Friday, January 11, 2013

45 Hari : Cerita habis pantang

Alhamdulillah.

Ikut orang tua-tua dah habis....

Tapi ikut kesihatan..masih meneruskan lagi pantang tu terutama bab makan :) - moga diberi kekuatan..maklumlah banyak dugaan bab makan ni...yang ringkas, yang cepat...yang dimasak dikedai...

Sebagai ibu yang menyusu, takde istilah berpantang sebenarnya..tp semua itu bergantung kepada penerimaan bayi kita dan perut ibu sendiri...macam zah, mahu tak mahu kena berpantang beberapa jenis makanan...tupun zah perasan bermula minggu lepas, pulun sangat makan buah limau dan minum air lemon...tup-tup Qaireen Amani nampak macam asyik muntah lepas menyusu, nak kata kembung tak juga..sebab dia tak meragam..

Lepas zah search dekat google : 'Vomit after Breastfeeding' - jumpa artikel ni : Spitting Up & Reflux in the Breastfed Baby

Salah satu punca baby muntah adalah diet ibu...mean apa yang ibu makan....hari ni zah dah tak minum air lemon..so far Qaireen Amani ok tak muntah lagi....legalah hati..huhu so atas saranan adik ipar, zah minum je lah air masak/air suam...sebab memang tengah cuba kurangkan pengambilan kafien ni (teh,kopi,milo).


Pemakanan sepanjang berpantang :

Dua minggu Zah makan nasi putih dengan ikan bilis sangai dan lada hitam sikit buat perasa je..sebab Qaireen Amani kan jaundice risau jugak dengan pemakanan yang pelik-pelik.

Start hari ke 10 zah mula variasikan menu harian.
Seminggu tu beli siap-siap stok bahan basah kat pasar.

Ikan Siakap / Tenggiri / Merah / Jenahak
Ayam
Bawang Holland,bawang putih, halia dan kunyit hidup
Lada hitam
Sayur sawi / bayam /Carrot    
   
Cara masak pula : Bakar / Kukus /Rebus

Zah kekadang makan nasi sekali kekadang makan dua kali
sarapan pagi makan milo / kopi cicah biskut kering atau roti
malam pun macam tu..
maybe badan penat sangat so jarang zah makan nasi waktu malam
air masak/suam memang jadi teman masa pantang.  


Perkembangan Nurul Qaireen Amani  

Alhamdulillah,
Dia sihat,
tengkuk sangat kuat,
badanpun..kaki tu siap boleh melonjak masa mandi lagi.
Elok je sebulan baru selalu nampak mata dia buka besar-besar :)
Mandipun tak takut dah...seronok je mandi ngan air suam tu..siap nangis bila bonda angkat dari besen mandian dia.

dah pandai sembang, kira bila kita panggil nama tu dah tau dah nama dia..pastu dah pandai gelak bila abang n kakak dia dok agah..kaki tangan sumer kuat je mengawang..syukur alhamdulillah.

Waktu tidur kekadang tu ok...kekadang tu tak...bertabah juga jaga dia bila jam 12.00 malam dia asyik dok ajak bonda bersembang sambil riba dia...huhuhu janji dia tak nangis dahlah..
Nak bagi tidur dia lena dan lama sikit zah guna posisi mengereng seperti di bawah    

mimpi apa la tu..berkerut-kerut dia tido

posisi paling selesa
 Habis pantang nak buat apa?

  1. Nak jahit baju kerja - dah potong dah..tak sabar nak selesaikan kerja jahit menjahit ni.
  2. Nak kuar shopping kasut kerja - teringin nak pakai kasut tinggi balik..dah lama cuti katakan..
  3. Nak teruskan menu makanan yang sama sebab nak diet secara sihat :)
  4. Nak gigih kumpul stok susu perahan - lagi 2 minggu masuk kerja...
  5. Nak buat entry review set bersalin - Nona Roguy
  6. Nak buat entry Cloth diaper Grovia New Born
ok itu je....

boleh add Zah di Facebook : https://www.facebook.com/izzahazfar
 
lebih banyak cerita dan bebelan di sana :)

Salam kasih,
Izzah   




2 comments:

JaSSNaNi said...

untuk baby kena joundis tu.. cer citer lebih sket.. ape petua2 lain.. sbb baby nani dah kuar dari lampu.. tapi still nampak joundisnya.. kesian plak tengok.. so far nani bagi minum air serbuk mutiara kat baby sehari sekali.. 1 sudu kecil.. dan mandi dengan air ramasan daun belimbing...

psttt.. syoknya dah abis pantang.. :) merdekaaa!!!

Qaseh Suhaida said...

betul2 dah habis pantang pun kena jaga terutamanya bab makan...yg penting jgn makan dan minum yg sejuk2 lagi kalau tak silap kena pantang sampai 1tahun.


salam kenal

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics