Wednesday, January 09, 2013

Day 43 : Satu kepuasan

DISCLAIMER : SILA BACA ENTRY DENGAN LAPANG DADA YA. PENULIS ADALAH SEORANG KAUNSELOR LAKTASI DAN TERLATIH OLEH MALAYSIAN BREASTFEEDING PEER COUNSELOR (MBFPC).

*******************************************************

Alhamdulillah,

Sikit lagi...sehari je lagi nak habis pantang...pantanglah sangat...hehhee...tp memang rasa syukur juga even pantang sendiri...zah kuat harungi semua dugaan tu..huhuhu..lagipun kat rumah takde godaan sangat...suamipun tak minum ayaq ais depan zah..so takde lah terasa sangat tekak dengan air sejuk bagai.

Sebenarnya hari ni nak cerita dengan kepuasan menyusukan anak dengan susu ibu.

Zah tak tau orang lain, tp bagi zah bila zah berjaya harungi setiap masalah penyusuan yang zah hadapi masa minggu-minggu awal penyusuan..zah rasa puas sangat...orang kata, eleh susu je pun..apa beza ko beria bg anak susu ibu, then ko tak jaga makan anak bila anak start solid food...ish mcm-mcm orang ni..kita payah nak duga...bagi zah setiap ibu ada pilihan, ada usaha yg perlu dibuat jika nak menyusu anak, dah berusaha sehabis baik tp Allah tak izinkan tak juga...janji usaha bukan buat kesimpulan sendiri.

Contoh kesimpulan sendiri:-

#Susu takde masa awal-awal hari...anak pula dok beria nangis

# Susu tak cukup...anak ni asyiklah nak menyusu....

#Susu ibulah buat jaundice anak tinggi.

Kalian,

# Masa awal kelahiran...minggu pertama tu, baby ni perut dia kecil sahaja...insyallah susu yang dihasilkan tu mencukupi..

# Nak ransang susu keluar, kenalah kerapkan penyusuan..

# Ajar anak menyusu dengan betul...biasakan dia posisi penyusuan yang selesakan ibu dan anak.

# Penyusuan susu ibu sepatutnya tidak menyakitkan. Bila sakit periksa lekapan semasa menyusu. Pipi bayi akan kelihatan kembung semasa menyusu, Tidak menghisap puting semata, tetapi kawasan aerola juga.

#Jika jaundice anak tinggi, kerapkan lagi penyusuan.. Tak kisahlah apa jenis jaundice pun...prolonged jaundice ke breastmilk jaundice ke...pastikan anak hanya minum susu ibu untuk elakkan risiko lain..pastikan anak minum susu mencukupi, buang air besar dan kecil yang aktif...insyaallah.. Cepat or lambat jaundice kurang based on darah ibu or ayah juga :-)....

#Kalau anak asyik nak menyusu, susu pula mcm takde je...itu bukan bermakna susu tak cukup..tapi anak baru nak belajar menyusu...baru nak biasa...ikut je kehendak baby kita tu..positiflah walaupun sedikit penat...belajar posisi berbaring..posisi duduk yang selesa agar bila dok menyusu kerap2 tu...

#Bertabah bila menghadapi semua dugaan ni..babymoon semasa berpantang akan buat ibu lebih redha sebenarnya. Kita memilih untuk punya anak..jadi bila diduga sedikit...hadapinya dengan tenang...

Semua kesimpulan sendiri tu zah laluinya semasa pantang kali ini...malam pertama Qaireen Amani ok, tapi malam kedua dia memang menangis beria...gelabah juga..rupanya bukan sebab susu takde..tp zah keep on bf,ubah posisi...peluk dia...rupanya  tali pusat dia sakit...esoknya masa paed buat pemeriksaan..tali pusat Qaireen Amani ada jangkitan sikit..makanya Qaireen Amani tak selesa malam tu...paed kata memang sakit bila tali pusat ada jangkitan...tu yg Qaireen Amani nangis..dia tak selesa...

Lepas tu, Qaireen Amani jadi kurang menyusu..tido je kerja dia sebab dia on antibiotik bagi elak jangkitan tali pusat tu bertambah teruk...ish...zah terpaksa ajar Qaireen Amani, menyusu dengan kerap, buat senaman oral bagai bagi rangsang dia untuk menyusu...kalau tak dia menyusu sat-sat pastu lena..lagi jaundice dia bertambah...

Alhamdulillah, semua masalah awal penyusuan zah berjaya atasinya...memang doa banyak juga kali ni...risau juga..tp bila zah elakkan pengenalan botol di dua minggu awal kelahiran bagi elak Qaireen Amani keliru puting..alhamdulillah..masalah tu takde dah...harapnya...

Percayalah baby yang kerap menyusu bukan mahukan susu semata-mata tetapi mereka juga mahukan keselesaan, mahukan pelukan mahukan rasa selamat bila berada didakapan ibu...

Saya juga ibu seperti anda.
Kuatkan semangat dan percayalah bahawa tiada yang mustahil bila anda berusaha sehabis baik.

Minta juga bantuan suami untuk menyokong anda, suami yang kuat dan menyokong kita dari belakang akan buat kita kuat sama untk harungi semua masalah bayi ketika dalam pantang. Ketika dalam pantang kita akan rasa sedikit tertekan jika tiada sokongan...insyaAllah....sentiasa cari maklumat yang tepat sebelum kelahiran.

Puasnya bila lihat anak membesar dengan sihat, tidur dengan lena selepas menyusu.

Salam kasih,
Izzah
Certified Lactation Counselor.

1 comment:

mirah said...

izah,
wah dah tembam qaireen amani. Tahniah ya.
Saya silent reader blog Izah ni :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics