Monday, December 10, 2012

Perlukah membuat stok susu perahan seawalnya?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alhamdulillah..hari demi hari zah sudah semakin pulih..sakit di tempat melahirkan sudah berkurangan..cuma terasa sedikit sakit di bahagian ari2 (peranakan) yang zah rasa berpunca kontraksi yang sangat kuat masa nak lahirkan Qaireen Amani. Harapnya habis pantang ni...zah dah pulih sepenuhnya.
Berbalik kepada tajuk entry.

Perlu atau tidak bergantung kepada berapa lama kita akan cuti bersalin. Jika 2 bulan macam zah, zah akan betul-betul tumpukan untuk buat stok susu perahan selepas sebulan...

Jika perlu zah masih juga memerah selepas menyusukan anak-anak. Selalunya zah akan buat 2-3 kali sehari sekarang...kuantiti yang diperolehipun tak banyak...tapi zah sangat percaya kepada permintaan dan penawaran susu ibu. Semakin banyak kita ransang otak akan hasilkan lebih banyak susu....dan dengan penyusuan susu ibu tanpa jadual adalah cara utama untuk menghasilkan lebih banyak susu mengikut keperluan bayi kita.

Situasi sekarang adalah zah sedang menyusukan anak kedua yang berumur 2 tahun dan juga anak ketiga yang baru seminggu lebih lahir. Permintaan mereka berdua yang tinggi menyebabkan susu zah sudah terhasil dengan banyak pada hari kedua lagi apabila angah irdina turut sama menyusu.

Baby Qaireen pula pada awalnya adalah slow feeder, suka tidur..menyusu sekejap sekejap...malah kadang2, dia juga kelihatan tidak puas untk menyusu walhal susu zah sudah ada...oleh itu, untuk membantu Qaireen Amani menjadi aktive feeder,  zah kena kejutkan dia dengan lebih kerap..zah ajar dia lekapan yang betul dan zah gunakan pelbagai posisi yang membuatkan baby Qaireen selesa. Kesannya Qaireen sudah jadi active feeder pada hari ke empat dia lahir. 

Zah sangat bersyukur kerana mengambil keputusan untuk rooming in dengan baby after delivery. Zah kurangkan kemungkinan pihak nursery memberikan Qaireen minum dengan botol susu..kerana jika dilihat secara kasar, anak sulung zah juga mempunyai simptom yang sama..dan akhirnyaah perlu memerah susu dan berikan susu perahan guna botol lebih awal.
Zah juga banyak masa letakkan Qaireen di dada..sentuhan kulit ke kulit memberikan keajaiban bila akhirnya Qaireen tahu dimana dia perlu menyusu. Dia sendiri akan cari tempat itu :-)...

Pada waktu siang, angah akan berada di rumah pengasuh, takde yang boleh bantu untuk minum susu yg dah penuh tu..dengan itu..selalunya zah akan perah dua kali iaitu jam 7.00 pagi dan jam 3.00 petang..hasilnya tak banyak mana..tapi zah pegang satu sahaja FROM ZERO TO HERO.

Dari hanya 0.5 oz ke 7oz untuk perahan sehingga hari ini iaitu hari ke 11...waktu malam pula zah akan perah sekali masa sebelum tidur. Sebab zah perah pada waktu siang adalah qaireen terlebih susu.dia baru 11 hari dan tidak minum byk untuk sekali feeding. Dan pada waktu malam pula angah sudah tidak menyusu sebelum tidur...dengan itu zah akan ada lebihan susu.

Insyallah, mulai bulan januari 2013 ni baru zah nak buat stok susu perahan lebih tekun :-).....sebab zah pun hanya akan mula bekerja pada awal februari...ada masa sebulan nak memerah ikut jadual di pejabat.

Ikut aktiviti memerah yang lepas zah akan perah 2 jam sekali diantara jam 8.30 - 5.30 petang...dan akan buat sekali sebelum tidur dan jam 3.00 & jam 5.30....insyallah selama enam bulan setia dengan jadual tu dulu zah tak pernah putus stok perahan. Malah anak kedua zah minum susu segar setahun ( bukan susu beku) dengan jadual tersebut.

Tapi walau zah ada jadual tersebut, zah akan dahulukan penyusuan susu ibu secara terus dengan baby...baby hanya akan diperkenalkan dengan botol pada minggu terakhir sebelum cuti bersalin habis..insyallah...takde masalah..

Cuma kali ini...zah akan ajar baby qaireen awal sikit..zah akan tinggalkan qaireen dengan mak zah pada hari ke 19 nanti dengan ibu zah..akan tinggalkan dengan jarak masa agak lama ( 8 jam)..harapnya baby qaireen ok...tapi hari tu je lah dia dengan botol..huhu hari lain direct feed balik..zah masih kurang suka gunakan botol bila berada di rumah...kurang bonding rasanya..huhuhu..

Akhir sekali, tempoh berpantang adalah tempoh untuk kita babymoon...memahami corak tidur,menyusu dan gaya bayi.. Jangan terasa terbeban jika terpaksa berjaga malam sebab baby menyusu..yang kadangkala sehingga berjam2...penat tu memang ada..tipulah kalau zah kata tak penat...tapi zah sangat yakin, sekejap sahaja kepenatan itu...jika baby ada masalah semasa menyusu..seperti sleeping baby..yang tidur je kerjanya..cari cara untuk atasi masalah tu..baby tolak puting mak, baby nangis takmo menyusu..baby tak pandai latch...semua itu boleh diatasi sebab baby masih baru dan dalam proses belajar..ibu kena kuat dan sabar.

Jangan ghairah nak buat susu perahan, berlumba tengok susu perahan ibu lain yang banyak dan sehingga terlupa penyusuan susu ibu yang berjaya bukanlah dengan stok perahan yang bertimbun tetapi lebih kepada ikatan semasa menyusukan anak itu...

Sebenarnya masih terlalu awal untuk zah komen mengenai penyusuan susu ibu anak ketiga zah ni..tapi zah percaya..insya allah dengan sedikit usaha..ia pasti berjaya..Zah target sehingga 6 bulan..esklusif susu ibu sahaja untuk baby Nurul Qaireen Amani. Ingat ya..susu ibu sudah cukup dan memenuhi keperluan baby kita...tak perlu air masak dah...susu ibu sahaja..insyaAllah...

Salam kasih,
Izzah.
Susu Perahan yang sikit-sikit lama-lama jadi bukit
 
angah Irdina dan Qaireen Amani yang jadi teman in action semasa menyusu

No comments:

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics