Tuesday, December 04, 2012

Pengalaman bersalin anak ketiga

Entry terakhir pada 27 November 2012 yang zah coretkan mengenai rasa sakit 10 minjt sekali dengan kiraan 40 saat adalah entry terakhir sebelum bersalin.

Alhamdulillah kali ini Allah sangat mudahkan zah...

Berada di Labor Room hanya sekitar 1 jam 15 minit yang merangkumi semua prosedur kelahiran...Iaitu pemeriksaan CTG, Vaginal Examination dengan Dr. Wan, masuk ubat buang air besar..jalan-jalan ke bilik air, sembang dengan husbnad bgtau bukaan dah 4 cm..naik katil, tau-tau...sakit contraction semakin kuat, pecah ketuban dan dah delay 8 cm...kiranya kalau kira betul-betul hanya 30 minit menahan sakit tahap tak boleh blah..alhamdulillah.

Yang pasti zah dan suami sangat bersyukur, semua doa dan labor plan dapat ditunaikan.

Kisahnya bermula begini :-

27 November 2012 - 1.30 Tengah Hari (khamis)
Zah mula rasa sakit jam 1.30 tengah hari, tapi masih boleh bangun...boleh jalan2 kat office dan masih boleh bersembang dengan budak-budak pejabat...boleh gelak bagaila..siap minta bebudak doakan zah boleh bersalin hari tu...

Hari tersebut, zah memang banyak jalan...pusing keliling pejabat untuk dipermudahkan bukaan..alhamdulillah, lepas minum air kelapa sebiji...then minum air bandung cincau sejuk..makan nasi goreng tengah hari tu..sakit dah mula rasa.


2.30 Petang - Zah bgtahu dekat kakak depan meja..sakit sikitlah..rasa mcm ngilu-ngilu je..kontraksi belum kuat masa tu...so zah g solat zuhur, kali ni zah solat duduk..dah seminggu solat atas kerusi..saje nak duduk even sakit sebab nak sujud lama-lama bg kepala baby betul-betul engaged..masa ni muka memang dah kerut-kerut dah..budak office dah bising suruh balik.

3.30 Petang - Kontraksi datang zuppppp....oh mak ai...sakit nyer..zah tak jadi duduk, jalan ke tempat staff dan sembang, sakit hilang..Allah zah kata ni sakit tipu-tipu lah ni or brixton hicks...

4.30 Petang - Zah dah mula kira masa kontraksi, nurse kata sakit kontraksi yang betul adalah 30-40 saat dan akan berulang 10 minit sekali...emm masa tu zah buat tak tau lagi, smsm sekali lagi kat husband...minta dia bersedia :) - gerak hati ibu mengatakan bayi sudah bersedia untuk keluar...Zah solat asar...takut balik nanti sakit kuat, boleh terus ke hospital.

5.30 Petang - SMS husband ajak balik on time, dia ada bergurau masa tu...zah terus terasa hati..terus ayaq mata mengalir-ngalir....huhuhu masa ni jalan pun dah terasa sakit..Allahuakbar...suami tengok Zah nangis mula la nak ajak terus ke hospital, Zah kata zah nak balik dulu jumpa anak-anak sumber kekuatan Zah dan mandi, makan serta solat magrib n isyak. Pejalanan dari pejabat ke rumah amik masa sejam - satu setengah jam ikut kesesakan jalan raya. Dalam keta zah cuba tido..ada dah rasa sakit kontraksi yang medium...sempat lena..

6.45 Petang - Sampai umah, ingat nak amik anak-anak dulu...tp tetiba rasa sakit tahap tak boleh tahan datang...ish, pengasuh kata tak yah amik anak-anak dulu, dia suruh zah ke hospital..Zah cium satu persatu anak-anak Zah..Along dan angah...memang tenang benar bila dapat cium mereka...hati dah kuat mengatakan..ye..masa untuk menerima orang baru bakal berlaku...then suami ajak balik, sebab nak solat..masa nak balik tu..Irdina la yang paling sedih,..meraung-raung nak ikut balik..nak mama..nak mama... Zah yang memang tengah shahdu menangis lagi dalam kereta...

8.00 malam - Zah mandi, solat magrib..tunggu sat pastu terus buat isyak...sakit dah 2 minit sekali masa tu...dengan kontraksi 40 saat sekali...Zah tarik nafas...Zah buat sedikit senaman mencangkung dan bernafas guna perut sambil suami sediakan makan. Nasi panas dan telur goreng sahaja..tak habis sepinggan sakit datang lagi...sakit tu dah terasa kat ari-ari..terasa mcm nak buang air, tapi tak berani..takut benda lain yang kuar :p.

9.00 malam - suami hantar kuih yang sempat digoreng untuk anak-anak makan ke rumah pengasuh, masa ni anak-anak dah tenang, dah boleh terima bonda yang sakit dan perlu ke hosiptal...zah peluk dan cium mereka sekali lagi.

9.15 malam - bertolak ke hospital, suami target 15 minit leh sampai..zah kata tak perlu laju sebab baby tak akan kuar cepat - based on pengalaman anak kedua yang 4 jam dalam labor room..

9.30 malam - sampai KS Wan & Liow Specialist Maternity Centre. Zah kuarkan breastfeeding plan, minta suami serahkan pada ketua jururawat. Kami berpegangan tangan masuk ke labor room...mid wife tanya sakit sejak bila, zah kata 1.30 tengah hari..wah dia kata anak ketiga awak berani mai lewat?huhuhu zah kata dah takde tanda apa...sakitnya datang pergi.

9.45 malam - Dr. Wan datang buat VE - dia kata dah tiba masa ni...alhamdulillah, dah tak gelabah..redha dan pasrah sahaja..langsung tak rasa sakit masa Dr. Wan buat VE tu...dah ada bukaan 4 cm katanya, kontraktion pun dah medium...mean tak lama lagi akan bersalin. Nurse masukkan ubat nak buang air, Zah pun buang air dan masa tu dah ada tanda darah kuar dengan mukus..alhamdulillah..gerak hati semakin kuat, sudah tiba masanya..

10.30 malam - zah mula rasa something nak kuar..Allahuakbar, nurse pun tanya kenapa? sakit nak buang air ke? Zah kata macam ye je..then mereka sediakan peralatan sambut bayi..mid wife datang..then dia kata dah 8 cm...Alhamdulillah, mengucap syukus Zah dan suami, husband memang terkejut sampai kata eh dah tiba masa mama? huhuhu...nurse pun panggil Dr. Wan.

10.42 malam - Ahamdulillah, dengan izin yang Maha Kuasa....seorang bayi perempuan seberat 3.4 kg dengan lilitan kepala 35cm dan tinggi 51 cm dilahirkan secara normal..tanpa ubat pencetus mahupun ubat pitocin seperti abang dan kakaknya..

Jika orang tanya sakit atau tidak kelahiran kali ini? sakit, sakit sampai saya tergigit tangan suami...sakit sangat dekat ari-ari tu...dan yang penting, zah mampu kawal rasa stress dan sakit dengan memikirkan bahawa kelahiran ini pasti mudah..ya mudah..dengan mulut senantiasa mengucapkan doa serta berselawat. Posisi mengereng ke sebelah kiri memang membantu untuk mempercepatkan bukaan jalan untuk baby. yang kelakar selalunya saya yang akan beritahu husband untuk stop lama sikit,tp lepas je baby keluar..husband yang ucapkan terima kasih, cium dahi Zah dan kata..takpe mama selesai dah..kita rehat lama sikit pas ni :p - takut kena gigit lg kot.

Oh ye, selain itu..betapa Allah mudahkan saya malam itu apabila dalam labor room hanya saya seorang..tak rasa stress dengan orang mengadu sakit..so nurse hanya beri tumpuan pada saya seorang..bila saya mengadu sakit..nurse kata itu natural birthing..without any drugs :) - kamu sangat kuat....

dalam pada masa yang sama sempat bertegas dengan ketua nurse yang tak mahu benarkan zah rooming in dengan baby malam tu...dia kata tak kisah dgn keinginan zah untuk menyusukan anak cuma risau zah penat, baby birula sejuk..dan lain-lain...emm zah kata ngan nurse tu..zah tanggung semua risiko :) - and last dengan sokongan doktor bayi tidak dimandikan terus berada didakapan zah..15 minit lepas dilahirkan..skin to skin contact berjaya,baby cari sendiri di mana dia mahu menyusu juga berjaya direalisasikan...alhamdulillah...


fresh from oven - merah gebu

Kenyang menyusu alhamdulillah

pipi dan mulut yang munggil

feeding the magic milk

muka ibu dan ayah yang ada anak tiga :) - segar bugar

hadiah dari hospital - dah tiga kali bersalin tempat sama tu yang dapat byk :)

3 comments:

mrs gold said...

tahniah..pas ni giliran MG lak..semakin cuak rasa. :)

Hayatie said...

diam tak diam dah tiga ye zah...tahniah... ;)

~najwa~ said...

Owh. Touching pulak baca entry ni. Huhu....


Saya merasa bersalinkan Tasneem tanpa sebarang ubat thn sakit mcm ni....Sakitnya memang tak terkata lah. Takde jarum iv drip pun tercucuk di tgn. Lepas bersalin je terus terasa diri kuat. Hehe.

Google+ Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Send a Dozen Roses at WiddlyTinks.com
Web Analytics