Saturday, January 05, 2013

Day 39 : Letih?

Berpantang dengan anak kecil yang beza umur tak banyak mana ni kadang kala meletihkan juga, tapi banyak yang zah tengok anak-anak zah along dan angah jenis berdikari. Kekadang dalam zah sibuk dengan baby Qaireen Amani, Along dan angah dah tido sendiri..sedih?kekadang sedih gak...tapi zah tau anak-anak ok.. Insyaallah depa tahu kenapa bonda tak datang tidokan depa mcm selalu...

Along memang dah biasa tido sendiri, angah je..selalunya dia akan tido lepas bonda susukan...sekarang susu bukan lagi umpan untuk tido...nak ajar tido dalam lampu yang bertutup masa awal-awal dulupun susah juga..tp lama-lama dia yang minta ayah tutup lampu untuk mudahkan depa berdua tido.

Qaireen Amani pula manja sikit...memang banyak masa dengan dia je..ada waktu zah boleh buat banyak benda...ada waktu tak lepaslah Qaireen Amani...pelukan je buat dia tenang...nak kata susah jaga Qaireen Amani ni tak juga,sebab selain menyusu kerjanya nak tido..dan selalunya bila malam dia mmg tido lena..hok hek sikit bila nak susu je...

Sebulan seminggu dengan Qaireen Amani zah dah tau tanda-tanda dia nak menyusu, bunyi rengekan pun dah dikenal pasti..yang penting bukan zah seorang je belajar cue feeding ni...ayah dia pun tau dah tanda anak lapar bila time ayah kena jaga Qaireen Amani.

Berpantang sendiri ni letih bila semua benda dari diri sendiri sampailah keperluan suami dan anak-anak perlu dipenuhi. Nasiblah suami zah banyak bantu masa minggu awal-awal tu..sebab zah memang cakap dekat suami, dua minggu pertama zah nak rehat banyak untuk pastikan kesihatan dalam dan luar tu sembuh...kalau nak harap org jaga (ibu sendiri or mertua) susah juga sebab memasing ada komitmen..sebab tu zah pilih untuk berpantang dirumah sendiri dan hanya minta bantuan suami bila dia ada kat rumah...lega juga bila anak ketiga ni suami memang lebih banyak menyumbang tenaga...mungkin pengalaman anak lepas dah buat dia berkemampuan handle..hehehe...

Masa berpantang ni, emosilah paling kena kawal...zah selalunya akan sms husband..bila dia beri kata-kata loving sikit,hilangla stress tu...hahahah...zah pun bukan manusia sempurna yang tak rasa apa-apa..tp bila rasa mcm dah tak balance dah hidup...cepat-cepat sms dia...legalah bila dia layan sms kita ni..kalau tak...huhuhu.

Oh ye, nak kurang rasa letih..zah selalunya akan tido kejap bila baby Qaireen Amani tido...supaya, bila perlu berjaga...zah taklah rasa ngantuk or letih sangat..zah mmg akan amik masa untuk rest. If keje umah tak sempat buat,zah buat mana yg patut je...yg lain zah sms husband bgtau..kang balik keje dia selesaikanlah..huhu.. Qaireen Amani ni,kalau dia jaga dia nak berteman..jadinya tak danlah zah buat semua kerja sekaligus...buat mana mampu je..

Berpantang kali ni rasa sangat cepat masa tu...emm jap je nak habis dah cuti bersalin...nanti nak kena juga belajar atasi keletihan bila balik kerja, kena utus rumahtangga dan anak-anak. Tapi zah sangat percaya, bila suami ada bantu..insyallah..letih tu dapat diatasi bersama.

Salam kasih,
Izzah.

1 comment:

~najwa~ said...

Merasa berpantang sendiri masa tasneem (mak mertua tolong jaga mgu pertama). Lepas tu urus sendiri anak2,suami......memang rasa lesu. Tapi InshaaAllah kita mampu Zah. Betullah,emosi kena kuat. Kalau lapar harus bangun masak sendiri. Hehe. Siapa lagi teman nak menangis mengadu.... haruslah suami memahami :)

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics