Friday, December 07, 2012

Tandem Nursing : suatu kenyataan

Alhamdulillah, dengan izin Allah...zah berjaya juga merealisasikan penyusuan susu ibu kepada anak ketiga kami Qaireen Amani.

Bermakna selain Aqilah Irdina, zah juga telah tambah seorang lagi iaitu baby Qaireen Amani.
Menyusukan dua anak serentak di awal berpantang adalah satu cabaran besar sebenarnya, posisi yang betul amat diperlukan. Zah sendiri akan dahulukan adik Qaireen Amani, bila posisi dan latching iaitu lekapan adik dah ok, Qaireen Amani dah selesa baru zah bagi kak ngah Aqilah Irdina pula menyusu.

Kenapa zah buat mcm tu?

Qaireen Amani masih kecil dan perlu diajar posisi yang betul dan lekapan yang betul..dia perlu dididik agar penyusuan susu ibu berjalan lancar.

Manakala dengan angah Aqilah Irdina dia sudah pakar,sudah pro..tunjuk sekali je nak letak bantal kat mana,dan dia tahu nak menyusu mcmana.

Alhamdulillah, berkat menyusukan dua orang, zah mampu hasilkan susu yang sangat banyak..memang perlu dikosongkan selalu..kalau tak..huhu Allah je yang tahu, kiranya tak perlu urut dah..pernah pada hari ketiga tu zah hampir demam sebab bengkak susu..mahu tak mahu zah minta bantuan angah irdina.

Qaireen Amani masih dalam proses nak belajar menyusu..dia bayi yang sedikit lain corak penyusuan berbanding kak ngahnya..kuat tidur dan bonda terpaksa kejutkan dia kerap, mandikan dengan kerap untuk pujuk dia bangun...maklumlah Qaireen Amani ni jaundice jadi untk kurangkan jaundice, dia perlu minum dengan kerap dan boleh buang air besar n kecil untuk kurangkan kadar jaundice tu..oh malas giler nak berulang ke klinik untuk periksa darah...lambat..

Qaireen Amani, jarang bangun waktu malam, zah kena kejutkan dia...selalunya zah akan kejutkan dia jam 12, 2 dan 4 pagi...pastu subuh tu..dia pandai dah bangun sendiri...siang dia ok, akan bangun sejam stengah sekali menyusu..so takdelah susah sangat...

Oh ye, nak tendem nursing ni..ibu kena kuat sebab kadangkala baby besar lagi sedap menyusu..maklumlah susu kita ni dah banyak...Irdina ni pun sedap menyusu..tp bukan keutamaan sangat dah..selalunya bila dia teringat n rindu baru datang..mean takdelah waktu menyusu dia mcm baby gak...nak tido malampun takdelah nak susu bonda baru tido..alhamdulillah..

Meneruskan cita-cita untuk tandem nursing ni takde target..slowly angah akan wean off...oh bonda pasti rindu...tp adik baby perlu diutamakan..sbb dia masih kecil dan makanan utamanya adalah susu ibu berbanding angah irdina yang sudah makan macam2.

Salam Kasih,
Izzah
Ibu anak tiga 
 

2 comments:

Maria Rajab said...

syukur..maria pun dpt tandem nursing aqil dan marissa..skrg kurang dah..aqil pn dah 3thn..best kan perasaan tu

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

tabik spring

tahniah zah

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics