 
Semoga Allah rahmati kita semua.
 
Me @ Gurney Hotel - 20 January 2013
 

Salam Kasih ,
Izzah

6 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Salam perkenalan....anak sulung kita sama umur..tp awak dah 3 ank...saya baru 2...hehe..apapun kita mmg nak jadi parents yg adil kpat semua ank kan..tak nak ada yg kecil hati...moga segala dipermudahkan olehNya

OmbakBaik said...

salam..saya pon akan mula masuk bekerja 4 feb ni..3 bulan bercuti..dalam pantang pernah bagi baby saya minum pakai botol dan die oke je hisap..tapi bile sebulan terakhir ni duduk di rumah sendiri..mmg tak pernah bagi..baby df je..semalam cuba bagi botol die mula meragam tak mahu minum..cadangnye nexwek nak mula anta pada bs..risau rase hati bile die menolok botol..ade ape2 cadangan tak?? saya juga menggunakan botol mam..
terima kaseh izzah (same name dgn anak sulung saya)
:)

Sidratul Muntaha said...

sweetnya mak ko buat entry ni wahai anak - anak
ingat ye esok dah beso jgn lupa jasa mak korang ni..
ehehe..
to mak izzah ni
fighting!!
*kami coti lagi la..anak bru 2 pun kdg2 terlepas jugak jdi mak lampir klu deme buat hal..

izzah azfar said...

kak sidratul muntaha : jangan tak tau..kalau stress dengan bebduak, tak mo lepas marah kat depa..zah peluk suami ketat2..huhuhu,,,sabar kan diri..huhuh

izzah azfar said...

ombak : anak-anak ni, dengan kita mmg susah sikit nak bg botol.

jujurnya zah baru sekali je bg anak botol..tupun sbb nak g konvo..tengok dia leh minum..zah terus tak bg dah.

anak zah biasa minum ebm dengan orang lain, dengan ayah dia ke..dengan pengasuh ke..ok je..

jangan risau sangat kot tips nak tinggalkan anak dengan pengasuh ni, insyaAllah mereka ok2 shj

OmbakBaik said...

time kaseh izzah

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics