Friday, January 04, 2013

Day 38 berpantang anak ketiga.

Alhamdulillah, kesihatan sangat stabil...Allah memang mudahkan zah..dugaan berpantang kali ini hnyalah emosi, tapi bila dikawal, ditemani dan difahami oleh suami..emosi yang tak stabil tu boleh distabilkan semula.

Apa cerita pantang?

Masih kawal pemakanan..nafsu nak makan tu terkawal lagi even dah bosan tahap gaban tengok lauk yang sama je resepi dia..hahaha tp sangat seronok bila perut dah kurang buncit :-P. Tambahan pula bila en.sumi yang tegur badan dah mengempis..hehehe memang tambah la ketabahan untuk meneruskan diet sihat tu..jadi kesimpulannya, zah hanya makan sup,ikan bakar/ayam bakar, ikan stim dan sayur..nasi memang tak banyak makan dah kali ni...kekadang tak habis..kalau lapar sangat zah akan makan buah...
Seminggu dua ni juga dah amalkan minum air potongan lemon.. Jadinya kafien dah kurang dah..nak kawal kafien sebab dua kali periksa bp hari tu still tinggi lagi...jadinya kurus adalah perlu untuk kesihatan diri.

Zah dah mulakan dua minggu makan phytonatal nona roguy, nak kata lawas mudah tu bergantung kepada berapa banyak liter air diminum...ye zah sangat banyak dan kerap minum air suam...bila air dalam badan cukup,masalah sembelit takde..syukur..memang berpantang kali ni takde masalah nak ke toilet..lega sangat :-).

Selain itu, zah juga beli multivatamin kat farmasi...sebab zah perlukan extra care..umur dah meningkat,tidur tak cukup jaga anak..makanya..kesihatan dalaman perlu dititik beratkan.. Tak mahalpun multivitamin tu...untuk sebulan hanya RM12...apa yang zah perasan, gigi zah tak sensitif...kalsium dalam badan bertambah kot..huhuhu...

Mandi air herba dan air suam dah mula berhenti pada day 35. Jadinya zah dah mula mandi air biasa..alhamdulillah,badan ok..cuma masih berstokin, sbb rasa sejuk kat kaki if tak pakai...berbengkung moden dan tradisional ikut mana yang sempat,tp tak pernah lupa.
Oh ye, zah juga sedang mencuba satu losyen...hehehe nampak mcm ada kesan positif....ala fellina inchiloss tu..huhu tp jangan terpakai lebih, kang merana kepanasan..ikut je aturan...zah pakai kerap gak..3-4 kali...pagi,tengah hari,petang dan malam sebelum tidur...mana lemak tersembunyi tu sedang dlm proses disingkirkan..insyallah...

Bertungku?ikut dan...hahahah yang ni memang tak sempat hari-hari...tp tungku elektrik memang akan pakai memalam...letak kat tapak kaki,peha...bagi lemak terbakar..hahaha
Cuma pantang keluar rumah je tak dapat nak jaga..sebab dah drive hantar anak kesekolah...and g klinik / hospital or kedai...tu jelah..takde lagi kuar tengok wayang ke apa..tak berani la nak lasak sangat...badan kan nak pakai lama...kerja kat rumah buat dah..cuma cuci pinggan tak berapa nak boleh..sebab badan menggigil...huhuhu...suamilah yang tolong...nasib baik...

Cuma bila berpantang sendiri ni...kita banyak buat benda sendiri, buatnya zah tak berapa konsisten memerah...huhuhu memerah ikut dan,baby tidoq or kak ngah takde baru memerah...tp selalunya targe simpan 30 oz sehari tu leh la dapat...alhamdulillah....lagi 3 minggu je nak masuk kerja..huh jadi mahu tak mahu kena jugalah simpan susu perahan...nak ajar botol tu tak perlu kot...sebab sebelum ni baby qaireen pun dah ok dengan bottle feeding, jadinya zah enjoy breastfeeding sepanjang pantang..mudah dan senang...
Insyallah ada lagi 6 hari pantang nak habis...tapi insyallah masih akan teruskn beberapa perkara seperti pemakanan dan juga berbengkung..insyallah nak berpantang dgn ais batu juga..hehehe so far ok je nak jaga tiga anak...smlm hubby takde..semua dengar kata..

Oh dh pilih kaedah perancang keluarga juga. Nanti zah update pasal tu...:-)

Salam kasih,

Izzah.


No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics